Tuesday, August 19, 2008

MELAKA TIDAK PERNAH DIJAJAH

Bersembang dengan Datuk Dr Malik Munip petang ini.Beri perspektif baru kepada saya bahawa Melaka tidak pernah dijajah oleh Portugis.Portugis hanya menguasai bandar Melaka, bukan ke seluruh negeri.Apabila Sultan Melaka memindahkan ibukotanya ke tempat lain, bandar Melaka terus merosot.Portugis terpaksa menjemput Sultan Melaka ke bandar Melaka dengan satu istiadat gilang gemilang untuk membantu memulihkan bandar Melaka. Maklumat ini diberitahu oleh rakannya yang membuat kajian hubungan Portugis dan Melaka. Jadi orang Jasin, Alor Gajah, Masjid Tanah dan kawasan lain daripada bandar Melaka tidak dijajah oleh Portugis. Hanya bandar Melaka saja seperti di Macau bukan China dan Goa bukan India.

Friday, August 15, 2008

Ijok RM32 juta Permatang Pauh RM50 juta

Kata Sang Kelembai, calon paling layak bertanding di Permatang Pauh ialah Datuk Kamalludin Bin Datuk Seri Abdullah Bin Datuk Ahmad Bin Abdullah Bin Fahim. Bagi melengkapi keluarga Oligarki yang menguasai UMNO amat sesuai penama ini menjadi calon.

Penama ini memang diketahui dalam masyarakat UMNO, orang yang dirundingkan oleh Outgoing Perdana Menteri Abdullah Hj Ahmad dalam semua keputusannya dan orang yang mengawal Menteri Kewangan.

Bertindak sebagai de facto itu sebab penagih arak tegar dilantik menjadi Menteri hanya semata-mata nak bagi duit kepada bapak mentua pegawai kanan syarikat Scommi miliknya dan juga orang dibelakang layar pembelian bank-bank di luar negeri dengan menggunakan May bank sebuah GLC.

Dikatakan sesuai ialah penama ini juga sudah belajar menjadi Perdana Menteri dan dari segi kekayaan janganlah katalah, kalau dalam filem tiga abdul, harta si mati berada dalam macam-macam go head gostan negeri terletak hartanya, penama ini banyak hartanya di Amerika, England dan tidak tertinggal di Australia sebagai negeri keduanya selepas Malaysia.

Kata orang orang yang rajin mengira harta keluarga Abdullah Hj Ahmad yang terdiri anak, menantu dan adik beradik tak kurang RM6Billlion dan mungkin bertambah dalam masa dua tahun lagi.

Itu sebab Kerajaan Pusat nak ambil alih projek Jambatan Kedua Pulau Pinang dan terpaksa nak diteruskan, khabar-khabar di kaki lima bahawa syarika China itu telah memberikan sogokan atau wang bawah meja yang bukan sedikit jumlahnya, sehingga Syed Hamid yang bertugas sebagai Menteri Luar ke China digunakan membuat rundingan kepada penama ini dan juga Setpol nya yang bernama Vincent.

Itu sebab dikatakan jika setakat RM50juta dilaburkan dalam PRK di Permatang Pauh, calon ini melihat hanya sekadar dicelah gigi.


Sang Kelembai: Calon UMNO/Barisan Nasional hanya boleh menang di Permatang Pauh jika meletakan Ezam Mohd Noor sebagai calon dengan syarat dia secara terbuka mengaku semasa menjadi Setiausaha Politiknya, bahawa Anwar Ibrahim telah pernah sesah jubur nya. Dan minta Anwar Ibrahim buat aduan bahawa jubur nya juga pernah disesah oleh Ezam Mohd Noor.. Hehehe.. politik.
Tuesday

Thursday, August 14, 2008

Politik wang punca masalah banyak negara

SINGAPURA, 14 Ogos (Bernama) — Masalah politik yang dihadapi banyak negara Asia disebabkan politik wang, kata bekas Perdana Menteri Singapura Lee Kuan Yew. Tetapi, masalah ini belum lagi menular di Singapura disebabkan “kita ada pasukan Bahagian Satu yang mengendalikan,” kata Lee yang dilaporkan oleh akhbar tempatan hari ini pada satu perhimpunan di kawasan pilihan rayanya Tanjong Pagar malam tadi.

