Wednesday, April 22, 2009

Tanding jangan tak tanding

Suka atau tidak BN kena bertanding di Penanti, kalah memang dalam tangan sebab ia kawasan PKR. Dalam Parlimen Permatang Pauh ada tiga DUN BN-PKR-Pas masing-masing ada status quo di situ jadi kalah di Permatang tak mengapa. Memang trendnya kalah. Anggaplah apa yang berlaku sekarang sebagai pengajaran paling pahit. Bagus juga Anwar ni buat gila kerana setidak-tidaknya BN UMNO terpaksa membersihkan diri. Najib buang orang tak bersih dari Kabinet, yang dilihat kotor dsb termasuk si budak tu. Lepas tu Najib kata nak atasi masalah tol, turun padang, bagi saham pada orang miskin, tak nak sambutan besar-besaran tak mahu lagi bunga manggar acara pelik-pelik buang duit. Jumaat ni Najib MT buang Pengerusi Badan Perhubungan Negeri yang lembik terutama di negeri yang kalah dulu seperti Selangor dan Kedah. Perlis pula kalau dibiarkan pun susah nanti kalah pulak PRU13 baik bagi Muhyidin. Terengganu tu buang aje Menteri Besar sedia ada bagi balik kat Idris Jusoh. Deris pun lepas ni tak beranilah nak rembat projek bilion2. Mad Said tu dapat duit bilion, tak umum pun projek apa nak bangunkan Terengganu sedang sepanjang jalan pantainya ramai yang miskin. Selangor macam mana? Bagi Najib atau Muhyiddin aje jadi pengerusi. Mat Taib? Mangkuk ini patut dihukum sebab bertanding TPresiden. Dah bawak duit jota-jota ke Australia masih lagi nak bertanding. Mangkuk punya cikgu. Ali Rustam? Pun tukar juga sebab dia didapati bersalah masa belum bertanding TPM takkan orang macam ni kita nak bagi jadi pengerusi perhubungan. Anggaplah ini last term dia jadi Ketua Menteri. Najib pasti cari lain. Kedah pun tukar juga sebab kalah pilihan raya lepas. Macam mana Mahadir boleh menang MT dengan muka sombong tu. Cikgu ni ramai tak suka, sebab kalau dia jawab apa pun nampak kerek. Perak ok. Pahang, nampak macam ok tak ok tapi Nan ni pandai bodek sultan sebab itu dia selamat negeri pun selamat walaupun dia kena bayar enam puluh juta. Johor ? Ghani pun last term. Najib mesti tukar. Apa kata calonkan Razali tanding DUN, lepas menang jadi MB Johor. Inilah masa nak groom pemimpin dari Johor. Dia pun nampak ada ketokohan. Penting untuk jangka panjang. Negeri Sembilan? Tukar aje Mat Hasan tu cari lain aku tak nampak dia buat apa dengan NS. Aku perhati NS kalau tak ada Lembah Klang dia bungkus. Sabah ok.
Anyway BN kena tanding di Penanti supaya BN boleh jadikan ia pentas untuk bentangkan konsep Satu Malaysia. Penerimaan rakyat mungkin lambat tapi ia perlu dimulakan segera supaya apabila sampai PRU13 rakyat dah ready dalam mindset mereka bahawa konsep tersebut memang bagus.
Memang kalau ikut Muhyiddin 2 tahun diperlukan untuk pulihkan kerosakan yang dibuat oleh Paklah dan Khairy. Tapi kalau BN dapat kurangkan rasuah misalnya dalam pembahagian projek dan rakyat mengetahui ia telus, pasti rakyat terima. Masalahnya golongan pertengahan tahu ia memang tidak boleh dibuat dan mereka pun kalau berada dalam kedudukan yang sama akan turut terjebak dengan keadaan itu. Anyway kita tunggu dan lihat

Wednesday, April 15, 2009

Sungguh-sungguh rakyat nak buang BN

Apalah nak jadi dengan negara aku. Satu satu pilihan raya kecil kalah dah berkali-kali ini. Nampak sangat rakyat Malaysia dah tak mahu dengan BN. Mereka sungguh-sungguh nak tolak UMNO, nak try kerajaan Anwar pulak dengan Lim Kit Siang. Itu lah Melayu kita sekarang, yang hartanya tak banyak mana, yang mana kalau jadi macam Singapura, baru padan muka mereka.

Apa pun BN perlu berubah, hentikah gaya hidup elit, buang dulu kereta mewah, pakai kereta biasa, hentikan cakap-cakap UMNO politik wang sebab semua parti politik main duit. Tapi okaylah juga sekarang menteri banyak turun padang mengejut, termasuk Ismail Sabry. Macam tulah bukan macam Sharir Samad, tak sangat budak JB ni bila jadi menteri jaga harga barang, pergi kat super market lak. Tak ke bodoh, sebab tu kalah MT.

Apapun kena pegang cakap Muhyiddin nak pulih dua tahun sebab Paklah dah rosakkan lebih lima tahun. Bila pencen main sedap nak main dengan cucu, negara dah lingkup ni, tak guna.

Friday, April 3, 2009

Nik Aziz Nik Aziz

Aku ketawa terbahak-bahak terkejut apabila anak aku kata Nik Aziz Nik Mat dah tak betul apabila mengatakan umat bukan Islam boleh guna nama Allah. Dia kata Nik Aziz ni protein dalam otaknya berlebihan dan ia memakan sel-sel saraf dalam otak terutamanya orang tua macam Nik Aziz. Anak aku kata Nik Aziz ni dah nyanyuk. Anak aku kata: ``Apalah Nik Aziz ni.''

Aku jadi kaget dengan hujah dia. Aku tambah. Kata aku itulah pemimpin parti ajaran......aku tak boleh tulis penuh sebab aku nak pergi sembahyang Jumaat.

Anyway hari ini aku lega sebab Najib jadi PM. Harap negara ini selamat.