Monday, September 22, 2008

Tiba-tiba raya

Tiba-tiba sahaja dah nak raya. Seronok bulan Ramadan ni melihat anak-anak pergi tarawih sendiri di masjid dekat, masih ada more lagi macam dulu-dulu, bezanya sekarang mereka berjalan kaki ke masjid dalam keadaan malam terang-benderang berbanding dulu bapanya pakai andang api ke surau. Lepas itu main acah galah. Meriah.
Dulu aku ke surau dengan encik jalan kaki sahaja kadangkala lecak, becak, azab rasanya, rumah jauh ke dalam kebun nak pergi ke surau yang terletak di tepi Sungai Punggor, malam-malam sejuk ada pula kelip-kelip. ah indahnya zaman itu.
Sekarang anak-anak aku sama ada naik Wira, Spectra atau Naza Ria, sedapnya dia orang ni. Gelak-gelak lag, lepas itu main bunga api dan mercun. Berbuka mewah dengan emaknya, kadangkala dengan aku bila ada off. Semalam aku cat rumah anak-beranak dari pukul 7 pagi sampai tiga petang terus kena gout sebab kurang air walaupun makan aku jaga betul. Cepat-cepat aku gi klinik cari ubat, rasa hilang kaki dek bisanya yang mencucuk. Tapi semalaman sahaja, paginya masa nak sahur ia sudah hilang.

Sunday, September 7, 2008

Jangan makan harta anak yatim

Awal Ramadan lalu, aku anak-beranak pulang ke kampung halaman berbuka puasa dengan adik-beradik dan emak mertua meriah sekali. Terasa macam aku balik ke zaman lampau, zaman aku kecil di Johor dulu. Masa itu, beli air batu di darat (pekan Punggor), air batu dibalut sisa kayu untuk elak cair cepat. Balik buat cendol. Makan ramai-ramai masa itu emak, encik (panggilan untuk arwah ayah) masih ada. Alangkah bahagianya. Saudara bayangkan begini. Walaupun kami hidup miskin tetapi hati bahagia sekali, tak dapat nak dibayangkan keadaan itu. Sekarang ini pun bahagia tapi keadaannya tak sama macam dulu yang klasik sekali. Masih ingat lagi, karen (elektrik) tak ada, guna lampu gas (gasolin) ini zaman 1980 ke bawah, 1982 ke atas dah ada elektrik. aku zaman tu darjah enam ke bawahlah.

Dipendekkan cerita, masa di Sekinchan baru-baru ini, selepas bersembahyang jemaah maghrib di surau dan kenduri arwah, saya pergi pula jemputan kenduri di sebuah rumah arwah tak payahlah sebut siapa dia. Saya cuma nak berkongsi pengalaman, janganlah kita makan harta anak yatim, jangan makan harta orang miskin, nanti mati kita, jahatnya itu masih disebut orang walaupun semasa kenduri dan selepas kenduri. Jadikanlah ini pengajaran berguna. Nak dipendekkan cerita, bila saya masuk rumah, rumah itu rumah murah dua tingkat dibeli dua unit, orang ini kaya, tak patut dia beli rumah itu, patut bagi orang miskin yang lebih banyak lagi di kawasan itu, mengapa jadi begitu.

Malam itu hujan. Saya termenung sendirian bila balik ke rumah. Bila saya berbual dengan ipar-ipar, lagi banyak cerita yang keluar. Insaf saya mendengarnya. Pengajarannya jangan kita makan harta anak yatim...dari generasi ke generasi akan mengingatinya, ia tak kan luput ditelan zaman sebaliknya bantulah anak yatim. Kalau ada orang tunggu depan bank untuk kutip derma bagi anak yatim sedekahlah...Insya-Allah, rezeki kita murah, Allah lapangkan hidup ini. Percayalah.

Inilah akibatnya kalau makan harta anak yatim, pintu hati ditutup

Heyyyy bosannya hidup zaman Paklah ni. Dahlah negara beku, tak meriah, politik pula macam orang bodoh. Aku hidup dah 43 tahun, tak pernah aku dengar selama ini orang Melayu minta maaf pada orang Cina. Nak berapa kali minta maaf hahhhh. Dulu Hisham pondan mintak maaf. Lepas tu hantar Azmi Khalid ke China minta maaf atas isu yang kita tak salah pun, yang salah pembangkang. Najib pun nak mintak maaf ke ? Ya Allah. Apa nak jadi kita orang Melayu ni.
Orang Cina tuduh kita perkauman, kita tak pula minta mereka minta maaf. Hindraf tuduh kita bunuh India beramai-ramai macam dekat Bosnia, tak pula kita minta mereka minta maaf. Ambiga tak sedar diri cabar Perlembagaan Persekutuan dan Islam, langsung kita tak minta mereka minta maaf. Apa ni. Mana perginya Zahid Ibrahim yang beria-ia bela peguam tak guna nih.....Bengang aku.