Beliau berkata di banyak negara Asia, politik wang sudah menjadi “perkataan kod” untuk membeli bagi memperoleh kuasa dan selepas itu, “untuk mendapatkan semula apa yang telah dibelanjakan termasuk sedikit keuntungan bagi pusingan akan datang dalam pembelian undi”.

“Salah satu masalah besar yang mereka hadapi kini, di negara-negara lain, ialah orang yang berkuasa mahu menyimpan wang, simpan untuk dirinya sendiri.Jadi, mereka menyingkirkan orang muda yang mampu dan mahu menyertai pasukan mereka.

“Hasilnya, tidak ada bakat dalam parti-parti sekarang,” kata Lee pada perhimpunan itu untuk menyambut Hari Kebangsaan Singapura ke-43, yang disambut Sabtu lepas.

“Di negara lain, pilihan raya tidak meletakkan pasukan Bahagian Satu. Mereka Bahagian Tiga, sama ada pasukan B atau pasukan C yang menjaga. Di Singapura, kita berhati-hati dalam memilih calon kita,” menurut laporan akhbar itu.

“Sejak beberapa tahun, dengan setiap pilihan raya, kita lihat kualiti anggota Parlimen, tahap pendidikan mereka, kecekapan mereka, kemampuan mereka, tenaga mereka. “Keremajaan mereka diperbaharui dan kita ada kepimpinan yang mampu memenuhi mutu penduduk yang meningkat,” kata Lee.

Tetapi generasi muda sekarang tidak memahami semua ini, kata beliau sambil menambah bahawa “mereka berkata, oh, mari kita adakan politik pelbagai parti.Biar kita tukar parti lain dan kendalikan kerajaan.”

“Adakah semudah itu? Anda undi kerajaan dalam kerajaan Bahagian Tiga, dan bukan kerajaan Bahagian Satu, dan keseluruhan ekonomi berkurangan dalam masa tiga, empat tahun. Habislah!” kata Lee.

Lee yang kini Menteri Mentor berkata penyokong hendaklah mengkaji Taiwan, Thailand dan Filipina, di mana penggiliran parti kerajaan telah menyebabkan lebih banyak penyalahgunaan.

“Dan akhbar bebas belum membanteras rasuah, sungguhpun menurut teori demokrasi Amerika liberal, yang direka untuk berbuat demikian,” kata beliau.

Lee berkata walaupun dalam menghadapi kemelesetan ekonomi dunia, Singapura mempunyai pelaburan yang mencukupi bagi jangka panjang untuk menampan sebarang kekurangan.

“Kenapa kita di tempat teratas masalah kita? Kerana ada kerajaan yang merancang ke hadapan, melihat ke hadapan, membuat perkiraan ke hadapan dan membuat keputusan betul,” kata Lee.

Pas bodoh tak sudah

Aku ingat orang Pas dah pandai, rupanya bodohnya tak sudah-sudah. Ada ke dia kata masa muktamar di Perak, Pas jangan perjuang Melayu tetapi perjuangkan Islam. Habis dia ni bangsa apa ? Bangsa Babi ? Kalau macam tu, bawak IC itu ke JPN tukar bangsa Melayu tu kepada Bangsa Babi Okay. Habis semua hak-hak istimewa sebagai orang Melayu di negara ini. Okay mahu tak ?

Jangan hipokritlah jadi orang Melayu semata-mata nak beza dengan UMNO. Kalau inilah pendirian mereka, sampai kiamatlah Pas tak dapat perintah negara ini sebab dia tak ada bangsa. Nak kata Islam itu bangsa ? Tak. Islam itu agama ad-Din.

Aduhai orang Pas, Bangsa Melayu itu pakaian kamu Islam itu roh kamu. Takkan lah Roh Islam itu duduk dalam badan kau tanpa baju ? Bogel ke ? Sempitnya otak. Allah jadikan kita berbangsa-bangsa untuk kita kenal mengenal satu sama lain. Itu al-Quran sebut.

Di dunia ini satu-satunya bangsa yang mesti Islam ialah bangsa Melayu. Arab pun tak macam itu ada Kristian, negara-negara lain pun sama macam Arab. Di sini siapa Islam mesti Melayu, macam Cina masuk Islam jadi Melayu, mamak pun sama.

