Monday, April 28, 2008

MEMANG SAH.....

Semalam saya bawa keluarga melawat Zoo Negara. Rasanya sudah sedekad saya tak ke sana secara `rasmi'. Oh! Banyak perubahannya. Sudah ada ISO. Tandas-tandasnya di semua tempat bersih macam di luar negara. Kawasan sekitar dijaga dengan lebih baik.

Cuma Akuarium Tuanku Abdul Rahman walaupun sudah dibuka tetapi stail lama, ikan-ikan berenang dalam akuarium macam di rumah! Cuma dia besar sahaja. Patutnya ia macam di Langkawi, KLCC, tapi saya faham bukan senang nak buat belanja banyak.

Pertunjukan binatang, ramai orang menonton singa laut, helang dan sebagainya, senang cakap menariklah macam saya melawat Zoo Sydney dan Perth. Penuh sesak dengan orang. Zoo Sydney tak besar mana tetapi lokasinya sangat menarik. Saya duduk di Hotel Shangri-La. Nak ke sana (zoo di seberang) saya naik feri di Pelabuhan Sydney melintasi Opera House berselisih pula dengan cruise mewah Genting Highland.

Sampai di sana, kena naik kabel car untuk ke zoo dan menikmati makan malam bersama mat salleh serta menikmati keindahaan zoo malam di sana. Mat salleh menari sampai ke tengah malam dan memang dah begitu budaya mereka. Ada babi tapi ada bau busuk mungkin sebab cuaca sejuk. Memang enjoy sebab restoran menghadap pelabuhan Sydney yang disinari gemerlapan lampu kapal dan bandar raya itu sendiri.

Di Zoo Negara kita pun okay ada makanan mahal, ada yang murah tetapi yang penting standard kebersihannya tinggi. Tren bawa penumpang tak putus-putus. Hari minggu orang ramai. Tiket 15 ringgit dewasa ada diskaun kanak-kanak 6 ringgit. Enam beranak 54 ringgit kira berbaloilah masuk pukul 11.30 pagi keluar pukul 4.30. Masuk masuk panas, masa keluar hujang. Kira okay keadaannya.

Sepanjang lawatan saya boleh menerima segala bau binantang yang standard termasuk najisnya tetapi bila sampai ke kandang babi, aduhai busuknya, itu yang saya nampak seekor. Kalau 250,000 ekor macam dekat Sepang macam mana ye ? Rasa saya tak payahlah kita bela babi. Kita ni kalau tidak mementingkan diri sendiri, tak kan sanggup buat benda yang menyusahkan orang lain.

Memang bau babi dan najisnya sangat busuk. Pada saya dengan mengambil kira bau busuk, sudah cukup untuk kita semua kaum bersetuju supaya babi tak dibela tapi diimport sahaja walaupun mahal macam di Singapura. Apasalahnya import, orang Cina kan lebih kaya daripada Melayu, standardlah jika makan babi import bukan babi domestik. Tetapi biasalah, mereka nak bisnes, ada duit, ada untung, boleh cari makan, mereka tetap nak bela.

Begitulah Malaysia.

Friday, April 25, 2008

BERFIKIRLAH DI LUAR KOTAK

SEJAK kebelakangan ini timbul gesaan kurang menyenangkan daripada pelbagai pihak supaya program penghantaran angkasawan ke Stesen Angkasa Antarabangsa (ISS) tidak diteruskan kerana kononnya membazir.
Sukar dipercayai namun hakikatnya pahit untuk ditelan kerana ada pihak masih gagal melihat kepentingan program itu dalam memupuk minat di kalangan pelajar terhadap sains dan teknologi - melebihi segala-galanya.
Lebih mengejutkan, angkasawan pertama negara, Dr. Sheikh Muszaphar Shukor Sheikh Mustapha sanggup mengeluarkan kenyataan supaya kerajaan tidak meneruskan projek tersebut atas alasan sama.
Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi yang baru, Datuk Dr. Maximus Ongkili turut mengakui penghantaran kedua angkasawan negara masih lagi dikaji kerana tiada bajet ?
Beliau juga akan membawa perkara itu ke Parlimen untuk dibincangkan sebelum keputusan muktamad diambil sama ada mahu meneruskan projek itu atau sebaliknya.
Ke mana sebenarnya hala tuju kita untuk menjadi sebuah negara maju yang dilaung-laungkan selama ini ?
Adakah kita mahu berhenti daripada setiap usaha untuk menjadikan negara kita setaraf negara maju ?
Percayalah, Dr. Sheikh Muszaphar sudah menjadi idola bagi lima juta pelajar yang begitu terangsang untuk mendalami sains dan tekonologi walaupun beliau hanya berada di angkasa selama 10 hari.
Jika generasi lama masih mengingati nama Neil Amstrong sebagai manusia pertama menjejakkan kaki ke bulan pada 1969, hari ini, senario itu sudah berubah apabila nama Muszaphar meniti di bibir anak-anak kita.
Anak-anak kita bangga bercakap mengenai dunia angkasa raya, tentang 3G, 4G, 9G, juga mengenai betapa lajunya satelit bergerak 8 kilometer sesaat atau hampir 29,000 kilometer sejam dan lain-lain lagi, semua berbentuk ilmu belaka.
Tidak bolehkah negara kita memberanikan diri menceburi industri pembuatan roket secara bersungguh-sungguh sebagaimana China dan India ?
Sudah lupakah kita betapa meriahnya menyaksikan penghantaran angkasawan negara secara langsung menerusi Astro tahun lalu, sama meriahnya kita menganjurkan Sukan Komanwel pada 1998 ?
Teringat penulis semasa menaiki teksi untuk ke Kajang tahun lalu apabila pemandunya beria-ia mengkritik projek menghantar angkasawan yang dilihatnya betul-betul membazir.
Katanya, lebih baik wang itu digunakan bagi membantu orang susah sepertinya walaupun membawa teksi tanpa menggunakan meter sebagaimana ditetapkan kerajaan!
Sekadar bertanya, apa bezanya mereka yang beria-ia mahu projek menghantar angkasawan kedua negara dihentikan dengan pemikiran segelintir pemandu teksi negara ini ?
habis

Wednesday, April 23, 2008

MACAM-MACAM HAL

Malam ini terdengar khabar berita seorang bekas menteri Kabinet didakwa mencabul pekerja hotel di KL. Tetapi apa nak hairan, kerana bukan orang UMNO namanya kalau tak berbuat demikian. Jangan marah. Normallah kalau lelaki macam tu.

Lagipun menteri ini tak ada kerja nak buat, duit banyak, kacau orang lah. Biasalah tu. Tetapi yang tak menariknya orang memang tahu perangai dia macam tu. Apalah pekerja hotel tu nak buat report. Ambil sahaja duit menteri itu kalau dia nak bagi. Dia memang tak tahu nak buat apa dengan duit. Duit dia banyak.

Sunday, April 20, 2008

MUNGKINKAH SEJARAH SUHARTO BERULANG DI SINI

Kadangkala terfikir saya dendam Anwar terhadap Mahathir tak berkesudahan. Seorang rakan di masjid memberitahu saya, jangan terkejut, kalau Anwar berkuasa, dipenjarakannya Dr. Mahathir macam Suharto. Kalau kita lihat sejarah Melayu dulu, orang Melayu ini pendendam.

Entahlah, kadangkala jadi takut saya memikirkannya. Kita tak tahu sebenarnya muslihat orang politik sebab mereka bermain dengan kuasa, yang kuat mengalahkan yang lemah, mereka tidak ubah seperti haiwan dalam hutan sanggup melakukan apa sahaja termasuk membunuh anak sendiri untuk terus hidup.

Politik memang macam itulah gayanya. Kita tak tahu sebenar siapa dalang di sebaliknya kegawatan politik yang melanda negara sekarang. Orang itu kata dia, dia kata orang itu dsbnya tetapi yang pasti orang Melayu kerana berpolitik sanggup berbuat apa sahaja.

Kita tunggu dan lihatlah perkembangan selanjutnya. Saya melihat Video 10 tahun sebelum merdeka yang ada bau komunis. Dikatakan pada ketika itu orang Melayu gembira apabila orang Inggeris datang kembali ke Tanah Melayu selepas Jepun keluar. Sebelum semasa kedatangan Jepun mereka berkata, ah rupanya ada bangsa lain selain Inggeris yang boleh memerintah negara ini dengan baik.

Yang pasti baik orang Jepun mahupun Inggeris, dua-dua orang Melayu boleh terima tetapi ini pandangan orang kiri. Orang kanan seperti UMNO di bawah Datuk Onn tetap benci Inggeris.

Sebenarnya orang Melayu perlu seorang pemimpin bijaksana macam Munsyi Abdullah, Tun Sri Lanang dan Dr. Mahathir yang boleh menguasai mereka dalam segenap hal. Tetapi sebijak mana pun Mahathir, beliau mengaku gagal mengubah minda orang Melayu.

TERIMA KASIH RAKAN-RAKAN

tERIMA KASIH RAKAN-RAKAN Terima kasihlah pada rakan- rakan yang memberi pandangan mengenai blog saya ini antaranya meminta saya menulis mengenai Anwar Ibrahim untuk menguji sejauh mana golongan muda terutama di kalangan peminat blog sendiri sensitif apabila isu Anwar disentuh.Sebagai permulaan, saya tidak menafikan Anwar ini bijak orangnya dalam berpolitik. Saya biasa membuat liputannya satu ketika dulu malah dalam pilihan raya kecil Ijok saya follow dia sana sini untuk ikuti ucapannya.Memang dia masih ada aura karisme, itu tidak dinafikan apatah lagi bagi saya sendiri yang sebenarnya `merindui' gaya ucapan seorang pemimpin sehebat Anwar malangnya kini berlainan arah. Tak ada dalam dunia Melayu ini, yang bila berucap cukup hebat, melainkan Anwar.Satu lagi yang hebat berucap pernah saya lihat dan dengar dari dekat ialah Hadi Awang. Dia ni kalau berucap suruh orang berbunuh berperang memang boleh jadi.Semasa di Ijok, saya dapat melihat putaran sejarah di depan mata, jika 10 tahun lalu, dia berucap di pentas antarabangsa berkarpet merah disambut meriah tetapi di Ijok, dia berucap di sebuah rumah penyokong PKR, dalam kebun sawit dia pandang saya, saya pandang dia, dia masih kenal saya lagi, itu saya pasti. Entah apa dia fikir bila melihat saya, saya pun tak tahulah, tetapi saya respect Azmin kerana dengan rendah hati melayan saya.Masa kempen nak last, saya jumpa dia di kem PKR, saya minta komen satu perkara, dia sambut salam saya, saya bersalam dengannya, dia kata, `saya tak mahu ulas, awak dari Utusan bukannya boleh keluar pun, kirim salam dengan boss awak''. Tetapi dia bercakap dalam nada macam dulu juga.Sebenarnya bila memikirkan hal ini dalam-dalam, saya sendiri tidak dapat nak mengagak apakah takdir yang ditentukan Allah untuk Anwar dalam konteks kepimpinan negara ini pada masa depan ? Dia tinggal satu satu seat tiba-tiba PKR dapat 31 seat. La ni bila masuk Parlimen, silap hari bulan...cukuplah setakat ini malam ini, sekadar bermukadimah sahaja.

Saturday, April 19, 2008

Eloklah Malaysia eksport babi ke China kerana ia menggembirakan bisnes orang Cina yang terlibat. Ia menjana ekonomi negara. Apa salahnya ? Sebab kita negara Islam ? Tak juga. Toto kita buat, judi di Genting ada, riba bersepah. Arak pun ada dijual, pelacur banyak, jadi apa peduli dengan babi yang nak dieksport ke China, okaylah tu.

Masalahnya kita bermain dengan emosi. Bila PKR buat habis kita tentang. Cuma yang penting, pindahkan lokasi itu ke kawasan bukan Melayu. Orang Cina bila ada bisnes, dia suka, nanti pilihan raya akan datang dia undi balik BN. Sekarang bisnes teruk mereka bengang.

Saya percaya kalau BN menang hari itu, dia buat kandang babi itu dengan pelbagai alasan.

Friday, April 18, 2008

MENGARUT KERJA SAMPAI 60

Saya tidak nampak apa perlunya kerajaan sekarang `meminta maaf' kepada hakim yang dipecat 20 tahun lalu dengan menganjurkan majlis makan malam dan beri ex-gratia.
Ia menggambarkan kerajaan sekarang entah kerajaan apa-apa. Macam tak de kerja lain nak dibuat dalam memulihkan kehakiman. Pada saya kalau kerajaan sekarang tidak mengulangi perkara sama (jika betullah dulu tak betul) itu sudah okay, peguam faham dan rakyat mengerti.
Kes ini sama seperi kes Teresa Kok tuduh kerajaan tak peduli apabila ada polis sebar gambar perempuan Cina kena bogel di lokap sampai terpaksa hantar menteri ke China minta maaf. Bila siasat, perempuan tu Melayu. Kerajaan tak paksa pula Teresa minta maaf . Letihlah bila memikirkan perkara ini.
Semalam juga kerajaan setuju umur persaraan dilanjutkan kepada 60 tahun berbanding 56 sekarang. Ini satu lagi hal. Saya hairan mereka ni. Apa lagi nak dicari dalam hidup ini jika bekerja sampai 60 tahun ? Jangan marah tapi saya nak cakap. Orang yang bekerja sampai umur 60 tahun adalah orang yang gagal menguruskan hidup mereka dengan sempurna sejak dari muda.
Sudah 55, segalanya ada, rumah, kereta, anak, makan ikut suka, tidur bila-bila masa, nak pergi masjid sesuka hati dan macam-macam lagilah, inilah masa nak berehat. Tapi tak tahulah kalau mereka tak ada yang saya sebutkan. Anak-anak sudah besar, boleh bekerja, tak kan tidak ada simpanan EPF ?
Anda sudah bekerja sejak usia 19 tahun (paling cepat) nak kerja sampai 60. Anda betul-betul tak pandai berfikir, tak pandai menguruskan diri. Saya percaya golongan yang mahu bekerja ini sampai 6o ini kerana nak bayar hutang rumah. Anak-anak dah besar, tapi tak bantu mereka. Atau gaji besar sangat mungkin RM10,000 sebulan, sayang nak tinggal gaji banyak tu.
Saya nak tanya, bila masa nak beribadat ? Aduhai bapa-bapaku, tolonglah pencen 55. Saya pun bapa sekarang. Cita-cita saya tak ada lain (kalau Pakatan Rakyat tak memerintah), saya nak kerja sampai pencen 55, isteri saya 51 turut pencen sekali. Kalau panjang umurlah. Kalau syarikat tawar VSS masa saya umur 55,53 saya rembat terus.
Saya fikir mereka yang beria-ia hendak kerja macam orang Jepun itu, eloklah bayang diri kita di mana sekarang. Bayangkan kita tinggal di planet bumi yang terapung-apung di angkasa raya. Jika kita di atas kapal terbang atau bayangkan sendiri, atau buatkan model bumi terapung di depan mata, kita akan mendapati diri kita ini hanya mahkluk yang amat kecil di alam semesta ini.
Siapa jadikan kita kita ? Allah. Anda fikir sendiri di mana akhirnya kita selepas mati ? Kita hidup hanya sementara sahaja, transit dari alam roh ke alam rahim ibu - ke alam dunia kita hidup - ke alam mati alam barzah, ke alam akhir kita dihidupkan kembali di pada Mahsyar akhirnya dan selama-lamanya ialah di SYURGA kita jumpa Nabi Muhammad dan Allah Yang Maha Esa.
Kalau anda tak fikirkan ini semua secara rasional, percayalah anda akan bekerja sampai 6o tahun macam orang Jepun, Singapura dan lain-lain itu yang macam tak ada agama pun. Saya tak bermaksud bekerja 60 itu tak ada agama tetapi sendiri mahu ingat. Ada masa kita perlu bekerja ada masa kita perlu berehat dan ada masa kita perlu beridadat dan selalunya kita amat sedikit ibadat. Atau tiada langsung.
Ingatlah mati sahajakita yang tidak putus hubungan ialah sedekah kita, doa anak kita dan satu lagi saya tak ingatlah apa, yang lain semua putus termasuk gaji RM10,000 itu. Anda ingat orang respect kita kerja sampai 60 ? Pi lah.

