Sunday, January 25, 2009

Matilah BN-UMNO

Sebenarnya aku langsung tak percaya report media perdana bahawa calon BN akan menang dalam pilihan raya kecil Kuala Terengganu baru-baru ini. Bila dah menang, aku baca semua report mereka mengenai faktor-faktor kekalahan. Biasalah semua analisis mesti nak jaga air muka UMNO yang merupakan pemegang saham utama media perdana. Kalau mereka sebut pun berlapik-lapik. Takut benar kena buang dengan pemimpin UMNO. Analisis berbelit-belit, tak ada fokus.

Analisis sebenar kekalahan tersebut mencerminkan perkara-perkara berikut memandangkan majoriti diperoleh calon Pas lebih 2,000 undi berbanding sebelum ini hanya 600 serta mengambil kira betapa tiada isu nasional dalam pilihan raya kecil kali ini malah isu-isu tempatan yang dibangkitkan juga bukan merupakan satu masalah sekiranya pengundi di kawasan Parlimen itu tidak mengambil kira perkara-perkara di bawah sebelum mereka mengundi.

Perkara-perkara itu ialah:
1) Pengundi mendapati pucuk pimpinan UMNO gagal melakukan perubahan total sebagaimana dikehendaki mereka iaitu mesti telus dan tidak rasuah dalam segala hal, tak bolot segala projek, jangan main politik wang dan sebagainya. Setahun selepas pilihan raya umum, pemimpin BN dan UMNO masih tak serik-serik, degil dan sudah tertutup pintu hatinya untuk berubah. Macam Tuhan dah tutup pintu hati mereka.

2) Rakyat tidak konfiden dengan pelan peralihan pucuk pimpinan UMNO daripada Paklah kepada Najib yang walaupun bekerja keras berkempen masih gagal menakluk hati rakyat seperti mana kata Muhyiddin UMNO tak ada faktor wow! Kalau rakyat kagum dengan Najib sebagai bakal PM, mereka mesti mengundi calon BN atas faktor Najib! Tetapi yang berlaku sebaliknya. Rakyat mungkin percaya benda-benda buruk yang disebarkan mengenai Najib.

3) Rakyat kelihatan sudah ada satu pendirian jelas mahu menolak BN habis-habisan pada pilihan raya umum akan datang memandangkan mereka sudah ada parti pilihan yang menurut mereka mesti diberi peluang untuk mentadbir negara. Ia berbalik kepada satu ceramah Anwar yang saya hadiri semasa kempen pilihan raya umum tahun lepas bahawa akan wujud satu keadaan di negara dua parti politik BN-dan-Pakatan Pembangkang - bakal memerintah negara ini berselang seli- dan menurut mereka itu bagus bagi rakyat melakukan check and balance. Saya fikir betul juga. BN UMNO kalau terus memerintah, inilah jadinya, bolot segala-galanya.

4) Saya juga fikir orang Melayu sudah ada pilihan baik - mereka akan pergi kepada Pas, kalau tidak pada PKR kerana UMNO dan BN memang tidak boleh diharap lagi kerana memiliki pemimpin yang mementingkan diri sendiri. Sebelum bagi kesenangan kepada rakyat, mereka kebas dulu harta dan duit rakyat, yang lebih itu baru mereka bagi rakyat ini yang rakyat bengang.

5) Betapa Datuk Seri Anwar Ibrahim telah berjaya merosakkan struktur dan kepercayaan rakyat secara halus dalam tempoh 10 tahun dia dipenjarakan secara senyap dan gagal dikawal oleh Pak Lah yang kemudiannya melaksanakan pelbagai dasar berkaitan kebebasan bersuara, kehakiman dan sebagainya yang tidak kena pada masanya BN dan UMNO berada dalam keadaan lintang pukang.

6) Betapa rakyat sudah melihat BN dan UMNO benar-benar ketandusan pemimpin yang boleh dipercayai untuk memerintah negara ini.

7) Hari ini ADUN BN Kawasan Bota di Perak masuk PKR. Maknanya selepas pilihan raya umum UMNO menghadapi tiga tamparan berturut-turut yang tiada maaf bagi mu.

1) Kalah dalam pilihan raya kecil Parlimen Permatang Pauh
2) Kalah dalam pilihan raya kecil Parlimen Kuala Terengganu
3) ADUN BN-UMNO Bota masuk PKR.

Semuanya berlaku dalam tempoh 10 bulan sahaja. Hai apa nak jadi UMNO. Masih nak denial yang rakyat terus menolah parti ini? Kalau anda masih tak insaf, percayalah pintu hati anda telah ditutup oleh Allah untuk parti itu menuju kehancuran. Bersedia untuk negara huru-hara. CIA masuk, entahlah......

Thursday, January 22, 2009

Saturday, January 17, 2009

Dah agak kalah

Dah agak dah BN kalah di Kuala Terengganu sebab masalah calon nampak sombong, cakap loghat Terengganu pun tak reti.

Wednesday, January 14, 2009

Jangan nak salahkah Yahudi sahaja

Kita ni orang Islam, bila Palestin kena serang, buat macam-macam andaian, semuanya buruk-buruk belakalah pasal Yahudi-Israel. Saya fikir dalam menyelesaikan masalah Palestin dalam jangka panjang, kita juga perlu ada pelan jangka panjang, bukan pelan jangka pendek, nak boikot barangan Amerika dan Yahudi tapi tak sedar kita makan barangan mereka, minyak mereka, sabun keluaran mereka, komputer keluaran mereka dan macam-macam lagi lah. Inilah KITA ORANG ISLAM YANG LEMAH. Kita tak payah banyak cakap. Di Malaysia ini patutnya semua orang Melayu bersatu tanpa mengira parti untuk menjadi kuat. Kalau semua bersatu Cina dan India kecut perut. Kita patut menitikberatkan pendidikan anak bangsa, pastinya setiap anak Melayu yang dilahirkan mesti masuk universiti. Pastikan mereka pandai. Banyakkan lagi SBP untuk semua yang dapat 5A, begitu juga untuk yang lain-lain. Daripada kita habiskan duit untuk koridor bukan-bukan, yang tak jadi apa, lebih baik kita salurkan duit itu untuk pendidikan. Jangan berangan anak-anak nak jadi pandai kononnya, tapi serah bulat-bulat pada kebolehannya, tak hantar tuisyen, atau serah pada guru di sekolah, ini semua kaedah tak boleh pakai. Nak mereka berjaya, mesti ada perancangan dari awal lagi. Lainlah kalau dah berusaha habis-habisan mereka tak jadi. Itu cerita lain. Saya fikir pendidikan merupakan pelaburan yang sangat penting melebihi segala-galanya kerana ia merupakan penjana utama atau jantung yang menggerakkan negara bukan untuk sedekat malah berkurun lamanya. Lagi bijak tamadun sesuatu bangsa lagi kuat mereka. Kuatnya bangsa kerana ilmunya.