Apa punya pendek akal orang Pas ni, bye-bye lah

Monday, August 11, 2008

Degil betul Majlis Peguam

Degil betul Majlis Peguam ni, masih nak anjurkan forum sensitif. Ini betul-betul degil namanya. Tangkap sahaja kepalanya, sumbat dalam ISA baru dia tahu. Mereka ini tidak boleh dibiarkan.

Itu cerita Majlis Peguam. Tiga hari Sukan Olimpik Beijing berlangsung, tak nampak bayang kita akan dapat pingat. Yang saya tak boleh terima kalah pusingan pertama. Apa benda tu. Kalau pusingan pertama pun tak boleh lepas, buat apa nak hantar, kita tahu lah standard Olimpik tinggi, tapi sakit hati bila kalah awal.

Saya borak dengan tauke Cina pagi tadi tentang Permatang Pauh. Nampak gayanya memang BN akan kalah tak ada can BN menang sebab sentimen Cina mahu Anwar naik, lepas itu ugut Anwar itu dan ini, dan mereka boleh perintah negara ini.

Satu lagi sentimen mereka tak boleh terima si anu yang makan keliling sorang-sorang. Dulu katanya zaman Mahathir - Mahathir tak makan seorang, dia bagi-bagi. Yang ini masuk poket sendiri. Semua benda dia nak sapu. Orang Cina tak ada bisnes sekarang. Mereka sudah tak tahan. Si anu ini tanah dengan bekas Ketua Menteri Pulau Pinang sekarang pun dia ada syer.

Lepas itu saya telefon kawan saya di Penang, bye-byelah Barisan Nasional apatah lagi berdasarkan perkembangan semasa untuk memilih calon pun nampak mereka tak bersatu hati, mereka kelihatan bertelagah. Satu lagi problem orang Melayu Permatang Pauh sudah terima kes liwat itu masalah Anwar sendiri tiada kena-mengena dengan urusan negara.

Apa kita nak kata kalau orang moden sekarang sanggup terima pemimpin begitu.

Sunday, August 10, 2008

Itulah akibatnya apabila Melayu-UMNO lemah

Secara jujur saya nak cakap bahawa saya sebenarnya tidak percaya nasib orang Melayu di negara ini akan dapat dilindungi sekiranya parti-parti lain selain UMNO dan Barisan Nasional yang memerintah negara ini.

Parti-parti lain seperti DAP, PKR terutamanya memang parti yang paling tidak berguna. DAP merupakan serpihan PAP Singapura yang menggagaskan Malaysia untuk ORANG MALAYSIA, sedap bunyinya tetapi tajam runcingnya menikam orang Melayu. DAP dipendekkan kata adalah ekstremese Cina di negara ini serpihan dari PAP. Inilah SEJARAHNYA.

PKR juga mempunyai konsep yang sama. MALAYSIA adalah untuk ORANG MALAYSIA. Memang hebat. Tetapi parti ini berbelit-belit lidahnya macam lidah dajal. Di hadapan audience Cina, dia kata Malaysia untuk Malaysia kalau ada Cina lebih pandai dia ambil, dia tak sentuh orang Melayu.

Di hadapan orang India, dia kata orang India akan dibela, orang Cina dan Melayu pun akan dijaga sama sebab India tak banyak pun di negara ini.

Di depan orang Melayu dia kata kerajaan BN tak betul dia kata PKR sahaja yang betul sedangkan dia belum memerintah. Masa diberi peluang memerintah dulu dalam BN terlingkup negara ini dibuatnya.

Penyudahnya jika PKR memerintah negara ini, konsep negara Malaysia yang adil bagi semua kaum dalam semua bidang tak akan berlaku tetapi yang berlaku akhirnya ialah pertumpahan darah antara kaum di negara ini. Dipendekkan kata PKR adalah DAP Melayu. Itulah sejarahnya. Maknanya dalam lingkaran sejarah orang Melayu kini menjadi tiga:

1) Melayu Nasionalis-Islam iaitu UMNO
2) Melayu Islam totok - Pas
3) Melayu pelampau - PKR aka DAP Melayu

PKR bukan parti rakyat tetapi parti peribadi pemiliknya sekarang. Orang yang menyokongnya termasuk orang Melayu yang belum pun memiliki harta berbilion macam orang Cina - akan dibuang oleh orang Cina jika PKR memerintah negara ini. Percayalah dalam senyap dan diam orang Cina dalam PKR sememangnya suka konsep Malaysia untuk Orang Malaysia yang diperjuangkan oleh PKR sebab ia sama dengan konsep DAP Malaysian for Malaysians. Bila dah berkuasa dengan konsep itu orang Melayu pergi mampuslah. Dalam PKR selain Anwar, siapa lagi kelihatan berwibawa - TIADA siapa pun.