Thursday, April 17, 2008

REDA SEDIKIT

Sehari dua ini berita politik mulai reda timbul pula cerita krisis makanan dunia yang tempiasnya melanda melanda Malaysia. Bila harga barang naik menteri berkaitan akan mengemukakan jawapan basi ia barang bukan kawalan kerajaan tidak boleh buat apa, bukan salah kerajaan, negara-negara lain pun kena.

Jawapan macam ini rakyat tak suka mereka lihat menteri itu bengap, macam juga bila harga tol naik dibandingkan dengan negara lain kita lebih rendah, rakyat tak mahu dengar alasan ini lagi. Hari ini kerajaan tolak sagu hati RM2,000. Degil Paklah ini. Tapi kalau bagi pun tak ada faedah. Kakitangan kerajaan yang undi pembangkang hari itu tentu kata, tengok aku undi depa pun dapat juga. Bukan tahu bersyukur mereka.

Khabarnya KTM nak bina rel keliling KL, buatlah cepat-cepat bagus tu.

Wednesday, April 16, 2008

BORING BETUL TENGOK KEADAAN SEKARANG

Hari-hari nak beritahu rakyat subsidi minyak terus meningkat mungkin sampai RM45 bilion. Apa ni ? Boringlah kita rakyat mendengarnya. Kalau dah jadi kerajaan pandai-pandailah nak tolong rakyat. Soal kau kena tanggung subsidi kau punya pasallah. Saya nak tanya, kalau kita dapat jimatkan subsidi sampai 30o bilion tu, duit betul-betul sampai kepada rakyat ke ?

Jawapannya tidak. Duit tu tersangkut dekat mangkuk hayun ahli-ahli politik yang dapat projek hasil penjimatan subsidi itu. Itu yang kita tak mahu. Tak bolehkah projek-projek ini tidak dibahagi kepada syarikat yang dikuasai parti-parti yang memerintah. Tak payah fikir panjang, dalam keadaan sekarang memang tidak boleh. Orang UMNO, MCA, MIC pun mangkuk juga.

Mereka ini sudah tiada darah untuk membela nasib rakyat, mereka mahu masuk tembolok sendiri. Tak usah fikirlah.

Saya bimbang dengan kenyataan Mahathir dengan amarannya bahawa kerajaan sekarang dalam bahaya kemungkinan Anwar boleh memerintah. Tak tahu apa pula Paklah fikir sekarang.

Tuesday, April 15, 2008

GASAKLAH KAU PAKLAH

Baru nak reda fikir fasal UMNO semalam dan hari ini hati jadi tak sedap bila Paklah kata dia akan bertanding Presiden UMNO. Kita ingat dia tak payahlah bertanding apa lagi nak tunggu semua isyarat dah jelas.
Sekarang terserahlah nasib UMNO pada Allah. Anwar dah boleh aktif, dia pun nak tergelak tengok UMNO sekarang.

La sekarang UMNO nak ajak PKR dan Pas bincang pasal perpaduan Melayu. Dah lambat, kalau kepimpinan UMNO tak lemah tak kan Melayu jadi begini. Semalam saya berborak dengan jiran, katanya jangan terkejut Hishammuddin tanding Timbalan Presiden supaya akhirnya nanti jadi TPM dengan Najib sebagai PM. Mereka berdua itu sepupu.

Memang kalau dilihat sejarah, kepimpinan PM dan TPM berligar dalam keluarga bangsawan yang sama. Tunku bagi Tun Razak, Tun Razak bagi Hussin, Hussin bagi Mahathir, Mahathir bagi Paklah, pusing balik Pak Lah bagi Najib, Najib mungkin lantik Hishammuddin. Timbalan pula, daripada Razak bagi Tun Dr Ismail, pusing-pusing mereka juga tetapi orang Melayu boleh menerimanya.

Tun Hussin masa Razak telefon dia dilantik jadi PM, katanya dia menangis tetapi tak tahu apa sebabnya (buku sejarah kalau saya tak silap tak pernah sebut perkara ini) sepatutnya Ghazali. Ghazali memang musuh Hussiin. Tetapi bila jadi PM katanya Tun Hussein....tak berani saya nak teruskan...

Malam tadi saya pergi masjid sembahyang magrib lepas itu ada ceramah Daud Che Ngah, saya ingat ceramah agama biasa saya tunggu sampai Isyak. Dia kata kenapa buat pasar malam macam mana orang nak sembahyang maghrib di masjid. Kenapa buat bazar Ramadan petang-petang, bini kan masak, membazir, di negara Arab tak ada ini semua.

Dia tanya setuju tak Selangor buat projek ladang babi. Kemudian dia teruskan, boleh buat tetapi lokasinya perlu difikirkan semula. Dia kata audience malam tadi orang tu juga sebab dia dah datang dua tiga kali sebelum ini di masjid lama, dia nampak orang tu juga. Secara melawak dia kata jumlahnya 860 orang.

Saya tak tahu ceramah itu dianjurkan oleh Pas Taman Cheras Jaya. Saya tengok Azman jiran selang dua rumah saya jadi pengerusinya. Saya katakan padanya, inilah masanya bagi Pas mendapatkan sokongan lebih ramai Melayu untuk menyelamatkan negara ini daripada dikuasai DAP dan PKR yang kita tak tahu dengan jelas tujuannya.

Tetapi ada satu perkara seorang jiran lama berkata, bukan mustahil DAP jadi lebih sederhana. Dulupun katanya Gerakan macam DAP sekarang tetapi disebabkan perubahan zaman dia berubah dan perkara yang sama boleh berlaku kepada DAP.

Satu perkara perlu diterima ialah generasi sekarang adalah generasi lepas merdeka, pemikiran mereka tak sama seperti generasi sebelum merdeka dan baru merdeka. Pendek kata fikiran rakyat memang pelbagai. Mereka kini amat berkuasa dalam menentukan hala tuju negara ini dengan matlamat mahu negara ini diuruskan dengan sejujurnya.

Seorang bapa dari Kelantan melawat anaknya di taman ini berkata pada saya, dia cuba berniaga selepas pencen guru. Dia anak murid Ghani Othman masa dia sambung belajar di UM. Katanya Ghani lurus. Katanya keadaan sekarang adalah inflasi tertekan bukannya inflasi terbuka, itu jadi masalah besar sekarang.

Katanya, masa dia cuba dapat tender kerajaan baru dia tahu teruknya orang itu minta ini minta itu, dia rasa tidak sanggup nak teruskan tak berkat rezekinya. Dia berhenti. Dia selesa dengan hidup sekarang. Kalau dia nak kaya dia boleh minta dengan Hamad Kama Piah sebab sedara tetapi dia tak mahu.

Kami berbincang banyak perkara tetapi tak boleh ditulis di ruangan ini.

Saturday, April 12, 2008

LEGA RASANYA PAGI INI

Lega rasanya membaca akhbar pagi ini apabila Paklah mengakui dia punca kalah dan berdasarkan report yang dibaca jelas membuktikan beliau akan berundur selewat-lewatnya Disember ini. Jawatan beliau diserahkan kepada Najib dan nampak jelas Muhyiddin akan menjadi timbalannya. Siapa sangka begini takdirnya.

Memang tepatlah Paklah namakan Najib, siapa lagi yang boleh selain Muhyiddin. Tetapi macam biasa Najib kena pegang satu orang muda pelapis sebagai pengganti akan datang. Dia kena asuh mulai sekarang. Siapa ya yang kita boleh nampak ? Puad Zarkasi ? Khairy ? Mukriz ? Saya fikir Khairy, Mukriz, Hishammuddin yang berada dalam lingkaran bangsawan ini perlu dikekalkan dalam peringkat tertinggi negara. Mesti ada deal macamana nak mengekalkan mereka.

Kita orang Melayu sebenarnya bukan benci pemimpin kita tetapi sebenarnya kita rasa terbeban dengan cara pengurusan negara yang menyebabkan kita semua berasa hidup agak sukar. Kita bukan tidak bersyukur tetapi kita berpendapat keadaan yang ada sekarang tidak sepatutnya jadi begitu. Kita sayang negara kita ni.

Harap-harap Najib dan pasukannya nanti boleh memulihkan keadaan BN-UMNO-negara dengan sebaik-baiknya.
Banyak perkara perlu diselesaikan yang utamanya bagaimana hendak mengurangkan kos sara hidup yang membebankan dengan menggerakkan ekonomi negara dalam ertikata sebenarnya. Macamana nak mengambil hati pengundi Cina dan India supaya kembali ke pangkuan MCA dan MIC.

Di peringkat antarabangsa Najib seharusnya bergerak macam Mahathir dan Anwar yang dikenali di peringkat antarabangsa. Saya berharap sangat kalau jadi PM, Najib teruskan projek angkasawan, buat roket sendiri, hantar ke ISS. Ceriakan negara ini kembali dengan penganjuran sukan besar misalnya Sukan Asia, apa sajalah asalkan rakyat dapat berkongsi kegembiraan. Saya bangga kita ada angkasawan sendiri.

Janganlah pilih menteri bila bercakap lancar tetapi bodoh pulak ideanya. Biar macam saya ni walaupun cakap tak pandai tetapi idea bagus. Mana satu lebih bagus saya atau menteri ? Saya kan. Ada ke patut Menteri Penerangan kata akan perkenalkan wayang pacak di Sarawak. Hei bro ini zaman moden lah tak main wayang pacak. Tutup sahaja RTM tu. Lebih baik bagi mereka Astro percuma/subsidikan bayaran - bincanglah dengan Astro macam mana nak buat - supaya minda rakyat terbuka dan mereka gembira kerana terhibur. Mereka tentu suka kerajaan.

Pagi ini saya terbaca Timbalan Menteri Wilayah Persekutuan menuduh orang KL manja suka naik kereta sendiri bukan pengangkutan awam punca KL sesak. Ni lagi satu menteri bengap. Dia ni betul-betul ketinggalan zaman. Bila masa kita tak nak naik LRT, komuter dan bas? Saya sendiri kalau boleh nak naik LRT ke pejabat, tetapi tempat saya tak ada LRT. Sampai sekarang rel tak sambung-sambung apahalnya. Kos bina LRT sekarang tentulah lebih murah berbanding pada 2010,2015 atau 2020.

Patutnya projek itu dibuat segera kerana saya percaya kalau buat ramai naik LRT ke KL. Feeder bus kena betul-betullah. Masa saya di Paris, saya pergi ke rumah Mejar apa saya tak ingat, dia punya apartment depan pintu LRT, jauh tu dari Paris. Kita boleh ke ada apartment dekat dengan LRT, kiamat tak akan ada punya.

Baru saya terfikir kita ni kalau nak maju betul kena bagus sistem pengangkutannya darat laut dan udara, pelabuhan, lapangan terbang, terminal bas, kereta api dsb macam Mahathir buat dulu.

Tentang harga minyak saya tak fikir boleh turun banyak sangat. Yang penting macam mana nak kawal harga barang yang kita beli hari-hari ni? Mesti ada cara nak turunkan kos yang salah satu penyebabnya ialah harga minyak.

Okaylah bro, cukup setakat ini

Friday, April 11, 2008

TERINGAT NEGARA SEPANJANG MASA

Seronok rasanya dapat menikmati erti sebuah kehidupan sebenar apabila dibenarkan bercuti selama berapa hari ye oh ya sembilan hari. Saya lega. Dapat lupakan hal-hal pejabat. Esok Sabtu saya akan ke Felda Palong 7 dekat Bahau menghadiri perkahwinan anak buah saya. Saya berehat di rumah abang saya dua tiga hari jumpa adik beradik sanak saudara tentu menggembirakan apatah lagi keadaan politik tanah air tidak menentu.

Sepanjang hari Jumaat ini saya tak putus-putus memikirkan masalah politik negara antara saya perlu mengikuti berita media perdana TV3 TV1 etc dan akhbar-akhbar perdana dan mendapatkan maklumat dari laman web, saya akhirnya membuat kesimpulan, sampai bila kita hendak memperbodohkan masyarakat dengan menyorokkan maklumat sebenar.

Katakan saya orang Johor saya hadir dalam mesyuarat tertutup pertemuan Badan Perhubungan UMNO Johor dengan PM habis pukul 5.30 petang. Saya tahu majoriti ketua bahagian mahu Pak Lah turun. Petang tadi Nurjazlan, Hasni Muhamad dan Puad Zarkasi lantang mengkritik meminta Pak Lah...../pendek katalah....

Bila saya tengok Tv3, Buletin Utama lead story Ghani nyatakan sokongan pada Pak Lah berkali-kali toleh ke kanan (tengok Paklah) tapi wajah Paklah tak ditunjuk? Apa ni. Laporan jenis apa ni. Ini spin bodoh namanya.

Saya bergegas ke komputer saya merayau ke seluruh dunia serta merta saya terbaca laporan dari Singapura, UMNO Johor akan mengambil inisiatif memujuk Paklah letak jawatan demi kepentingan negara.

Orang bisnes sudah risau masalah politik tak selesai. Tapi kalau dah tiga negeri kata Pak Lah.....apa lagi ulangilah sejarah Tunku Abdul Rahman orang pasti hormat. Saya rasa satu Malaya dah tahan tengok Pak Lah, orang Cina tak tahulah kata apa begitu juga India.

Pada saya media perdana harus ubah sedikit pendekatan jangan terlalu menyorok maklumat, menafikan sesuatu dan sebagainya rakyat sekarang boleh dikatakan semuanya kalau tak ada komputer mereka ada hand set maka setiap maklumat tersebar dengan lebih pantas berbanding tv dan akhbar.

Saya fikir kalau akhbar nak dihormati pemiliknya perlu memikirkan bagaimana hendak menghormati pembacanya dengan menyiarkan maklumat sebenar dengan penuh rasa tanggungjawab kerana akhbar dan tv bukan sahaja perlu memuaskan hati pemiliknya malah pembacanya yang memberikan sokongan selama ini.