Tuesday, September 2, 2008

menangani bahaya politik anwar

Cadangan Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim supaya 16 September diisytiharkan cuti umum bukanlah perkara baru.
Ini kerana Sabah dan Sarawak telah lama meminta kerajaan Pusat mengumumkan tarikh tersebut sebagai cuti umum bagi merayakan penubuhan Malaysia.
Yang terbaru, Menteri Kebudayaan, Kesenian dan Warisan, Datuk Seri Dr. Rais Yatim yang mengulangi permintaan itu berkata, ia boleh dikemukakan kepada Kabinet untuk dipertimbangkan.
Menurutnya, kerajaan Pusat menyedari pada tarikh itu,Sabah dan Sarawak bersama Singapuramenyertai Tanah Melayu dalampembentukan Malaysia pada 16September 1963.
Justeru apabila Anwar mencadangkan perkara serupa, persepsi orang ramai terhadap isu itu tentulah tidak lari daripadahakikat bahawa ia bermotif politik semata-mata.
Itulah strategi politik Anwar sejak dulu. Politik persepsi beliau sangat bahaya keranaia tidak semestinya betul tetapi bagipengikut fanatik, ia sebaliknya.
Sebagai contoh, pengikut beliau melihatnya sebagai pemimpin yang sangat bersih kerana boleh menjadi imam, boleh membaca nas hadis dan al-Quran, bercakap punlemah-lemah lembut.
Hakikatnya, buku-buku sejarah negarabakal tercatat bahawa beliau pernah dipenjarakan atas kesalahan meliwat. Sejarah negara tidak akan memadamkannya melainkan negara ini diperintah Anwar.
Sejarah juga telah mencatatkan bahawa beliau satu-satunya Timbalan Perdana Menteri yang disingkirkan daripada UMNO atas dakwaan itu.
Sekali lagi, sejarah negara tidak mampu memadamkannya, melainkan beliau yang memerintah negara ini.
Pada 10 September ini, iaitu enam hari sebelum 16 September, beliau akan dihadapkan sekali ke mahkamah atas tuduhan meliwat seorang lagi remaja, Mohd. Saiful Bukhary Azlan, 23.
Sekali lagi, Anwar juga tidak dapat memadamkan sejarah negara ini, melainkan beliau berjaya memerintah negara ini.
Malah sejak berada di luar kerajaan, Anwar telah berjaya membentuk persepsi umum yang tidak sepatutnya mengenai negara ini yang beliau junjung.
Menurutnya, negara ini penuh rasuah, tidak ada demokrasi, tidak memberikan kebebasan bersuara, mengamalkan perkauman, polisnya zalim, mahkamah tidak boleh dipercayai dan sebagainya.
Kemuncak kepada strategi halus itu, beliau mahu rakyat menolak kerajaan Barisan Nasional semahu-mahunyadan hasilnya sudah pun diketahui.
Hakikatnya, kesemua sistem negara iniyang dicerca oleh Anwar sepanjang masa itulahjuga sistem yang dulunya beliau junjung dan kagumi.
Justeru, cadangan terbaru Anwar supaya kerajaan-kerajaan negeri yang dikuasai pembangkang menjadikan 16 September sebagai cuti umum sebagai satu lagi politik persepsi yang hebat.
Beliau sengaja melontar idea ini untuk menggambarkan kepada rakyat bahawa kerajaan sekarang tidak prihatin dengan tuntutan rakyat Sabah dan Sarawak mengenai perkara itu.
Beliau sengaja berbuat demikian kerana mahu rakyat memikirkan betapa teruknya kerajaan Persekutuan - hinggakan soal cuti umum pun payah nak bagi.
Hakikatnya, beliau tidak mampu membentuk kerajaan Persekutuan yang baru sebagaimana diuar-uarkan pada 16 September ini.
Jauh sekali untuk beliau menjadi Perdana Menteri Malaysia yang baru pada 16 September ini kerana Parlimen tidak bersidang sekarang.
Ahli-ahli Parlimen dari Sabah dan Sarawak pula tidak akan melompat ke dalam pakatan pembangkang begitu sahaja malah mereka menafikan sekeras-kerasnya dakwaan Ahli Parlimen Permatang Pauh itu.
Malah jika dilihat dari sudut mana sekali pun, Anwar memang tidak boleh membentuk kerajaan Persekutuan yang baru tanpa melalui proses pilihan raya umum.
Lupakah Anwar, peranan Angkatan Tentera Malaysia kita sekarang ? Di belakang beliau, atau mempertahankan Yang di-Pertuan Agong serta sekelian rakyat jelatanya ? Anwar tahu jawapannya.
Justeru dalam hal ini, jika Anwar anak jantan, sahutlah cabaran Presiden Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Di Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS), Omar Osman supaya membawa usul itu ke Parlimen.
CUEPACS menyifatkan pengisytiharan sesuka hati tanpa membuat kajian dan memberi penjelasan kepada institusi-institusi terlibat seperti majikan dan kesatuan pekerja akan menyusahkan semua pihak.
Memetik kenyataan Pengarah Eksekutif Persekutuan Majikan-Majikan Malaysia (MEF), Shamsuddin Bardan, bahawa pekerja negara ini bekerja 150 hari setahun jelas menunjukkan pekerja negara ini bertuah.
Jika jumlah hari bekerja yang ada itu pun kita hendak kurangkan lagi, maka daya saing negara di peringkat antarabangsa sudah pasti terjejas dalam jangka panjang, sekali gus menghalang kita menjadi negara maju pada 2020. habis