Orang India ? Bangsa ini tak ada apa sebenarnya. Keadaan negara secara kebetulannya menjadi mereka macam kuat tapi tak ada ape sebenarnya. Mereka ada pemimpin MIC apa mereka buat untuk orang India kenapa mesti harapkan PKR yang belum ada bukti berjasa kepada mereka ?

Percayalah tindakan mereka sudah cukup untuk menyinggung BN-UMNO. Bagi orang Cina MCA, Gerakan etc tak mengapa sebab peranan mereka dalam kemajuan negara, kemakmuran dan pertumbuhan ekonomi negara memang banyak itu kita akui. Kalau mereka marah dengan BN dan UMNO etc sebab ekonomi tak berkembang mereka tak boleh berniaga pun patut.

Orang India apa jasanya ? Beritahu saya 10 jasa mereka ?

Ada kawan saya melawak pada saya: Saya kalau jadi PM selepas BN-UMNO menang besar pilihan raya akan datang saya akan bagi setiap keluarga India RM50,000 dan selepas itu kita tawarkan mereka KELUAR dari negara ini selama-lamanya carilah negara lain yang lebih baik berbanding Malaysia. Kita TIDAK HALAU MEREKA tetapi melalui PERJANJIAN BERTULIS kita TAWARKAN MEREKA KE LUAR dari negara ini SELAMA-LAMANYA dengan duit itu. Nak sangat RM1 juta seorang sebab British bawa mereka ke sini dulu. Itu cerita zaman penjajahan bangang.

Bagi Pas pula, secara bersendirian memang tidak boleh memerintah negara ini dengan apa cara sekali pun sebab kekurangan kerusi majoriti di Parlimen sampai bila-bila. Macam mana tu. Dia kena juga kerjasama dengan DAP dan PKR kalau nak perintah negara ini bersama walaupun terpaksa halalkan babi, judi, minum arak, nombor ekor, lumba kuda, kasino, pelacuran...sebutlah apa sahaja sama macam BN-UMNO yang dulu mereka tuduh kafir.

Saya sebenarnya nak tulis pasal Majlis Peguam melencong pula ke cerita lain. MP pun satu cubalah bincang isu lain. Jangan usik orang Melayu sebab MELAYU masih TUAN NEGARA INI Puan Ambiga. Orang India ni janganlah lebih-lebih. Kang kita mengamok baru tahu.

Tetapi saya rasa bibit-bibit pergaduhan macam ada...Rasanya macam ada tangan-tangan di belakang sedang menggodak negara ini dalam senyap. Saya fikir sebelum jadi apa-apa lebih baik kerajaan bertindak. Tangkap mereka sumbat dalam ISA.

Apa pun kesimpulannya keadaan yang berlaku sekarang berpunca daripada keadaan ekonomi negara yang lemah serta kekuatan BN-UMNO yang semakin lemah. Itu sahaja. Keadaan ini perlu diperbaiki segera.

Jangan harap orang lain boleh menyelamatkan negara ini melainkan BN-UMNO. BN-UMNO tak jahat yang jahat orangnya tetapi bukan semua. Mereka masih dalam akar sejarah yang dulu juga tetapi ada ubah-ubah sikit-sikit sebab gelap mata dengan duit. Bab gelap mata inilah yang menyebabkan BN-UMNO lemah.

Itulah akibatnya apabila Melayu-UMNO lemah

Itulah akibatnya apabila Melayu-UMNO lemah

Saturday, August 9, 2008

Saya kembali lagi

Dah lama tak menulis dalam blog saya sendiri. Tetapi malam ini pukul 1 pagi saya ambil kesempatan untuk menulis balik selepas dua bulan berehat. Susah juga nak jaga blog sendiri kena ada disiplin kuat. Saya kena kerja balik malam tengah malam. Jaga anak empat orang termasuk isteri ada lima. Kereta lagi. Diri sendiri lagi. Dua ekor kucing satu nama Gemok satu nama Kuning pun nak kena jaga.