Sebab itu saya sendiri misalnya dalam sehari tengok TV3 1o minit sahaja masa Buletin Utama, lepas itu sama ada saya ke Astro yang lebih bebas atau internet yang kelihatannya lebih jujur terutama jika mendapat maklumat daripada bloggers terkenal.

AMY SEARCH BUKA KEDAI MAKAN

Baguslah Amy Seach buka kedai makanan Cina Muslim di Wangsa Maju. Harap berjaya. Tapi nak ingatkan bisnes bukan senang. Daripada 100 orang berniaga, menurut kajian hanya 20 peratus berjaya itupun dah setengah mati dibuatnya. Apa pun kita ucapkan selamat maju jaya.

Tengok restoran memang lawa, kenalah dengan imej Amy macam Cina Muslim.

SANA-SINI MINTA PAKLAH TURUN

Kita hidup dalam zaman IT dan tak sepatutnya media perdana cuba melindungi hakikat sebenar yang berlaku dalam parti kerana media pilihan lepas pantas melaporkan dengan tepat.

Khabarnya dalam pertemuan Najib dengan orang UMNO di Pulau Pinang dan Kedah semalam, mereka mendesak Pak Lah turun, Najib ganti. Majoriti bahagian berkehendakkan demikian dan bercakap depan Najib pula tu.

Eik lain macam sahaja. Silap hari bulan Najib tertikam diri sendiri, jangan percaya sangat orang UMNO macam-macam cara nak jatuhkan orang. Kalau ia benar-benar telus baguslah. Hari ini Pak Lah ke Johor, saya dengan mesyuarat Johor semua mahu Pak Lah turun kecuali Shahrir yang baru jadi menteri pinggan mangkuk.

Saya rasa, sentimen mahu Pak Lah turun merata-rata kerana rakyat sudah tidak percaya akan kepimpinan negara yang semakin menakutkan dan menggusarkan semua orang. Ini Anwar belum di pentas sebenar. Kalau di pentas sebenar (Parlimen) macam mana ?

Apa pun kita serah pada Pak Lah.

RIAK YANG MUNGKIN BERKOCAK

Saya baca akhbar pagi ini dan tertarik dengan satu berita apabila Pemangku Ketua Pemuda UMNO Ipoh Barat secara peribadi menyokong Najib bertanding Presiden tetapi tak taulah sejauh mana ia akan menjadi kenyataan.

Saya percaya ramai penyokong UMNO mahu begitu masalahnya sekarang yang berkuasa Paklah, faham-faham sahaja dalam politik kontrak dan wang ini apa akan jadi kalau menentang arus. Bukan sahaja hilang kedudukan malah segala-galanya akan berhenti serta-merta boleh jadi papa kedana.

Lagi satu Najib golongan bangsawan, dia tak akan buat sesuka hati, macam golongan raja-raja dia akan bertindak dengan cermat tetapi berimpak tinggi contohnya kes Agong hendakkan Ahmad Said, ia drama menarik sekali betapa kalau dia nak, semua orang tak boleh buat apa, masa tu hanya Allah sahaja boleh mengubahnya.

Tetapi yang pasti, UMNO sekarang memerlukan nafas kepimpinan yang baru, ia perlu disegarkan segera untuk berhadapan dengan pembangkang. Hari Isnin ini Black 14, tak tahu apa nak jadi, Anwar boleh masuk politik balik secara rasmi, kalau dia bertanding dan menang, masuk pula Dewan Rakyat, memang haru tetapi Dewan meriahlah, silap-silap hari bulan bukan Dewan sahaja terbalik malah BN sekali terlingkup jangan main-main.
Dia orang ini pun pandai.

Dalam kes PKR ini, pilihan raya lepas masa terbaik yang bunuh mereka sebab dia tinggal satu kerusi tetapi disebabkan kelemahan kepimpinan UMNO, tiba-tiba dia dapat 31 satu kerusi. Dari segi media sebenarnya telah memainkan peranan nak bunuh PKR tetapi kelemahan dalaman UMNO, minta maaflah.

Dalam sejarah, banyak pemimpin terpaksa mengharungi pelbagai dugaan untuk menjadi pemimpin. Macam Anwar kadang saya fikir, kenapa takdir jadikannya begitu. Mengapa dia akhirnya disingkirkan daripada UMNO dan dipenjarakan, bentuk parti, menang kalah menang dan sekarang sebenarnya dia tinggal petik jari di Parlimen untuk tubuh kerajaan. Ya saya nak ingatkan dia tinggal petik jari sahaja. Siapa sangka.

Kadangkala saya fikir, sejahat mana pun orang, kita sebenarnya tiba boleh mengaibkan keterlaluan. Saya selalu fikir begini dan dalam konteks Dr Mahathir dia memang ada alasannya sendiri sebab masa itu dia Perdana Menteri. Tuhan apabila dengar doa orang rasa diri dia teraniaya, Dia makbulkan Mahathir pun mungkin lepas solat ada berdoa dia mungkin dianiaya timbalan sendiri, begitu juga Anwar.

Ketika gawat dulu, satu Malaysia musuh Mahathir doa dia bukan-bukan, dia tetap sihat dan negara selamat. La bila negara dah selamat, Pak Lah memerintah, Anwar pula kelihatan kukuh di sebalik pelbagai tanggapan negatif terhadapnya oleh sesetengah pihak. Mengapa keadaan tiba-tiba jadi demikian ?

Mungkinkah Anwar kembali kepada UMNO bawa masuk semua PKR dalam UMNO, dia jadi Timbalan, Najib jadi PM, bukan kita tahu takdir seperti ini. Semua bukan mustahil dalam beberapa bulan akan datang kerana keadaan negara sekarang goyang sedikit dan rakyat mengharapkan yang terbaik.

Kalau Anwar tak masuk UMNO (saya fikir orang besar UMNO yang ada kedudukan tak akan bagi), apa pilihan kita untuk menyegarkan negara ini daripada kelesuan hidup. Ya negara kita lesu sekarang. Kita patut ada sebuah lagi bandar baru macam Putrajaya bandar Melayu dan orang Cina terima. Orang India ? Boleh blah.

Kita patut anjurkan Sukan Asia, Stadium Bukit Jalil tu tak digunakan sangat, sayanglah. Sukan boleh jana ekonomi dan menceriakan kehidupan.

Okay cukup untuk update hari ini Jumaat 9 pagi. Sekadar berkongsi pandangan tiada niat apa-apa

Thursday, April 10, 2008

KHIR JANGANLAH KELENTONG

Orang ada kuasa macam-macam boleh buat berbanding kita. Macam isu babi. Khir kata buka dia luluskan tapi Khalid kata dia dulu luluskan.

Semalam Khir berlepas ke Mekah kerjakan umrah. Betulkah buka dia yang luluskan ? Kalau luluskan cakaplah luluskan tak usah nak nafi nak bohong. Saya ada baca akhbar lain kata dia luluskan.

Pak Khir, kalau sudah ada blog tak usahlah nak bohong-bohong lagi kepada rakyat, nanti rakyat yang ada blog akan masukkan dalam blog kata awak bohong. Sampai bila kita nak tengok rakyat dibohongi. Rakyat sudah menghukum. Orang ada blog tak boleh bohong peminat blog, kalau tak terus jadi goblog.

Lama-lama kalau begini gayanya, rakyat makin tak percaya dengan cakap orang kerajaan, orang UMNO. Mereka tetap baca akhbar perdana sebab mereka tahu hakikatnya.

Gamaknya kalau jadi MB tu janganlah salah guna kuasa. Tetapi saya secara peribadi sokong juga pusat ternak babi moden itu dipusatkan, jangan bersepah macam sekarang sebab kotor busuk dan meloyakan.

Cuma masalahnya ia sangat sensitif dan perlu dikendalikan secara berhati-hati.

TAK BOLEH DIHARAP

Tak boleh nak kata apa bila baca berita harga mi naik 20 sen hingga 70 sen. Bukan sikit tu, banyak. Sebenarnya mi ni dah naik 20 sen sebelum ini jadi 90 sen sepeket sekarang nak naik lagi sampai seringgit 50 sen sepeket.

Banyak kesannya. Kuih jadi mahal, makan mi goreng tentu naik 50 sen, lepas itu nak senang cakap orang ramai digesa kurangkan makan mi dan kuih. Kepala hangguk.

Isunya, kerajaan sekarang macam sudah tak ada kawalan lagi terhadap harga barang. Tadi ada rakan SMS kata harga susu dah naik. Sebenarnya dah lama dia naik dan naik lagi. Semuanya saya rasa sebab harga minyak naik.

Saya tak tahulah apa Shahrir boleh buat sekarang. Persoalannya, macam mana nak kurangkan kos sara hidup yang meningkat ini disebabkan kenaikan harga barang ? Tak ada cara ke nak berunding dengan pengeluar tepung nak kurangkan harga ?

Percayalah tak lama kuih sekeping jadi 50 sen bukan lagi 30 sen, sekarang tiga seringgit tak lama lagi dua keping seringgit, maknanya dua seringgit macam dah tak ada nilai. seringgit sini bersama 20 sen di Europe.

Nanti kalau tahun 2020, kuih jadi 1 Euro sekeping atau lima ringgit duit sini, bukan mustahil, atau jadi satu dolar australia bersama dua ringgit setengah sekeping di sini atau macam di Singapura.

Tapi bila difikirkan balik, pada zaman awal 60an kuih sekeping 1 hingga 5 sen masa itu highway tak ada, segalanya tak ada.

Tahun 70an, dia jadi 10 sen sekeping masa tu baru nak buat highway, bangunan pencakar langit baru nak buat sikit-sikit.

Tahun 1980an jadi 20 sekeping masa tu highway Plus dah nak siap, jalan mula merata, bangunan pencakar langit dah mula mencanak.

Tahun 90an jadi 30 sekeping tiga seringgit sampai sekarang dan ketika ini highway keliling negara KL macam LA, ada KLIA, Formula One, Putrajaya, KLCC.

Nampak gayanya ia akan jadi 50 sen sekeping dalam keadaan segala-galanya di negara ini jadi mahal, minyak mahal dll yang pengguna kena bayar kalau mahu.

Pada tahun 2020 ia akan jadi seringgit sekeping saya rasa. Entahnya segala-galanya sudah berubah. Nak marah sangat pun tak guna. Lagipun masih ada pilihan, kalau kuih mahal, mi mahal makan benda lain.

