Friday, March 28, 2008

Dunia sudah jauh berubah

Pilihan raya umum 2008 sememangnya mengejutkan semua pihak termasuk saya sendiri apabila mendapati pada pukul 7.30 malam, saya mendapat tahu Selangor dan Wilayah Persekutuan jatuh ke tangan pembangkang.

Pada sebelah pagi hari pilihan raya umum, saya ada hantar sms kepada rakan di Pulau Pinang, saya beritahu dia, ketika itu saya dalam perjalanan untuk mengundi di SK Taman Kosas Ampang selepas saya sendiri mengundi di SM Taman Cheras Jaya.

Saya beritahu dia, ketika itu saya baru masuk LebuhRaya SILK, saya katakan, aku rasa Penang lingkup! Saya ada instinc tersendiri pagi itu.

Semasa saya bawa isteri mengundi di Taman Cheras Jaya, saya dapat rasakan suasana tak meriah, tak macam 2004, 1999.

Masa saya balik kampung di Sekinchan sebelum pilihan raya, saya katakan pada rakan melalui telefon, kenapa Partiban tak pasang banyak baner di Kuala Selangor, macam tak ada kempen langsung. Silap hari bulan BN kalah, pembangkang jangan dibuat main-main sebab mereka pun pandai juga.

Dia kata nanti dia telefon Partiban.

Saya sebenarnya baru nak mula blok secara kebetulan pagi ini kerana saya rasa akan ketinggalan kalau tidak ada blok di internet. Minta maaflah kalau ada kekurangan. Saya cuma hendak berborak dan berkongsi pengalaman.

Dipendekkan kata, pada sebelah malam, saya macam tak percaya apabila Kedah jatuh, kemudian merebak ke Kedah dan Perak lepas itu Selangor dan Wilayah. Saya tak peduli Kelantan biarlah dia dengan Pas. That's okay bro!

Tetapi saya terkejut juga Terengganu menang di sebalik ada unsur-unsur dengki-mendengki yang kelihatan semasa pemilihan calon. Ada semacam nak guna kuasalah kiranya.


Okay, bro. Saya berhenti setakat ini dulu. Saya nak breakfast. Panjang ceritanya, saya akan sambung bila ada kelapangan. Saya nak berkongsi pandangan mengenai negara kesayangan saya.

Saya sebenarnya kalau boleh nak tengok Malaysia buat roket sendiri pergi angkasa macam Mahathir dulu yang terkenal dengan idea hebatnya yang masih saya kagumi sampai sekarang.

Tapi saya ingin maklumkan, saya tak menyebelah mana-mana pihak. Kalau ada terkiri atau terkanan sedikit, faham sahajalah, ia sekadar pendapat dalam dunia siber yang luas.