Bila masa saya nak menulis ? Saya bukan Mahathir yang atur hidup macam robot. Saya saya lah kalau boleh tak nak kerja dah, nak rehat di beranda rumah tingkat atas, tapi sekarang ini belum mampu nak buat beranda/balkoni, sebab duit tak ada, tapi saya tetap buat sebab view kawasan rumah cantik kalau semuanya clear.

Tetapi malam ini malam Sabtu saya kembali menulis selepas melihat menonton pembukaan Sukan Olimpik Beijing di Astro. Hebat. Menakjub. Idea masa depan. Rupanya sudah lama pemerintah China memikirkan untuk menganjurkan Sukan Olimpik 2008 di negara segalanya penuh tuah. Ia dilancarkan pada pukul 8.08 malam pada 08-08-08 sekali dalam 100 tahun. Ah menakjubkan. Pada orang Cina memang ong. Begitu sekali hebatnya mereka berfikir.

Berjuta yuan dihabiskan bakar bunga api. Tetapi apa nak hairan, Cina pengeluar bunga api, mercun pertama dalam sejarah dunia. Bila melihat kegembiraan, keceriaan, keharmonian 100,000 orang dalam Stadium Sarang Burung, saya berasa sangat bangga melihatnya - betullah motoonya One World One Dream Satu Dunia Satu Impian. Kreativiti pelari terakhir menyala obor di puncak stadium sungguh menakjubkan.

Saya teringat pengalaman berada di Beijing pada 2002, semuanya saya jelajahi. Istana Larangan, Tembok Besar, Istana Musim Panas, Mayat Mao Tse-Tung saya ziarah! Saya bayar 500 yuan, dan beberapa panjang pula saya. Orang Cina kata, Mao adalah pemimpin Cina paling handsome dalam sejarah negara itu. Memang saya melihat mayatnya dipamerkan dalam peti kaca - betul handsome - dia tersenyum lagaknya macam tidur sahaja.

Tembok Besar juga saya panjat. Betullah terhamparnya negara China nan luas. Terfikir saya mengapalah Pak Lah tak nak ambil peluang Malaysia jadi tuan rumah Sukan Asia 2010. Tahun 2010 tinggal dua tahun lagi. Kalau ada program itu kankah meriah kita macam Mahathir buat Sukan Komanwel dulu. Kompleks Sukan Bukit Jalil itu nak buat apa ? Takkan untuk acara tempatan.

Terfikir saya Mahathir silap tak ambil Najib jadi PM. Sekarang ini saya nak muntah baca cerita politik.

Saya terfikir mungkinkah Allah telah menurunkan dajal dalam bentuk manusia kepada kita bangsa Malaysia atas kesalahan yang entah siapa di kalangan kita lakukan yang Tuhan tidak ampunkan ? Dajal bermata satu katanya memang ada bila hari nak kiamat. Tuan-tuan fikirlah, dajal bermata satu ini sedang menjelajah seluruh negara, berceramah hebat sehingga terpukau manusia dibuat walaupun yang dicakap semuanya temberang buta.

Kawan saya beritahu negara ini sedang berhadapan dengan seekor iblis/dajal yang jauh lebih bijak daripada manusia untuk meruntuhkan negara ini selama-lamanya. Minta dijauhkan Allah. Ya. Kita sedang berhadapan dengan iblis atau dajal sebenarnya. Iblis lebih hebat daripada syaitan.

Ya. Negara kita sedang ditimpa bala atas kesalahan kita semua membenarkan rasuah berleluasa, orang Pas pula lepas sembahyang, pergi ceramah mencerca pula saudaranya yang berada dalam parti lain. Pemimpin Melayu dalam UMNO pula sibuk merampas harta anak-anak yatim. Ada projek bagi sesama sendiri. Lepas itu suruh rakyat berjimat dia pula belanja sesuka hati. Beli Mercedes macam beli kuih sahaja.

Asyik sibuk nak rebut jawatan. Macam-macamlah. Fitnah menjadi-jadi disebarkan oleh si dajal bermata satu ni. Sampaikan pengikutnya percaya membuta-tuli walhal mereka diperbodohkan si dajal ini.

Entahlah cukup setakat ini