Tuesday, April 8, 2008

KL SESAK SEBAB TIDAK ADA PERANCANGAN TELITI

SUDAH begitu lama warga Lembah Klang yang kini berjumlah 4.3 juta orang terpaksa mengharungi kesesakan lalu lintas yang cukup menyeksakan. Ia meningkatkan tekanan warga kota yang terpaksa berbelanja lebih untuk petrol dan penyelenggaraan kenderaan selain menjejaskan usaha memasarkan Malaysia sebagai destinasi pelancongan. Kesesakan berterusan turut menghalang cita-cita kerajaan mengangkat Kuala Lumpur (KL) sebagai sebuah bandar raya global sebagaimana London, New York, Paris dan Tokyo. Ia juga menyebabkan KL terus tertinggal berbanding Singapura, Hong Kong dan Sydney yang sudah menjadi bandar raya sub global bagi rantau Asia Pasifik. Jangan terkejut jika KL akan kehilangan daya tarikan kepada kedatangan pelabur asing dalam pelbagai bidang perkhidmatan yang menjadi ciri utama bandar raya global. Entah macam mana keadaan KL pada 2020 yang diramalkan mempunyai penduduk 7.1 juta orang manakala jumlah kenderaan sekali ganda daripada sekarang ? Menyedari keadaan itu, Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak menegaskan, perlunya pelan lalu lintas bersepadu diwujudkan dengan mengambil kira unjuran kesesakan lalu lintas Lembah Klang sekurang-kurangnya 30 tahun akan datang. Ketika merasmikan ``Retreat Memperkasa Sistem Pengangkutan Awam - Sistem Lalu Lintas di Kuala Lumpur: Hot Spots’’ di Hotel Palace of The Golden Horses, Seri Kembangan baru-baru ini, beliau berkata, pelan bersepadu itu perlu menjadi rujukan tunggal bagi semua pihak untuk menyelesaikan masalah kesesakan. Semasa berucap, beliau yang juga Pengerusi Jawatankuasa Kabinet Mengenai Pengangkutan turut berkongsi perasaan mengenai keadaan kesesakan yang berlaku. ``Nampaknya tema hari ini memang kena. Saya sepatutnya perlukan masa 10 minit untuk ke sini dari Putrajaya. Tetapi tiba-tiba hari ini jadi setengah jam pula....saya tersangkut (dengan kesesakan),’’ katanya. Ramai yang tertawa mendengarnya tetapi ada juga peserta terasa macam hendak ketawa tetapi akhirnya tidak jadi ketawa. Beliau dijadual tiba pada majlis tersebut pada pukul 3 petang tetapi disebabkan kesesakan, beliau hanya dapat tiba pukul 3.30 petang. Retreat ke-12 itu dianjurkan oleh Kementerian Wilayah Persekutuan dalam usaha untuk mencari jalan bagi mengatasi masalah sedia ada dan seterusnya dibawa ke peringkat menteri dan Kabinet untuk tindakan seterusnya. Sepanjang tiga hari retreat diadakan, pelbagai idea dilontarkan yang kesemuanya amat menarik sekali kerana jika betul dapat dilaksanakan, memang tiada kesesakan di KL. Persoalannya bolehkan segala idea yang suci dan murni itu dilaksanakan ? Antara idea paling menarik ialah daripada Pengarah Urusan Bina Fikir Sdn. Bhd., Mohammed Rashdan Yusof dan Dr. Dahlia Rosley dari Jabatan Perancang Bandar dan Desa supaya diwujudkan Lembaga Pengangkutan Bandar Lembah Klang (KUTA). Badan yang dicadangkan ini bertanggungjawab mengambil alih segala perancangan dan pengurusan sistem pengangkutan di Lembah Klang daripada agensi-agensi kerajaan sedia ada. Menurut Rashdan, bandar-bandar utama seperti London, New York dan Singapura terdapat badan tunggal yang menguruskan pengangkutan awamnya. Malangnya keadaan itu tidak berlaku di KL kerana 13 agensi dan jabatan kerajaan terlibat dalam soal pengangkutan yang akhirnya bukan menyelesaikan - malah memburukkan lagi masalah. Ironinya setiap kali berlaku kesesakan terutama apabila hujan renyai-renyai sampai ke tengah malam, ataupun ada kemalangan di satu-satu tempat, `mangsa pertama’ yang `ditala’ warga kota ialah Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL). Sekadar mengingatkan, DBKL tidak boleh dipersalahkan atas apa yang berlaku kerana banyak lagi agensi kerajaan lain yang turut menyumbang sama kepada kesesakan KL. Sekadar contoh, satu ketika dulu, semua orang memuji apabila Kementerian Kerja Raya mahu membina Lebuhraya Lingkaran Tengah (MRR1 dan II) apatah lagi ia tiada tol. Hari ini keadaan sudah terbalik kerana MRR 1 dan II mengalami kesesakan teruk setiap hari - malah hampir tepu sama seperti Lebuhraya Persekutuan ke Shah Alam dan Lebuhraya Kuala Lumpur-Seremban. Tetapi orang tetap menyalahkan DBKL. Jangan terkejut, kira-kira 3.8 juta orang menggunakan laluan tersebut pada waktu siang dan kira-kira 1.9 juta orang menggunakan lebuh raya tersebut pada waktu malam. Sekadar bertanya, apakah perancang-perancang dalam kementerian terbabit menyedari masalah tersebut sejak daripada awal lagi ? Namun mungkin ada yang bertanya bolehkah diwujudkan satu badan khas untuk mengambilalih pengurusan pengangkutan di Lembah Klang termasuk dengan `projek dan bajetnya sekali ? Jawapannya ialah tentu boleh dengan syarat ada political will. Salah seorang peserta berkata, untuk menjayakan hal tersebut, KUTA boleh mencontohi Johor yang `overwrite’ semua kuasa yang ada demi pembangunan Wilayah Pembangunan Iskandar (WPI). Banyak lagi contoh yang berlaku menunjukkan, kebanyakan projek berkaitan pengangkutan awam di KL telah dilaksanakan tanpa memikirkan semasak-masaknya akan kesan jangka panjang. Masalah ini turut ditegur oleh Najib yang berkata, sepatutnya tidak ada penyelesaian masalah lalu lintas yang hanya boleh memberikan kelegaan kepada pengguna untuk tempoh setahun dua sahaja. Katanya ia sepatutnya melangkaui tempoh 20 hingga 30 tahun. Sebetulnya, entah berapa ramai pegawai-pegawai agensi kerajaan yang membaca Pelan Struktur 2020 yang begitu tebal itu dan terdapat dalam dua bahasa - Melayu dan Inggeris. Ini kerana sekiranya semua agensi kerajaan mematuhi, merujuk dan mengikut pelan yang telah diiktiraf oleh kerajaan itu, penulis percaya masalah kesesakan di KL boleh diatasi. Malangnya apa yang berlaku adalah sebaliknya. Bayangkan ketika KL sudah tidak boleh menerima lagi kemasukan kenderaan persendirian dengan begitu banyak, ada kementerian didapati meluluskan begitu banyak teksi. Ketika ini terdapat lebih 25,000 teksi beroperasi di bandar raya, 15,000 perjalanan bas dalam sehari manakala bagi setiap 1,000 penduduk terdapat 211 kereta. Pada masa yang sama, jumlah mereka yang menggunakan pengangkutan awam didapati terus berkurangan daripada 34 peratus kepada 19 peratus sahaja. Ini bertentangan dengan keadaan di negara-negara maju apabila jumlah mereka yang menggunakan kenderaan awam adalah 60 peratus berbanding 40 peratus menggunakan kenderaan persendirian. Keadaan ini membimbangkan Najib kerana kadar penggunaan pengangkutan awam di negara ini adalah lebih rendah daripada paras dunia. Malah keadaan menjadi semakin buruk kerana disebabkan kelemahan dalam sistem pengangkutan awam termasuk bas, teksi dan transit aliran ringan serta monorel, makin ramai didapati menggunakan kenderaan persendirian. Kebelakangan ini, jumlah kenderaan persendirian semakin bertambah di Lembah Klang disebabkan kewujudan pelbagai jenis kereta yang murah. Pada masa yang sama, DBKL tiada hak langsung untuk menghalang kemasukan kenderaan persendirian itu sebagaimana dilakukan di Singapura yang mengenakan bayaran jika hendak masuk ke pusat bandar raya. Jangan salahkan DBKL kalau KL sesak menggila pada waktu puncak. Salahkah jabatan dan agensi kerajaan lain yang didapati tidak proaktif dalam usaha untuk memastikan KL bebas daripada kesesakan lalu lintas. Dari semasa ke semasa, ada sahaja projek perumahan baik dalam kawasan berdekatan bandar atau konurbasinya yang terus dilulus dan dibina. Projek sebegini akhirnya mewujudkan lebih ramai penduduk, lebih banyak kenderaan dan pelbagai lagi yang akhirnya, mereka ini akan menjadi penyumbang kepada kesesakan KL. Sebenarnya ada cara bersepadu untuk menyelesaikan masalah tetapi mereka tidak mahu berbuat demikian. Akhirnya Pelan Struktur 2020 menjadi `kitab buruk’ yang amat malang - ada banyak kebenaran tetapi orang tak pandang.’ Dipendekkan kata, dalam soal pengurusan sistem pengangkutan di Lembah Klang ini, boleh kita ibaratkan, KL mengandungi berbelas ekor ular besar-besar belaka, yang kepalanya bergerak ke arah berlainan ? Jika ia tidak diatasi, sampai kepada anak cucu cicit kita, masalah kesesakan di KL tidak akan selesai. Sebagaimana sekarang, entah-entah pada 2020, kita masih lagi mendengar deejay radio melaporkan: ``Nampaknya kita berpesta lampu merah...oii ekornya dah sampai ke Rawang...’’

PADAH BN MENGATA BLOG BUKAN-BUKAN

AMAT sukar bagi sesetengah pihak untuk menerima hakikat bahawa laman blog memainkan peranan sangat besar dalam menentukan keputusan pilihan raya umum lalu terutama di bandar-bandar besar. Bagi Barisan Nasional (BN) tentulah lebih terkejut apabila kemudahan teknologi Internet yang mula dimajukannya pada era 1990an menerusi projek Koridor Raya Multimedia (MSC), telah digunakan pembangkang sepenuhnya ketika BN sendiri tidak begitu mengendahkan. Bayangkan, pembangkang mempunyai 7,500 blog untuk berkempen secara atas talian dengan pengundi, sedangkan BN mempunyai laman blog terlalu sedikit meskipun ahlinya dikatakan melebihi tiga juta orang. Tidak sukar untuk memahami mengapa BN tidak ambil kisah tentang kepentingan Internet dan blog untuk berkempen kerana ia masih bergantung kepada medium kempen secara tradisi melalui media massa cetak dan elektronik rasmi, ceramah-ceramah dan lain-lain. Menurut Pensyarah Jabatan Media Universiti Malaya, Dr. Abu Hassan Hasbullah, kajian mendapati 70 peratus keputusan Pilihan Raya Umum Ke-12 dipengaruhi oleh maklumat yang dipaparkan dalam blog dan di Malaysia, terdapat 500,000 laman blog yang dikendalikan pelbagai pihak dengan pelbagai tujuan. Pemilik-pemilik blog ini berinteraksi sesama sendiri dan laman blog masing-masing boleh dilayari di rumah, di pejabat, di kafe siber, panggung wayang, telefon bimbit, kereta, bas dan sebagainya. Pelbagai maklumat segar mengenai apa sahaja terutama dakwaan penyelewengan terhadap kerajaan mahupun pembangkang boleh tersebar dengan pantas sekali mereka tidak perlu berpanas dan berhujan atau perlu membayar wang untuk mendapat maklumat kerana maklumat di hujung jari. Dipendekkan kata, semua pihak perlu menerima hakikat bahawa Internet merupakan salah satu medium baru berkempen di negara ini pada masa akan datang dengan kemunculan masyarakat kelas menengah yang tidak lagi bergantung kepada sumber-sumber tradisional untuk mendapatkan maklumat. Mujurlah beberapa pemimpin BN kini memandang positif terhadap peranan blog misalnya Menteri Penerangan, Datuk Ahmad Shabery Cheek akan mengadakan pertemuan dengan bloggers untuk bertukar-tukar pendapat. Selain itu, bekas Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Dr. Mohammad Khir Toyo turut memiliki blognya sendiri untuk saling berinteraksi dengan rakyat. Meskipun baru beberapa hari muncul di Internet, laman blog Dr. Khir mendapat hit yang begitu tinggi sekali malah orang ramai yang secara terbuka ada yang memuji, mengutuk dan ada yang memberi pendapat bernas. Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Mohd. Ali Rustam turut tidak ketinggalan memiliki laman blog malah menyeru semua wakil rakyat supaya memiliki laman blog sendiri. Bagi mereka yang tidak biasa berinteraksi dalam laman Internet, pengalaman memiliki blog sendiri mungkin mengejutkan kerana pelbagai pihak tanpa mengira kaum dan status akan memberi pendapat yang pelbagai. Dalam hubungan ini, jika dilihat secara mikro, setiap wakil rakyat sememangnya perlu memiliki laman blog kerana ia memudahkan pengundi untuk menyalurkan maklumat mengenai masalah di sesuatu kawasan dengan cepat sekali gus membolehkan wakil rakyat memberikan reaksi dengan pantas. Ia juga memainkan peranan sebagai check and balance terhadap tindak-tanduk setiap wakil rakyat. Ini kerana sebarang penyelewengan wakil rakyat boleh sahaja disalurkan ke laman blog sesiapa sahaja dalam masa yang begitu singkat. Dengan cara ini ia mampu mengekang wakil rakyat daripada terus menyalahgunakan kuasa kerana sebarang penyelewengan dengan mudahkan `disalurkan' ke Internet untuk tatapan umum. Laman blog juga boleh digunakan oleh setiap wakil rakyat untuk memaklumkan kepada pengundinya mengenai langkah-langkah yang telah dan sedang diambil untuk memajukan kawasan masing-masing. Secara makronya pula, dengan adanya laman blog - melibatkan semua wakil rakyat tanpa mengira parti, ia akhirnya akan mencetuskan satu keadaan semua wakil rakyat perlu melaksanakan tugas dan peranan mereka dengan sejujur-jujurnya. Sesungguhnya memang tidak ada ruang lagi bagi semua wakil rakyat tidak kira dari parti pemerintah mahupun pembangkang untuk memandang mudah akan peranan Internet dan laman blog. Percayalah anda akan ketinggalan dalam kempen-kempen akan datang jika bersikap negatif terhadap peranan Internet dan laman blog. Ini kerana dalam tempoh beberapa tahun akan datang, keberkesanan Internet dan laman blog akan mendapat nilai tambah baru berikutan kemunculan Televisyen Protokol Internet (IPTV). Sesetengah wakil rakyat mungkin sukar untuk mempercayai bahawa seluruh kehidupan kita baik di rumah mahupun di hotel atau di mana sahaja bakal berpusat pada IPTV. Ia merupakan televisyen generasi baru, berkemampuan memaparkan gabungan data, suara dan video yang dihantar menggunakan rangkaian jalur lebar gentian optik berkelajuan cahaya, bukan lagi jalur lebar diperbuat daripada tembaga. Dengan adanya IPTV di rumah, anda boleh menonton filem terkini secara muat turun dari Internet, melanggan filem, menelefon rakan, menerima panggilan, menghantar e-mel, mengakses maklumat dari Internet – sebutlah apa sahaja, dengan menggunakan alat kawalan jauh sambil menghirup kopi pekat. Jika ada IPTV, anda mungkin boleh menonton siaran langsung Sukan Olimpik di Beijing, China pada Ogos ini sambil membayar bil telefon bimbit, bil elektrik atau menerima panggilan telefon daripada kawan-kawan atau saudara-mara atau membaca akhbar arus perdana melalui TV yang sama. Jika anda kini perlu ke kaunter bank untuk membayar bil atau mengakses Internet di komputer untuk melakukan perkara yang sama atau sedang berbaris panjang di hadapan mesin teller automatik (ATM) untuk membayar bil kereta dan rumah, ia tidak lagi begitu jika anda memiliki IPTV di rumah. Dan sudah pastinya pemilik laman blog sedia ada akan membeli IPTV pada masa depan kerana mereka tidak perlu berinteraksi menggunakan komputer lagi kerana segala-galanya boleh dilakukan di televisyen sahaja. Dipendekkan kata bukan mustahil satu hari nanti semua kempen dalam bentuk ceramah, propaganda melalui media cetak dan elektronik sudah tidak lagi berkesan untuk mempengaruhi pengundi baru yang mempunyai medium baru yang lebih canggih untuk mendapatkan maklumat. Sebenarnya, kesemua syarikat penyedia rangkaian telekomunikasi gergasi di seluruh dunia termasuk Alcatel yang mencatatkan jualan 13.1 bilion euro pada 2005, beroperasi di lebih 130 negara serta memiliki 58,000 pekerja kini, berlumba-lumba menyediakan kemudahan tersebut. Presiden Alcatel Asia Pasifik, Christian Reinaudo menganggarkan pengguna IPTV yang kini berjumlah 2.6 juta orang bakal meningkat kepada 100 juta di seluruh dunia pada 2010. Pihaknya juga menjangkakan jumlah pengguna IPTV di rantau Asia Pasifik akan meningkat daripada 900,000 kepada 16.5 juta pada 2010. Secara ringkasnya, menurut beliau, percantuman dan transformasi dalam industri telekomunikasi, pengkomputeran dan penyiaran sedang berlaku dengan hebat serta tidak dapat dielakkan sama sekali. Reinaudo menjelaskan, Malaysia termasuk dalam senarai lima negara di Asia yang mempunyai potensi besar untuk diterokai dalam tempoh beberapa tahun akan datang. habis

APA NAK DIKESALKAN

Kalau aku kata orang Melayu ni bodoh macam Arab kau marah. Tapi betul bodoh nasib baik aku Jawa. Apa nak bising-bising Teresa Kok kata Selangor buat kandang babi 100 juta ringgit ? Yang kau pilih pembangkang apa hal ? Bukan kau tak tahu orang Cina kalau dapat kuasa macam mana dia akan buat tengok Singapura.

Saya fikirlah padan muka orang Selangor ada kandang babi terbesar di Malaysia, orang Melayu kalau dah pandai sangat itulah jadinya diperbodohkan orang Cina itu pun masih tak sedar lagi. Tan Sri Khalid apa boleh buat. Walaupun dia orang Jeram, Kuala Selangor, dia kena cucuk hidung. DAP banyak dalam Selangor.

Saya fikir orang Kampung Jeram pun terkejut Khalid jadi MB, lepas tu lulus pula kandang babi. Tak ada benda lain ke ? Sebenarnya bila saya baca berita yang jadi saya geli geleman ialah mungkin najis babi itu jadi baja sayur yang diusahakan ramai pengusaha Cina di Selangor dan seluruh negara. Macam mana tu ?

Saya ada baca buku Lim Goh Tong My Story dia kata setiap kali dia hendak berunding dengan pegawai tinggi kerajaan dia akan bawa pegawai Melayu untuk mengiringinya bercakap dan berunding. Dalam beberapa kali perundingan pegawai itu kata jangan teruskan kerana ia hanya sia-sia sahaja. '

Tetapi Goh Tong kata: Jangan bimbang, ikut serta sahaja, jadi jurubahasa saya.''

Goh Tong ini orang yang bijak dalam berunding walaupun tak pandai cakap Melayu atau orang putih. Pengajarannya bila saya baca buku itu, dia memang gigih (banyak lagi benda saya rasa dia rahsiakan sampai ke mati) kalau dia nak buat sesuatu dia akan buat dan bila dah dapat dia tak kan lepas.

Saya pernah panjar Tembok Besar Cina bila di puncak saya rasa betullah bangsa Cina ni gigih, dia sanggup tembok negaranya sendiri mana ada bangsa lain buat selain Jerman, Israel dan Singapura itu pun tak ada benda. Sama macam Cina Malaysia mereka gigih duduk di negara ini mereka pakai akal mereka mahu kongsi kuasa dengan Melayu tapi tak akan hilang jati diri asal mereka tak macam orang Melayu pandai sikit cakap orang putih mulalah kata bangsa tak penting, yang penting agama, akhirnya jual Selangor pada Cina.

Tetapi ada nak hairan sebelum ini pun yang lebih atas pun berkawan dengan kapitan Cina. Dilihat secara halus, masalah orang Melayu ialah suka mendengki, sakit tengok orang senang suka tengok orang susah itu masalahnya mementingkan diri, pangkat dan kedudukan sanggup buat apa sahaja.

La sekarang Melayu dah macam tak ada pemimpin. Paklah goyang macam nak berhenti sahaja gamaknya bila namakan Najib penggantinya. Eloklah berhenti secara terhormat, orang tetap kenang jangan fikir diri sendiri fikirkan soal negara yang hampir terlepas ke tangan orang jangan salahkan orang salahkan diri sendiri.

Apapun marilah kita sama-sama berdoa agar negara selamat

Monday, April 7, 2008

RISAU MEMIKIRKAN HAL NEGARA

Saya benar-benar risau setiap kali memikirkan hal-hal negara. Lagi lama saya fikir lagi takut dibuatnya. Tidak pernah terjadi dalam sejarah saya melihat sana sini orang mendesak Perdana Menteri letak jawatan. Merata-rata. Ketuanya Dr. Mahathir.

Celah-celah itu ada pula yang pandai-pandai hendak Mahathir, siapa mereka tu ? Banyak ke jasa mereka. Mahathir tak akan bercakap kalau dia rasa keadaan okay. Ini keadaan tak okaylah sekarang.

Kelmarin saya terbaca dalam The Star adik Shahrir Samad, Khalid yang jadi MP Pas di Shah Alam kata harga minyak memang boleh diturunkan. Dia jurutera pernah kerja tujuh tahun dengan Petronas. Katanya mengapa Petronas jual minyak ikut pasaran antarabangsa sedangkann kos pengeluaran sama murahnya ?
Tak masuk akal.

Saya rasa insaf membacanya, betullah sama dengan Anwar cakap dalam kempennya. Buat apa Petronas nak untung banyak-banyak jika untung digunakan entah untuk apa-apanya, duitnya rakyat bawah tak rasa pun. Kadangkala terfikir kerajaan ni zalim.

Hari ini saya baca berita Menteri Besar Pahang Datuk Seri Adnan Yaakob tidak mahu jadi ahli Majlis Tertinggi UMNO. Eh lain macam aje signal Datuk Nan ni. Setahu sayalah dia ni baik dan rapat dengan Paklah. Mengapa pula dia bertindak macam tak menghormati Pak Lah ?

Lagipun peliklah kalau MB Pengerusi Badan Perhubungan parti negeri tak jadi ahli MT. Paklah chair meeting kabinet, ada menteri-menterinya tidak mahu hadir mesyuarat wajib setiap minggu. Macam mana tu ?

Di Sabah pula baca cerita PM mungkin letak jawatan bila sampai masa. Eh lain macam aja. Semalam kata mahu bertanggungjawab. Orang kata seluruh negara, kalau nak bertanggungjawab - letak jawatan - itu sahaja. Orang tidak boleh terima kalah lima negeri malah PM juga dah tak ada negeri. Tak pernah jadi dalam sejarah.

Pagi tadi- pagi-pagi buta lagi saya baca akhbar kerajaan Selangor luluskan kandang babi 100 juta ringgit di Sepang. Sekali lagi di Sepang tu. Di Sepang. Di Sepang ada apa ? KLIA, Litar Formula One.

Bedebah punyai Tan Sri Khalid, belum apa-apa dah luluskan kandang babi, memang dia Melayu kena cucuk hidunglah. Baru berapa hari jadi MB, dah buat benda menyakitkan hati bersekongkol dengan orang Cina tu. Inilah padahnya, apa nak jadi ni ? Macam-mana benda merungsingkan saya. Harga barang tetap naik. Harga minyak lambat lagi nak turun.

Saya fikir sendirian, apakah sokongan ahli UMNO di PWTC kelmarin benar-benar tulen atau apa ? Saya tak fikir ia genuine. Kenapa tidak dibenarkan dialog. Takut kena belasah ? Inilah sebabnya saya rasa.

Aduhai Perdana Menteru Ku, saya berasa sangat sedih dengan keadaan yang berlaku terhadap negara saya. Rakyat sudah lama beritahu mereka sudah tidak tahan dengan kenaikan harga barang, harga minyak. Janji nak hapuskan yuran sekolah ada ke 4 ringgit setengah ?

Tahu tak Perdana Menteri, pagi-pagi lagi kami semua rakyat yang hina dina ini dah pergi kerja. Kalau pergi pagi baliknya malam. Makan tengah hari mahal belaka. Minyak kena isi. Semuanya mahal. Tol kena bayar.

Nasib baik saya tak ada babe. Kalau ada babe, saya kena beli susu, lampin, dan macam-macam semuanya mahal belaka. Saya tahu tu. Anak-anak pun tahu susah emak bapanya. Anak saya Perdana Menteri, dia sanggup bawa jajan ke sekolah untuk jual di kelas, tiga-tiga anak saya buat begitu. Saya bagi mereka masing-masing seringgit setengah duit kocek. Duit itu mereka simpan. Kalau dia nak makan di sekolah, mereka jual dulu makanan dalam kelas. Dapat duit baru mereka makan.

Bila mereka balik ke rumah, mereka bercerita dengan saya, mereka sangat suka. Tiap-tiap malam mereka beritahu saya berapa mereka dapat. Tak banyak tetapi mereka tahu menghargai betapa mereka perlu cari wang jika mahu lebih. Saya memang tak mahu bagi lebih sebab nak didik mereka supaya tahu sedikit rasa susah.

Okaylah bro cukup untuk malam ini jumpa lagi

Sunday, April 6, 2008

NOSTALGIA AF ROCKER

Malam tadi saya berkesempatan menonton rancangan AF di Astro. Pada mula saya tak ambil pot rancangan itu sebab saya sedang sibuk menjelajah ke seluruh dunia menerusi Internet. Tetapi tiba-tiba saya dengar lagu-lagu rock 1980an/90 rancak berkumandang dan terdengar pula kritikan tajam Aman Ramli dan Ogy, nak tak nak saya terpaksa berhenti menjelajah dan menonton rancangan itu.

Daripada satu persembahan ke satu persembahan, saya perhatikan Saida kakak Siti Nurhaliza sebenarnya tidak boleh menyanyi dan patut dikeluarkan malam tadi tapi dia dapat nombor dua

Lebih menyemakkan kepala otak saya bila dia menyanyikan lagu Ella Berulang kali ku mencuba mengubat hati lupakan semua kenangan namun mimpi bermimpi bertemu lagi di saat engkau tiada di sisi ku berpegang pada janji.

Rasa saya nak tendang tv tengok dia nyanyi sebab langsung tak sedap, dia tak layak nyanyi lagi itu. Dia bukan rockers dan lembik, tak ada gaya. Apalah dia ni menyanyi perakkk giler itu lagu zaman aku bercinta dengan permaisuri sekarang tahu tak !

Lepas itu tengok Toi menyanyi lagi CINTA, dia betul-betul kampunglah boleh belah lah.

Kemudian akan tengok yang lain menyanyi Ris okaylah tapi yang betul mengancam nenek tu betul-betul real macam puas hati menengok dan mendengar. Dia betul-betul penghibur. Memang patut budak-budak lain belajar dengan dia macam mana nak rock dengan betul.

Bahasa Inggeris dia pun bagus kalau hendak banding dengan budak Negeri Sembilan yang nyanyikan lagu rock cokap nogari. Berhentilah.

Tetapi dalam ramai-ramai tu tak ada pula yang nak bawa lagu Isabela Amy Search. Saya dah agak dah daripada mula memang tidak ada budak AF berani hendak menyanyi. Malah Mawi pun tak boleh nyanyi punya.

Bayangkan indahnya seni kata Isabella

ISABELLA adalah kisah cinta dua dunia
mengapa kita berjumpa namun akhirnya terpisah
siang jadi hilang ditelan kegelapan malam
alam yang terpisah melenyapkan semua kisah
terbayang lambaiannya
salju membakar kehangatan
dunia dipenuhi warna berseri bunga cinta
kita yang terlena hingga musim berubah
mentari menyepi bernyalakan api cinta
Dia Isabela lambang cinta yang lara
terpisah kerana adat yang berbeza
cinta gugur bersama daun-daun kekeringan
haluan hidupku terpisah dengan Isabella
tetapi aku terpaksa demi cintaku Isabella
Muga dibukakan pintu hati ku untuk mu
akan terbentang jalan
andainya kau SETIA Isabella.


TERINGAT SAYA MASA BELAJAR DULU, BANYAK BETUL KAWAN-KAWAN SEKARANG ENTAH KE MANA CUMA TINGGAL KENANGAN.

Wartawan veteran Tan Sri Samad Said pernah menulis dalam buku mengenai dunia kewartawanan dan hubungannya dengan Devan Nair Presiden Singapura mereka rapat hubungan yang amat sangat tetapi akhirnya mencari haluan sendiri.

Katanya yang aku ingat: Manakala semuanya hanya tinggal kenangan sahaja Devan Nair di Singapura saya di sini (Malaysia). Kata-kata Samad amat puitis dalam buku itu saya tidak ingat.

BILA MENTERI KITA MASIH TAK SEDAR

Pagi tadi saya sekeluarga makan di Bukit Dokong Kajang macam biasalah bila ada kelapangan. Sambil itu sempatlah saya pergi beli macam-macam suratkhabar termasuk akhbar kiri dan kanan. Tetapi dalam banyak-banyak paper itu saya terpandang tajuk betapa Menteri Penerangan baru mengutuk Dr Mahathir punca kemusnahan UMNO.Rasa nak termuntah tengok lead story Berita Hairan hari ini kerana saya rasa cukup hairan mengapa apabila diberi pangkat kat atas bodek melampau sangat kepada pucuk pimpinan yang memimpin negara ini dalam keadaan cukup menghairankan semua orang Melayu-Cina-India sehingga menyebabkan satu dunia hairan macam mana pembangkang boleh tumbangkan kerajaan hari ini malah pembangkang pun hairan disebabkan berita-berita menghairankan itu.Dalam keadaan sekarang kalau beginilah gayanya UMNO memang tidak ada masa depanlah jawabnya kerana mempunyai menteri-menteri yang sentiasa hendak membodek pucuk pimpinan sebab diberikan jawatan, kerusi meja, kereta, lepas itu mesti dapat rembat segala projek di Kementerian Penerangan.Jadi apa sahaja akan dipertahankan sekarang. Kita hendak tengok juga sejauh mana Kementerian Penerangan ini akan berubah imejnya daripada sekarang yang kini dilihat rakyat jadi kuda tunggangan kerajaan. Ingat rakyat sudah beri mesej kepada Kementerian Penerangan jangan salah guna media itu untuk propaganda gila-gila dengan rakyat yang tak hairan dengan propaganda itu.Apa rakyat hairan. Siapa dalam blog ini tengok TV1 TV2 TV3 ? Tolong jawab. Jawapannya tak boleh nak jawab sebab rancangan dalam ketiga-tiga stesen itu rancangan yang tak menarik langsung terutama bagi orang bandar. Kita semua tengok Astro itupun kadang tak sempat sebab sibuk kerja.Kalau menteri pandai bercakap macam Ahmad Sabery itu pun jadi kaki bodek negara, tak boleh nak kata apalah tentang nasib UMNO akan datang. Pendek kata bukan rakyat yang akan meninggalkan UMNO sebaliknya tindakan-tindakan pemimpin UMNO itu sendiri yang menyebabkan orang Melayu meninggalkan parti keramat ini. Mahukah kita itu semua berlaku ?Tak ada yang nampak berubah sekarang semuanya berjalan macam selalu di RTM, selagi agensi itu berfikir cara lama maka terimalah hakikat bahawa RTM sebenarnya salah satu penyumbang kepada kemerosotan UMNO pada mata rakyat terutama orang Melayu.Ingatlah RTM sekarang bukan RTM zaman dulu, ini zaman 50 tahun selepas merdeka sepatutnya falsafah dan ideologi konsep penyiarannya dapat disesuaikan dengan perkembangan masa ini yang mana rakyat mahu melihat RTM memberi laporan yang seimbang kepada semua. Pahit untuk ditelan tapi itulah hakikatnya.Sekian untuk petang ini
Labels: Saja nak peringat
draft
4/5/08
by calus
Delete
1 – 1 of 1

Saturday, April 5, 2008

DARI ANGKASA KE DASAR LAUT

Oleh: SAMSOR JUNET SEJAK dua dekad lalu, Perancis merupakan antara negara paling berjaya di Eropah dalam konteks memajukan ilmu pengetahuan, perniagaan, modal, teknologi, pendidikan dan inovasi ke dalam pasaran dunia.
Sebagai sebuah negara yang mempunyai keluaran negara kasar kelima terbesar di dunia, tidak menghairankan apabila banyak negara termasuk Malaysia tidak mahu melepaskan peluang bekerjasama dengan negara itu dalam banyak bidang.
Dari dulu sampai sekarang, Malaysia sememangnya memiliki hubungan dua hala yang baik dengan negara itu disebabkan kerjasama serta pelaburan antara kedua-dua negara yang sentiasa menguntungkan antara satu sama lain.
Salah satu kekuatan Perancis ialah kemantapannya dalam sektor inovasi dengan jurutera-jurutera negara itu mampu memainkan peranan penting dalam melahirkan teknologi mutakhir seperti kapal Queen Mary 2, pesawat gergasi Airbus 380 dan kereta api berkelajuan tinggi TGV atau tres grande vitesse.
Justeru lawatan kerja Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak ke Perancis minggu ini dilihat amat perlu dalam mengukuhkan lagi hubungan baik yang sudah sedia terjalin itu demi kepentingan jangka panjang.
Lebih menarik lagi, ia merupakan lawatan rasmi pertama di kalangan pemimpin tertinggi negara sejak Perancis dipimpin Presiden baru, Nicolas Sarkozy menggantikan Jacques Chirac.
Bagi Duta Besar Malaysia ke Perancis, Datuk S. Thanarajasingam, lawatan kali ini merupakan satu peluang keemasan kepada Timbalan Perdana Menteri untuk bertemu dengan barisan kepimpinan Perancis yang baru.
“Kita perlu merebut peluang untuk terus menjalinkan hubungan dengan Perancis memandangkan jumlah dagangan dua hala antara kedua-dua negara dalam tempoh tujuh bulan pertama tahun ini mencecah RM8.3 bilion,” katanya kepada wartawan Malaysia di Hotel Four Season, Paris.
Daripada jumlah tersebut, sebanyak RM6.08 bilion adalah eksport Malaysia dalam bentuk barangan berkaitan elektronik. Ia meliputi transistor, peralatan pemprosesan data automatik dan peralatan komunikasi.
Ia diikuti getah mentah RM286.8 juta, produk berasaskan getah (RM248 juta), tekstil (RM103.5 juta), mesin dan peralatan berkaitannya (RM63.1 juta) manakala yang lain-lain meliputi eksport makanan yang diproses, perabot, peralatan sains dan optikal, makanan laut serta kimia.
Pada masa yang sama pula, Malaysia mengimport produk berkaitan pengangkutan dari Perancis sebanyak RM4.25 bilion dalam tempoh yang sama. Produk tersebut meliputi pesawat, produk farmaseutikal, peralatan komunikasi, minuman serta mesin elektronik.
“Dalam konteks Kesatuan Eropah (EU), Malaysia merupakan rakan kongsi keempat terbesar dari segi perdagangan, import dan eksport manakala bagi Perancis, Malaysia merupakan rakan dagangan kedua terbesar dari rantau Asia Tenggara selepas Singapura,” kata Thanarajasingam.
Sebenarnya Najib yang tiba selepas menyambut kepulangan angkasawan pertama negara, Dr. Sheikh Muszaphar Shukor di Moscow mempunyai jadual lawatan kerja tiga hari yang amat padat di Perancis.
Menurut beliau, pelancaran kapal selam pertama negara Scorpene yang telah siap dibina sepenuhnya di Cherbourg pada hari ini (Selasa) memberikan makna tersendiri kepada Malaysia.
“Kita sekarang sudah berada di barisan hadapan dalam konteks betapa kita sudah mampu menghantar angkasawan pertama ke angkasa lepas dan kita juga secara rasminya memiliki kapal selam sendiri yang dibina di Perancis – dari udara kita ke dasar laut pula dan kedua-duanya mengubah minda kita, ia jadi era baru bagi kita,” katanya.
Pelancaran kapal selam tempur dari kelas Scorpene, salah sebuah daripada dua kapal selam yang ditempah di Perancis yang bernilai lebih RM3 bilion sememangnya sangat ditunggu-tunggu oleh rakyat Malaysia.
Kapal selam tersebut yang mampu menyelam pada kedalaman 300 meter (1,000 kaki) dari permukaan laut serta dilengkapi enam tiub torpedo itu merupakan langkah pengukuhan kepada armada Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM).
Yang menariknya, walaupun banyak pilihan, Kementerian Pertahanan memilih untuk memiliki kapal selam buatan Perancis.
Ini kerana negara itu mempunyai pengalaman yang luas dalam bidang penyelidikan dan pembangunan kapal selam apatah lagi teknologi yang digunakan adalah yang terkini.
Ia mampu membawa 32 anak kapal dan direka khas dengan peralatan canggih untuk kegunaan peperangan antikapal selam, peperangan antipermukaan, operasi khas dan risikan serta amat sesuai sekali untuk mengawasi Selat Melaka yang merupakan laluan perdagangan laut terbesar di dunia.
TLDM amat memerlukan kapal selam sendiri kerana perairan Laut China Selatan merupakan laluan kapal kedua paling sibuk di dunia dan jika berlaku konflik, laluan Selat Melaka turut terjejas.
Sebenarnya laluan Selat Melaka tiga kali ganda lebih sibuk daripada laluan Teluk Suez dan lima kali ganda lebih sibuk daripada laluan Teluk Panama.
Tetapi hakikat yang lebih penting ialah kawasan perairan Laut China Selatan sangat kaya dengan hidupan laut serta dipercayai dilimpahi dengan simpanan minyak dan gas yang banyak.
Kita harus ingat di mana pun jika terdapat ‘emas hitam’ maka di situ juga ada konflik malah negara kuasa besar sanggup melakukan apa sahaja terhadap negara lain demi emas hitam sebagaimana terjadi di Iraq.
Seiring dengan pelancaran kapal selam itu, Najib juga dijadual memberikan syarahan utama di Institut Hubungan Antarabangsa Perancis (IFRI) bertajuk Isu-Isu Keselamatan dan Pertahanan di Asia Tenggara.
Menurut Duta Besar Malaysia ke Perancis, inilah masanya bagi Timbalan Perdana Menteri yang juga Menteri Pertahanan untuk menyampaikan maklumat mengenai perkembangan terkini di Myanmar, keselamatan di Selat Melaka dan perkara-perkara berkaitan.
Selain daripada itu, Najib juga akan membantu kempen Menteri Pelajaran, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein bagi memastikan Malaysia dapat memenangi kerusi ahli Lembaga Eksekutif Pertubuhan Pendidikan, Saintifik dan Kebudayaan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNESCO) untuk empat tahun dari 2008 hingga 2011 pada Rabu ini.
“Kita yakin dengan pengalaman yang luas dalam dunia politik, Datuk Seri Najib akan dapat menggunakan pengalamannya membantu kempen bagi memastikan Malaysia memenangi kerusi itu,” katanya selain menambah, Najib juga akan menghadiri beberapa mesyuarat membabitkan hubungan dua hala dengan Perancis.
Malaysia yang sudah 50 tahun mengecapi kemerdekaan kini sudah berada dalam satu era baru yang sudah tidak lagi sama seperti masa lalu.
Malaysia kini mampu berdiri sama tinggi dan duduk sama rendah dengan bangsa-bangsa lain malah jika berusaha lebih gigih, kita boleh berdiri lebih tinggi daripada mereka.
Kini di mana-mana pun kita berjalan di muka bumi ini termasuk ketika memanjat Menara Eiffel di Paris, kita sudah ada perasaan bangga yang berlainan akan kemampuan negara untuk menjadi bangsa cemerlang dan dihormati.

CANGGIH DI DARAT DAN UDARA

SAMSOR JUNET (DI PARIS, PERANCIS)



(Saya menulis artikel ini dalam keadaan nyaman dalam bilik Prince de Gaulle, Paris, hotel ini sebelah hotel Najib duduk tidak ingat namanya tetapi mewahlah nampaknya. Masa tengok kapal selam ini, saya teringat Rusia ada berpuluh-puluh kapal selam, begitu juga negara lain Singapura ada empat. Kira kita ini lambat sangat bertindak baru ada satu kapal nak jadi dunia sedangkan keliling kita banyak juga musuh. Kenapa kita ambil mudah tentang pertahanan. Kalau perang dunia macam mana kita ?)


MINGGU yang penuh dengan kisah kejayaan negara, itulah kesimpulan hasil lawatan kerja tiga hari Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak ke Perancis pada musim luruh berakhir kelmarin.
Ia bermula dengan cerita kejayaan angkasawan negara Dr. Sheikh Muszaphar Shukor selamat kembali ke Bumi selepas berjaya membelah angkasa raya di Stesen Angkasa Antarabangsa (ISS) selama sembilan hari pada awal minggu ini.
Kejayaan beliau menjulang nama bangsa dan negara sememangnya membanggakan kita semua termasuk Timbalan Perdana Menteri yang menyambut kepulangan beliau di Rusia sebelum berlepas ke Paris.
Kira-kira 36 jam selepas itu, isteri beliau, Datin Seri Rosmah Mansor secara rasmi menamakan kapal selam tempur pertama negara Scorpene sebagai Kapal Diraja (KD) Tunku Abdul Rahman bagi mengenang jasa Perdana Menteri Malaysia pertama yang juga Bapa Kemerdekaan di Cherbourg, kira-kira 300 kilometer dari Paris.
Dua cerita kejayaan itu seakan-akan tidak cukup bagi negara apabila pada Rabu lalu, Malaysia berjaya pula memenangi kerusi ahli Lembaga Pengerusi Eksekutif Pertubuhan Pendidikan, Saintifik dan Kebudayaan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNESCO).
Meskipun kejayaan itu agak mengejutkan bagi ‘tubuh badan’ calonnya iaitu Menteri Pelajaran, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein, hakikatnya ketika ditemui wartawan Malaysia di ibu pejabat UNESCO, Najib jelas begitu yakin Malaysia mampu memenangi kerusi itu.
‘‘Saya yakin kita akan menang, saya pernah menduduki kerusi itu ketika menjadi Menteri Pendidikan pada 1999, malah ketika itu saya mendapat jumlah undi tertinggi,” kata Najib.
Hishammuddin ketika ditemui di penginapannya di Hotel Four Season bagaimanapun menjelaskan, di sebalik perasaan takut menjadi calon sehingga tidak senang duduk dan tidak boleh tidur malam, ia diperoleh selepas dua tahun Malaysia berkempen.
Menurut beliau kejayaan memenangi kerusi itu adalah kemenangan untuk kerajaan dan Malaysia di mana dalam tempoh tersebut telah berkempen ke serata dunia supaya wakil-wakil ke UNESCO mengundi Malaysia.
‘‘Saya berasa agak bertuah kerana kerajaan Malaysia sendiri berkempen untuk memastikan kemenangan ini dan sebagai balasannya saya akan memastikan suara Malaysia walaupun sebagai negara kecil tetap didengari dan dihormati di peringkat antarabangsa,” katanya.
Semasa di Cherboug, perasaan patriotik menyelinap dalam diri ketika lagu Negara Ku berkumandang dan Jalur Gemilang dikibarkan sempena majlis penamaan kapal selam Scorpene yang mampu melepaskan 18 peluru berpandu.
Melihat keadaan dalam kapal selam itu sendiri yang sangat sempit dan menyesakkan nafas, sudah cukup untuk kita menyatakan perasaan terima kasih kepada anak-anak muda Malaysia yang sanggup berkorban demi bangsa, agama dan negara.
Ketika lagu rasmi Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) berkumandang di bumi Cherbourg, anak-anak kapal selam Scorpene yang masih muda belia, turut menyanyikan lagu tersebut sehinggalah penghujung seni katanya - ‘‘perwira dan satria angkatan laut diraja.”
Justeru tidak hairanlah apabila kesemua wajah anak-anak Malaysia yang berada di Perancis sepanjang minggu ini tanpa mengira pangkat dan kedudukan, berasa cukup gembira atas kejayaan yang dicapai itu.
Ketika menghadiri majlis makan malam bersama masyarakat Malaysia, Najib berkata, dalam tempoh yang singkat iaitu kira-kira 36 jam, landskap negara berubah secara mendadak.
‘‘Selama ini kebanyakan daripada kita tidak pernah terfikir akan dapat melakukan ini semua tetapi hari ini kita berjaya melakukannya, selepas berjaya menjadi negara meneroka angkasa, kita pula mendapat kapal selam pertama yang sangat canggih teknologinya.
‘‘Semuanya ini terhasil dalam masa 50 tahun kita mencapai kemerdekaan,” katanya kepada hadirin yang datang ke majlis itu termasuk penyanyi tempatan yang menempa nama di Perancis, Datuk Shake serta isteri.
Perasaan bangga terhadap kejayaan negara itu turut dikongsi bersama pelajar-pelajar Malaysia di Perancis yang datang ke majlis tersebut - berpakaian cukup bergaya sekali - tetapi yang pasti mereka berbangga kerana rakan-rakan mereka di Malaysia berjaya menjulang nama negara di mata dunia.
Salah seorang daripada mereka bangun bertanya Najib sama ada orang lain berpeluang untuk menjadi angkasawan, dan Timbalan Perdana Menteri yang cukup gembira dengan soalan itu menjawab: ‘‘Semua orang ada peluang untuk menjadi angkasawan.
‘‘Tetapi calonnya bukan setakat seorang yang intelektual malah lebih daripada itu mesti mempunyai ketahanan mental dan fizikal yang cukup hebat.”
Soalan pelajar kejuruteraan serta beberapa soalan yang dilontarkan secara bersopan kepada tetamu kehormat sudah cukup untuk menceriakan majlis.
Sebelum itu hadirin yang baru sahaja tekun mendengar amanat Timbalan Perdana Menteri selepas menikmati jamuan makan malam terkejut dengan satu soalan daripada seorang pelajar kedoktoran falsafah (PhD) dalam sains politik.
Dengan cermin mata tebalnya serta memakai jaket labuh yang kelihatannya agak mahal, pelajar yang masih muda belia itu secara terbuka - mempertikaikan hakikat kejayaan bagi sebuah negara bernama Malaysia - amat menyedihkan kita yang lebih dewasa untuk mendengarnya.
Namun Najib menjelaskan, Malaysia dalam banyak aspek telah berjaya memberikan perkhidmatan terbaik kepada segenap lapisan rakyatnya tanpa mengira kaum dan agama, pangkat dan kedudukan - mungkin ada kelemahan namun ruang bagi memperbaikinya sentiasa terbuka.
‘‘Kita telah melakukan banyak perkara di Malaysia sejak kemerdekaan sehingga kita mampu berada pada kedudukan sekarang, kalau tidak, anda tidak akan berada di sini,” tegas Najib.
Semasa menyampaikan syarahan di Institut Hubungan Antarabangsa Perancis (IFRI), Najib turut mengambil peluang memberi penjelasan kepada hadirin yang terdiri daripada pemikir tentang masalah yang dihadapi oleh rantau Asia Tenggara terutama Myanmar secara berterus-terang.
Beliau juga mengambil kesempatan memberi keyakinan kepada hadirin bahawa kuasa besar China bukan satu ancaman kepada dunia dan rantau Asia Tenggara.
‘‘Berdasarkan sejarah negara China tidak pernah menjajah negara jiran sebagaimana dilakukan negara-negara lain terutama kuasa Barat. Tak tahulah kalau Perancis...” katanya dan dijawab oleh pengerusi majlis, ‘‘belum lagi’', sekali gus memecahkan sunyi dewan yang sebelum itu khusyuk mendengar syarahan Najib.
Yang pasti terlalu banyak cerita kejayaan negara diukir ketika Timbalan Perdana Menteri berada di Perancis dan ini tentu suatu perkara yang menggembirakan rakyat Malaysia yang kini tentunya tertunggu-tunggu tarikh pengumuman pilihan raya umum.

PATRIOTISME MELANGKAUI SEMPADAN POLITIK

SAMSOR JUNET

(Majlis ini berlangsung tiga hari di Pulau Tioman, entah berapa banyak kerajaan bayar pada Berjaya untuk adakan mesyuarat ini saya tak tahu lah. Kalau tak ada function tak bergerak resort ini. Tetapi satu perkara saya lihat positif mat salleh sangat gembira menikmati hidangan tempatan terutama teh tarik, joget lambak, dan macam-macam lagi pada ketika malam itu hujan lebat)

BAGI sesetengah orang patriotisme hanya mengalir dalam diri ketika mendengar lagu Negara Ku berkumandang di udara atau semasa melihat perbarisan kawat tentera atau ketika mendengar pidato berapi-api pemimpin supaya mempertahankan negara.
Ada pula di kalangan masyarakat kita yang langsung gagal untuk menghayati patriotisme apatah lagi menterjemahkannya dalam bentuk kehidupan seharian kerana tidak mengibarkan Jalur Gemilang sempena Bulan Kemerdekaan sekarang.
Tetapi tidak pula dinafikan, banyak daripada kita mampu menghayati dan menterjemahkan semangat ini dalam konteks yang luas baik di rumah, di pejabat, ketika mencari nafkah di hutan, di laut mahupun ketika memandu pesawat atau ketika bercuti di sebuah pulau peranginan.
Ia bukan setakat mengibarkan bendera Jalur Gemilang kerana lebih daripada itu apa juga yang kita lakukan dalam kehidupan di sebuah negara bernama Malaysia, kita mesti melakukannya demi negara.
Inilah yang ditekankan oleh Menteri Kebudayaan, Kesenian dan Pelancongan, Datuk Abdul Kadir Sheikh Fadzir sempena Mesyuarat Jawatankuasa Pelancongan Kebangsaan di Berjaya Tioman Beach Resort, Pulau Tioman baru-baru ini.
Pada sidang akhbarnya, Pengerusi Jawatankuasa Sambutan Bulan Kemerdekaan itu berkata, masih ramai di kalangan rakyat Malaysia terutama di Kelantan dan Terengganu tidak tahu menghayati erti kemerdekaan.
Katanya, parti-parti politik di kedua-dua negeri itu sibuk mengibarkan bendera parti masing-masing ketika rakyat seluruh negara sepatutnya mengibarkan Jalur Gemilang sempena ulang tahun kemerdekaan negara tidak lama lagi.
``Mereka memasang bendera parti tidak kena tempat dan waktu, macam budak-budak. Bila satu parti naik bendera, parti yang satu lagi juga nak naikkan bendera mereka. Kalau begini sampai bila pun tak habis.
``Sepatutnya ketika Bulan Kemerdekaan, kita semua ketepikanlah semangat berparti-parti ini. Patutnya masa ini kita turunkan bendera parti dan kita naikkan bendera Jalur Gemilang, sebulan sahaja bukannya lama,'' tegas beliau.
Abdul Kadir melihat masalah pengibaran bendera Jalur Gemilang itu dalam konteks industri pelancongan yang menurutnya, jika pelancong bertanya mengenainya, apa yang beliau hendak jawab.
``Betullah ini negara demokrasi, kita kibarlah bendera apa yang kita suka. Tetapi kita kena ingatlah ini bukan musim pemimpin datang, bukan musim pilihan raya, ini Bulan Kemerdekaan, jadi kita melakukan sesuatu itu kena pada tempatnya, bila pelancong tanya, apa saya nak jawab, `' jelasnya.
Mujurlah Pulau Tioman yang menjadi destinasi mesyuarat dua bulan sekali itu berjaya menawarkan semangat patriotisme yang tinggi selari dengan namanya yang terkenal sebagai salah sebuah 10 tercantik di dunia.
Dari jeti Tanjung Gemok, Rompin, semangat ini sudah terserlah apabila bot Salang yang membawa lebih 80 penumpang satu-satu masa begitu megah mengibarkan bendera Jalur Gemilang dan apabila sampai di resort, bendera Jalur Gemilang berkibar megah di mana-mana kawasan sekitar resort.
Lebih membanggakan, persembahan kebudayaan pada dua kali majlis makan malam di resort berkenaan sangat menarik kerana ia mencerminkan bahawa penari-penari ini pun tahu bila masa untuk mereka mempamerkan kecintaan pada negara.
Persembahan malam pertama dibawakan oleh Briged Seni Majlis Perbandaran Kuantan manakala pada malam kedua pula dibawa oleh Yayasan Pahang. Kedua-duanya berjaya mempersembahkan berpuluh-puluh tarian kebudayaan secara medley tanpa henti selama sejam.
Ramai pelancong mengambil kesempatan merakamkan tarian berkenaan dengan kamera video masing-masing dari mula sampai habis. Anak-anak kecil, bahkan ibu dan bapa mereka pula belajar menarik mengikut rentak secara spontan. Yang duduk, sesetengahnya memberi penghormatan berdiri apabila persembahan selesai.
``Saya berasa cukup bangga dengan persembahan nombor satu ini, pakaian nombor satu, tarian nombor satu, penari-penarinya pun comel, inilah yang kita mahukan untuk kita bawa ke luar negara.
``Saya percaya jika kita berusaha dan terus berusaha untuk meningkatkan industri pelancongan negara secara berterusan, akhirnya kita akan berjaya juga tetapi memerlukan kerjasama semua pihak,'' kata Abdul Kadir mengenai persembahan berkenaan.
Tidak hairanlah apabila selepas itu Abdul Kadir berkata, kumpulan MPK akan dibawa mengadakan persembahan di Jepun pada Oktober atau November ini manakala kumpulan Yayasan Pahang dibawa ke China tidak lama lagi.
Tetapi bagi Abdul Kadir, banyak perkara mesti dilakukan untuk menarik kedatangan pelancong asing pada masa depandengan kita sendiri harus mempamerkan produk pelancongan yang tulen dan baginya kerajaan telah melakukan pelbagai cara setakat ini.
Katanya, pada masa ini kerajaan akan memastikan jumlah kedatangan pelancong di negara ini memuaskan kerana setakat Jun tahun ini, jumlah kedatangan pelancong adalah 7.2 juta orang iaitu meningkat sebanyak 44.1 peratus.
Jumlah ini katanya, telah melepasi angka satu juta orang pelancong setiap bulan ke Malaysia selama tujuh bulan berturut-turut tidak termasuk Wilayah Persekutuan Labuan.
Menurutnya, benua Asia kekal sebagai penyumbang utama ketibaan merangkumi 84.3 peratus diikuti Eropah 5.9 peratus, Amerika 2.8 peratus, Oceania 2.4 peratus dan Afrika 1.4 peratus.
Katanya, bagi pasaran Asia, selain Singapura sebagai pelanggan tradisi, pasaran Thailand, Indonesia, Brunei, Taiwan, Hong Kong menunjukkan peningkatan walaupun pasaran China, Jepun dan Korea Selatan merosot.
``Jumlah kedatangan pelancong tahun lepas begitu tinggi, saya takut kita tidak dapat pertahankannya tahun ini dan kita berusaha untuk mempertahankan jumlah sedia ada,'' jelasnya.
Justeru selepas mesyuarat berkenaan beliau melontarkan idea bahawa kerajaan sedang memikirkan untuk mengadakan projek-projek pelancongan mega bagi menarik kedatangan pelancong.
Menurutnya, ia termasuk kemungkinan membina kereta kabel yang menghubungkan Menara Kuala Lumpur ke Menara Berkembar seterusnya ke Awana Resort di Genting Highlands serta membina projek yang sama dari Kota Kinabalu ke kawasan berdekatan Gunung Kinabalu.
``Kita juga mungkin memerlukan lebih banyak taman-taman tema yang besar, Universal Studio yang apa sahaja yang boleh menarik kedatangan pelancong,'' katanya.
Katanya, pada September ini kerajaan akan melancarkan program Mesra Malaysia, mengajak rakyat Malaysia supaya mesra dengan pelancong dan melakukan apa sahaja yang bersesuaian dengan adat dan budaya negara ini bagi menarik kedatangan pelancong.
``Program ini tidak terhad selama sebulan kerana ia akan diteruskan dari semasa ke semasa untuk menanam semangat di kalangan rakyat supaya sama-sama terlibat dalam industri pelancongan negara,'' kata beliau.
Sebenarnya di sebalik pelbagai rancangan dan idea untuk memajukan sektor pelancongan negara ini, isu mengenai produk, kemudahan dan perkhidmatan pelancongan berkualiti masih berterusan dan mesti diberi perhatian segera agar tidak menjejaskan imej negara.
Produk-produk pelancongan di negara ini belum mencapai tahap yang sangat memuaskan hati serta belum dapat menonjolkan identiti Malaysia berasaskan tema lagu Malaysia Truly Asia yang sangat indah.
Isu ini ada dibincangkan dalam mesyuarat berkenaan kerana ia mencerminkan sejauh mana semangat patriotisme dalam konteks kita untuk memajukan industri pelancongan.
Ia termasuklah kegagalan beberapa pihak menyelenggara keindahan dan kebersihan kawasan dan tempat yang menjadi tumpuan ramai termasuk tandas yang kotor di gerai-gerai makan, stesen minyak dan perhentian atau terminal.

kesedaran tulen

Saya gembira membaca akhbar pagi ini apabila mendapati terdapat kesedaran tulen di kalangan ahli UMNO termasuk di Kelantan bahawa UMNO kini darurat. Memang betul darurat sebab UMNO B N hilang lima negeri. Pak Lah punya kepimpinan menyebabkan imej UMNO jadi serba tak kena di kalangan semua kaum.

Masa zaman Mahathir dia hanya bergaduh kerana hendak menegakkan dasarnya sahaja orang tidak peduli yang lain. Tetapi zaman Pak Lah ni dia tak bergaduh kerana hendak menegakkan dasar kerana hakikatnya dasar yang hendak dilaksanakan serba tak kena. Entah apa-apa. Koridor utara selatan tengah barat timur itu apa ? Semuanya dah ada kan.

Kalau di WPI di Johor, saya orang Johor, setahu saya benda-benda itu dah ada nak buat apa dibuat lagi ? Koridor pantai timur ? Tok Nan tu buat apa di Pahang ? Negeri tu cantik tetapi cara ia berkembang seadanya sahaja tak menampakkan kecerdikan pemimpin berfikir.

Orang UMNO ni selalu ke luar negara tetapi saja jalan-jalan bukannya untuk mengambil pengajaran untuk membangunkan negara ini dengan sebaik-baiknya. Saya perhatikan barisan sekarang kekurangan idea sebab kepalanya kurang idea. Kalau kepalanya ada idea pun rakyat tak dapat terima.

Saya faham bukan senang jadi pemimpin. Apa pun dasar yang hendak diperkenalkan ia hanya akan diterima rakyat jika poket mereka tidak terjejas. macam mana mereka nak terima dasar yang hendak dilaksanakan jika pada masa yang sama poket mereka terjejas? Zaman Mahathir dulu jadi ke macam ni. Mahathir buat Proton, semua orang merasa kesannya. Bayangkan kalau tak ada Proton di mana kita ?

Zaman Mahathir pembangunan di sana sini kemuncaknya dia buat KLCC dan Putrajaya orang nampak kesannya dalam masa yang singkat pembangunannya naik dan naik dan jadi sampai sekarang kita dapat melihatnya dengan bangga. Ramai orang boleh menikmati kesan pembangunannya.

Koridor macam-macam Pak Lah dah berapa tahun buat. Apa yang kita nampak ? Rasanya macam tak ada. Rakyat melihat koridor itu tak lebih macam buat pagar sempadan di kampung sahaja. Oh yang ini batu sempadan tanah engkau, itu tanah aku, yang sana tanah dia. Di setiap kawasan yang diberi batu tanda itu sebenarnya telah lama ditanam pokok pisang, jambu, durian, kelapa dan macam-macam.

Tinggal kita hendak bubuh baja, bagi tentu pemilik sebenarnya, kira lebih sistematik sahaja. Bukan benda baru. Pak Lah buat projek PGCC Penang, oh projek mega itu mana boleh kerana sama macam Dr. Mahathir. Tetapi lebih saya terkejut kos melancarkan koridor utama RM11 juta. Apalah punya tak berakal kerajaan ni, Kan ke membazir namanya apatah lagi guna duit Sime Darby patutnya diguna bina rumah ladang pekerja.

Saya pernah repair kereta di bengkel Cina saya suka berbual macam-macam tiba-tiba dia kata bisnes sekarang teruk semua spare part mahal, customer datang kalau kereta benar-benar rosak.

Dia tanya saya itu Paklah apa dia buat ha ? Saya diam. Saya tanya dia kenapa. Dia kata masa Mahathir pandai cari wang. Dia pergi luar negara balik bawa wang. Kita banyak bisnes hati banyak senang. Orang Cina cakap senang maksudnya kalau kita orang Melayu cakap maksudnya selesa.

Dia kata macam mana negara mahu maju sebab Pak Lah pergi luar negara pergi negeri-negeri Afrika serupa negeri mati. Negeri banyak binatang, banyak tahi apa ada bisnes ? Saya hanya mampu mendengar sahaja. Terfikir juga Paklah patut fikir dia PM BN kena tunjuk dia cerdik kalau tidak macam mana rakyat hendak percaya ?

Pada 2004 saya bercuti di Langkawi. Semasa saya sampai di Underwater World Park, saya berbual dengan budak jual goreng pisang. Dia kata bisnes dah tak macam zaman Dr. Mahathir. Semuanya jadi lembap dengan tiba-tiba bila Pak Lah naik. Saya pergi pasar MatSirat, saya pergi pada 2005, saya pergi kedai yang sama penjual yang sama.

Pada 2004 saya beli banyak baju dan tuala untuk anak beranak dan saudara mara dari kedai itu tetapi pada 2005 saya hanya mampu beli seluar pendek sahaja itu pun tak banyak. Dia respons pada saya, dia masih cam wajah saya, ia menunjukkan bisnes mula terjejas. Dia kata kalau dia ada 10 pelanggan dalam keadaan sama seperti saya cara berbelanjanya, memang bisnes boleh terjejas.

Sebenarnya bisnes negara kita terjejas secara menyeluruh sebaik sahaja Mahathir berhenti dan hasilnya dapat dilihat pada 2008 apabila rakyat betul-betul menyuarakan rasa tidak senang dengan menyerahkan lima negeri kepada pembangkang. Aduhai pemimpin masih tidak sedarkah ini semua ? Masih lagi mahu merembat projek bagi-bagi sesama komponen BN ?

Fikirkan

Friday, April 4, 2008

macam mana umno tak ketinggalan

Saya terbaca satu cerita dari Melaka hari ini, Ketua Menteri Melaka Alu Rustam kata, kalau tak pandai buat blog - panggil saja pakar IT, minta mereka tolong. Saya terkejut, sedih, tak percaya dan macam-macam lagi dengan kenyataan beliau itu.
Padanlah UMNO BN kalah teruk pilihan raya lalu kerana kalau Naib Presiden sendiri tak faham fasal blog apa yang boleh kita buat ?
Sebenarnya blog ini amat mudah untuk dibuat, baca panduan dalam Internet sahaja kita boleh buat dan sebarkan maklumat ke seluruh dunia dalam sekelip mata sahaja.
Kalau Naib Presiden sendiri begitu dangkal sekali ilmunya tentang blog, apa pula pandangannya mengenai masa depan MSC, dunia siber negara akan datang. Kenapa tak baca buku macam Dr. Mahathir yang begitu bijak sekali.
Pernah saya menghadiri sidang akhbar Mahathir di Seri Perdana, sebelum sidang akhbar dia minta tunggu sekejap. Dia masuk bilik dan keluar kembali dengan perkembangan terbaru mengenai dunia yang pada ketika itu kita sendiri tidak tahu. Saya tidak ingat apa bendanya kerana sudah lama tetapi moral ceritanya Mahathir banyak membaca. Dia pemimpin yang ada vision untuk negaranya itu yang kita respect. Ke mana dia nak bawa negara ini cukup jelas berbanding kepimpinan selepasnya.
Aduhai orang UMNO pergilah banyakkan baca buku dan ambil tahu mengenai dunia internet ini kerana ia dunia sekarang, dunia alam maya di mana semua orang berinteraksi dari rumah sahaja, tak perlu kempen di padang, tak perlu tabur duit, tak perlu rasuah. Jika rakyat hendak mengadu, mereka mengadu dalam blog YB YB sahaja. YB jawab, maknanya pada masa akan datang tak ada ruang bagi YB untuk menipu, merasuah , tak jujur dan menyeleweng kerana orang yang kena akan mengadu dan menulis dalam blog.
Bukan susah sangat nak buat blog. Dulu kita pakai pensil bulu burung, kemudian pensil karbon, kemudian dakwat, kemudian taip writer, kemudian komputer dan terkini ialah blog di internet. Itu belum advance lagi YB YB. Akan datang ke negara kita ialah IPTV yang sudahpun dikeluarkan tetapi mahal untuk dipasarkan di seluruh dunia. IPTV ini ialah seperti tv sedia ada tetapi boleh taip stori, bayar bil, boleh hantar MMS SMS, boleh dan sebutlah apa sahaja secara serentak dengan duduk di depan tv IPTV dan guna kawalan jauh.
Maknanya dalam kempen 5 hingga 10 tahun akan datang, IPTV ini akan jadi sumber baru berkempen yang paling berkesan. Orang bandar mesti beli IPTV kerana mereka mampu. Jika ia meluas di seluruh negara dan rakyat boleh mengadu hal dalam IPTV, takkanlah orang UMNO hendak terus ketinggalan.
Insaflah dengan kegagalan pilihan raya lepas salah satu puncanya ialah BN UMNO ketinggalan blog berbanding pembangkang yang begitu advance sekali berkempen secara dalam talian sahaja...Fikir-fikirlah.

Sekian untuk petang ini

JANGANLAH BEBANKAN PENGGUNA AKHIR

KITA wajar bersyukur apabila kerajaan akhirnya mengakui hakikat kenaikan harga minyak dan barangan sebagai isu terbesar yang menjejaskan prestasi Barisan Nasional (BN) pada pilihan raya umum lalu. Pengakuan itu sedikit sebanyak ‘mengubat’ hati rakyat yang sejak beberapa tahun kebelakangan ini berasa sangat gelisah dengan peningkatan kos sara hidup yang tidak menyenangkan itu. Sebenarnya hubungan antara rakyat dengan kerajaan, tidak ubah seperti hubungan antara anak dengan ibu bapa mereka. Kita yakin sebahagian besar ‘anak- anak’ ini sayangkan ibu bapa yang membela mereka dari kecil sehingga menjadi muda remaja dan kemudiannya berkahwin dan berkeluarga. Di kalangan mereka ini ada yang berjaya, ada yang tidak tetapi kesemuanya tetap berbangga dengan ibu bapa yang membesarkan mereka selama ini. Mereka yang sebahagiannya berjaya dalam kehidupan sebetulnya membesar dalam sebuah negara yang sudah 50 tahun merdeka. Mereka berfikiran terbuka, kritis membuat perbandingan dan kemuncaknya mereka mahukan yang terbaik sahaja dalam kehidupan. Mereka tidak peduli apa kerajaan mahu lakukan terhadap negara ini – kerana ia menjadi tanggungjawab kerajaan – yang penting mereka mampu menikmati kehidupan yang selesa. Bagi yang tinggal di kawasan bandar besar, kehidupan terbaik tentulah apabila mereka dapat memiliki segala yang dimahukan dengan harga yang berpatutan. Malangnya apa yang berlaku sekarang, mereka merasakan segala-galanya tidak berbaloi. Bukan sahaja terpaksa berhempas-pulas bekerja malah, nilai gaji mereka dari hari ke hari semakin mengecil. Bukan satu rahsia kepada umum apabila harga barangan di kebanyakan kedai termasuk harga ayam meningkat secara mendadak sehari menjelang Pilihan Raya Umum Ke-12, 8 Mac lalu. Bagi mereka yang biasa berbelanja di kedai, mereka tahu sebahagian besar barangan terutama di kedai-kedai runcit naik mendadak. Pada masa yang sama mereka mendapati kerajaan tidak berusaha untuk mengekangnya secara bersungguh-sungguh. Justeru di tangan anggota barisan Kabinet sekarang terutama Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Datuk Shahrir Abdul Samad untuk menyelesaikan masalah yang menghantui rakyat ini. Rakyat kini menanti apakah idea bernas beliau yang ‘di luar jangkauan pemikiran masyarakat marhaen’ untuk menangani masalah kos sara hidup ini secara menyeluruh. Yang penting usaha untuk menangani masalah kos sara hidup itu dapat dirasai segenap lapisan masyarakat – orang kaya, sederhana dan miskin. Tidak dapat dibayangkan apa akan terjadi kepada negara ini jika masalah kos sara hidup yang tinggi tidak dapat diatasi sehingga menjelang satu lagi pilihan raya umum pada 2011 atau 2012 nanti.
Sekadar berkongsi pengalaman, penulis membawa sekeluarga enam orang makan Kenny Rogers di The Mines baru-baru ini sempena hari jadi kakak 8 lapan. Harga bersih dikenakan ialah 139 ringgit tetapi bayaran sebenar dikenakan kepada hampir 16o ringgit, RM7 ringgit cukai kerajaan dan 13 ringgit lagi cukai perkhidmatan.
Alahai kerajaan takkan segala-galanya dikenakan kepada pengguna akhir yang merupakan penjana utama kemajuan negara ?

KESAL BETUL DENGAN PEMIMPIN KITA

Saya sebenarnya pelajar sederhana sahaja. Semasa saya masuk tingkatan empat asalnya kelas sains. Tetapi pada ketika itu 1980, pengetuanya cikgu asri sarwan saya masih ingat dengan jelas wajahnya karismenya sampai sekarang menubuhkan kesal perdagangan (tentunya arahan kementerian) untuk menempatkan pelajar sains seperti saya yang tak pandai sangat. Saya ambil perdagangan dan saya berjaya dapat pangkat dua sahaja aggregat 26.

Tetapi saya tetap minat sains. Bila saya masuk universiti selepas tingkatan enam, saya ada kegilaan suka baca buku falsafah, macam-macam daripada komunis, islam, marx sebutlah apa saja termasuk buku-buku sains dan sains sosial, tidak ketinggalan buku-buku falsafah agama, sejarah falsafah, ketamadunan islam dan sebagainya.

Pendek kata, saya ni gila beli dan baca buku saya jadi gian tetapi adakalanya saya juga boleh jadi gila juga bila suka berfikir tentang alam, kejadian pencipta, kenapa manusia suka berperang, kenapa mesti ada golongan maksiat dan sebagainya. Satu hari tercatat pada pintu bilik asrama saya - Tuhan sudah mati!. Sebenarnya tidak, saya mati ! tersesat berfikir.

Saya suka Ali Shariati dari Iran, Ibnu Khaldun, Karl Marx, Plato, Socrates, saya juga mengkagumi Presiden Sadat yang mati dibunuh, Mao Tse Tung, Tun Razak, Tun Mahathir, Fiedel Castro, Presiden Putin, dan banyak lagi yang ada karisme memimpin dan mempunyai buah fikiran yang bagus.

Bila ada pemimpin seperti Mahathir buat projek hantar angkasawan ke orbit kita mesti sokong sepenuhnya kita mesti bantu, buat roket jika perlu, buat satu akademik untuk capai matlamat itu supaya kita dapat hantar sendiri angkasawan Melayu-Cina-India ke orbit dengan roket kita sendiri, saya sokong Muzafar kerana dia mahu begitu.

Tetapi bila Pak Lah kata pagi ini di TV3 kata dia kena kaji dulu kalau ada budget sebelum hantar angkasawan buat kali kedua pada 2011, saya jadi bengang. Kalau dah nama perdana menteri, carilah duit khas untuk menjayakan projek itu. Ini bukan projek tanam ubi ini projek bina bangsa namanya tak ada pengecualian dalam soal dana. Carilah duit dari mana sekali pun untuk menjayakan projek itu.

Bila lagi kita muncul sebagai bangsa yang dihormati. Satu dunia dulu dah kenal Malaysia di tangan Mahathir ada KLCC, Putrajaya, KLIA, Litar Sepang, Sukan Komanwel, MSC, Cyberjaya dan lain-lain, semuanya sudah ada apa lagi kita nak berundur ?

Kita kena cari sesuatu yang dapat membanggakan generasi muda sekarang, kita hidup dalam suasana meriah, mencabar, penuh dugaan dan berjaya, bukan hidup dalam suasana bengap, tak berkembang, tak ada kebanggaan, pergi kerja balik kerja itu sahaja. Kita dah lebih 20 tahun menikmati kesan pembangunan Dr Mahathir. Kita mahu idea baru yang lebih jelas. Dulu saya jadi sukarelawan sukan Komanwel saya bangga saya simpan sijilnya untuk anak cucu. Saya beli rumah walaupun di Taman Cheras Jaya, Balakong tetapi dekat betul dengan Stadium Komanwel yang menjadi kebanggaan saya kerana saya turut bertugas sebagai sukarelawan lumba basikal hari pertama dapat pingat perak bro. Saya bangga jadi anak Malaysia. Saya bangga dengan negara saya. Saya mahu perasaan ini daripada pemimpin kita.

Saya hairan kenapa Jamaludin Jarjis dibuang. Saya pernah menghadiri taklimat angkasawan di Carcosa Seri Negara. Dia beri taklimat mengenai masa depan generasi muda sekarang dia ada pandangan jauh tentang sains dan keperluan kita memastikan generasi sekarang dapat mencapai matlamat apa yang negara mahu. Soal persaingan politik patutnya diketepikan jika hendak memilih kabinet kalau tak kabinet jadi bengap. Beritahu saya siapakah dalam Kabinet sekarang yang dilihat cerdik. Susah nak list down kan sebab semua kena cantas.


Saya pun sebenarnya minat tentang kelajuan. Betapa satelit bergerak 8 kilometer sesaat. 45 kali mengelilingi bumi sehari. Kali 45 kali 5 kali solat sama dengan beratus-ratus kali solat bro, tapi taklah sampai macam tu. Betapa kelajuan cahaya jalur lebar membantu kita semua berinteraksi dalam internet begitu pantas. Betapa semburan racun sejenis ikan lebih laju daripada cahaya untuk membunuh mangsa. Betapa kalau kita tengok satelit di internet, pukul 8 satelit ada di Malaysia pukul 8.45 malam dia dah jauh sangat dah. Kira saja kira-kira 30,000 kilometer sejam. Di Zuhal partikel gelangnya bergerak 1,400 kilometer sejam.

Bro orang sudah hantar kenderaan ke Mars, Pluto, kita ni nak ke mana ? Kalau begini gayanya tak sampai 100 tahun kita semua matilah. Bayangkan kalau jadi perang dunia macam mana kita ? Tak kan kita nak bergantung pada British. Tak adakah usaha untuk benar-benar indipendent daripada segi pertahanan.

Okay bro cukup setakat ini jumpa lagij

Thursday, April 3, 2008

KE MANA NEGARA KITA

Ke Mana UMNO/BN Saya mengikuti perkembangan BN dan UMNO sejak kecil sehingga sekarang saya sudah hidup senang bersama keluarga tersayang. Saya ada seorang isteri dan tiga anak lelaki serta seorang anak perempuan. Tergolong sebagai anggota kelas pertengahan di ibu negara, okaylah hidup ini berbanding orang lain, sekurang-kurangnya ada rumah teres dua tingkat besar dan tiga kereta termasuk MPV macam-macam lagilah.Ini saja saya hendak bercerita tentang pandangan saya terhadap BN UMNO secara peribadi.Kalau silap hari bulan parti ini akan jadi dinasour macam ikan kepala yang sudah busuk merebak ke seluruh badan.Yang merosakkannya orang parti sendiri mengejar pangkat dan membolot segala kekayaan jadi parti elit sampai rakyat merasa meluat. Saya melihat ini dengan penuh rasa simpati kerana parti pemerintah ini seakan-akan hilang akarnya ketika ini apabila terdapat kelihatan ia dikuasai seseorang, ia jadi elit. Ia sudah tidak dengar rintihan rakyat.Mengapa gaji kakitangan kerajaan naik banyak sangat ketika harga minyak naik 30 sen bermakna kalau isi minyak 10 liter naik 3 ringgit itu sehari. Kalau seminggu 30 ringgit, itu sebuah kereta. Kalau dua jadi 60 ringgit kalau tiga jadi 90 ringgit seminggu kalau di kali empat minggu jadi 360 ringgit betulkah bro ?Sebelum ini katakan R1.60 10 liter baru 16 ringgit sekarang dekat 20 ringgit, okaylah juga. tol kena bayar.Kemudian harga barang naik di sana-sini tiada menteri yang peduli siapa tak marah. Saya selalu beli coklat Cadbury RM7.50 di 7 Eleven sebab saya kerja balik malam beli untuk anak-anak.Sehari nak pilihan raya saya beli lagi, dah naik 8 ringgit, tak ke gila.Bro cuba fikir kalau orang gaji 1,000 ke bawah nak makan apa. Sekarang duit 50 ringgit macam 5 ringgit sahaja, tak dapat beli apa. Ayam seekor tak mati 12 ringgit. Milo kecil jadi 8 ringgit lebih dulu enam ringgit lebih. Nescafe stick 30s kurang 10 sen sepuluh ringgit dulu tak sampai lapan ringgit. 12+10+8 dah 30 baki 20 isi minyak dapat berapa liter aje ?Saya kadang kesian bila lalu di kawasan rumah murah lihat mereka murung sahaja tak happy. Tapi nak buat macam mana. Lepas tu bila kakitangan swasta mintak kerajaan tolong buatkan gaji minimum 1500 ringgit kerajaan buat bodoh. mereka anak kerajaan juga. Mana menteri kerajaan yang boleh fikir untuk tolong mereka ? di mana mereka untuk tolong rakyat. Dekat tv dan surat khabar menteri cakap macam orang bodoh. Tak ada otak.Cubalah atasi masalah pekerja asing terlalu ramai ni. Masa saya ke Paris saya terkejut melihat begitu ramai pekerja dari mungkin India Pakistan masuk ke KLIA, macam saya rasa di negara mereka pula. Daripada bagi kerja sedia ada pada mereka, lebih baik kita usaha biar anak tempatan yang buat kerja.Carilah jalan macam mana nak pastikan anak tempatan kerja di semua sektor. Eiii mana otak menteri kita ni ? Memang banyak salah kerajaan kalau hendak dicari tetapi satu masalah yang ketara ialah orang parti kelihatan semakin jauh daripada masyarakat bawahan. Masyarakat dapat merasakannya