Wednesday, March 11, 2009

KALAU DAH BODOH SANGAT BERHENTI AJE

Tiba-tiba aje Paklah jumpa Anwar dalam `private function' bersama ulamak? entah mana-mana di Hulu Langat semalam. Memang mangkuk. Jumpa Anwar tengah hari, lepas itu pergi Parlimen, timbalan dia bentangkan bajet mini. Apa ni? Waras ke tidak dia ni. Kenapa mesti berkawan dengan hantu raya tu. Aku tengok gambar tiga mangkuk hayun tu makan semeja, agaknya entah apa yang Anwar fikir tentang Paklah ni. Bodoh agaknya.

Tup-tup hari ini ada cerita lain lagi. Semalam Najib ajak pembangkang bekerjasama tangani kegawatan ekonomi. Engko ingat Anwar dengar ke. Tak kan tak faham, jangan menyerah kalah pada orang macam tu, memang tak boleh pakai. Najib sepatutnya cari think thank hebat bagi mengawal keadaan macam kata Muhyiddin mesti ada faktor wow.

Hari ini juga di Parlimen Anwar mangkuk jawab Najib, dia beri macam-macam syarat untuk bekerjasama dengan BN. Nak buat apa kerjasama. Yang penting slow-slow BN buang benda buruk yang dilakukan selama ini yang rakyat tak nak, dan akhirnya mereka nampak dan terima balik. Boleh tak BN jangan rasuah, jangan sapu semua sesama sendiri semua projek? Jangan berkroni sangat boleh tak.

Syarat Anwar memang tak boleh ditunai. Kaji tol Plus mungkin boleh begitu juga konsesi air dan IPP tetapi tang nak bubar DUN Perak, nak buat apa, memang apa yang sultan Perak itu betul, buat apa nak ikut cakap dia. Dia kata kerajaan jangan fitnah dalam media massa. Hoi mangkuk, tengok cermin buntut Arnold Duburs kau tu, kau tu bagus sangat ke....

Tapi aku yakin Paklah jumpa Anwar sebab nak bagi dia nak berambus, tolonglah jaga negara, Penang dah terlepas. Melayu dah dihancurkan oleh dek dua orang Penang ni. Malulah dia. Tapi takkan nak suruh PKR bergabung dengan BN. Macam mana tu. Jangan percaya Anwar ni. Tak kan lah Najib jadi PM, Anwar jadi timbalan PM sebab dah gabung dalam BN-PKR. Jadinya bila Pak Lah berambus: PM Najib. Timbalan PM Muhyiddin dan Anwar. Macam tu ke? Tak mungkin. Ini kerja gila.

Yang orang UMNO ni boleh terima PKR Anwar masuk BN? PKR ni Parti Fuckatan Riot. Parti Komunis Rakyat. Boleh terima ke BN? La semuanya balik pada peristiwa tahun lalu ketika kecoh orang desak Paklah berhenti. Semasa pertemuan di JB, Paklah khabarnya beri syarat kepada Najib dan Muhyiddin, dia boleh belah dengan syarat terima kembali Anwar dalam BN ke dalam UMNO ke dalam neraka ke. Mangkuk-mangkuk tu pun tak kan mahu.

Tetapi berdasarkan perkembangan terkini, memang mungkin ada benda mengejutkan sebelum Paklah belah. Kita tengok sahajalah.

Wednesday, March 4, 2009

BILA ORANG MELAYU LUPA DIRI

BIOGRAFI Dato' Onn Hidup Melayu tulisan Anwar Abdullah disebutkan jasa beliau yang tidak dilupai zaman ialah kejayaannya menyatupadukan seluruh umat Melayu ketika Tanah Melayu dilanda tsunami politik - Malayan Union. Ia kisah perjuangan hebat pada 1946 yang akhirnya menyaksikan Tanah Melayu merdeka pada 1957 dan sejak itu negara berkembang pesat sehingga menjadi kebanggaan kita semua. Kemuncaknya, sama ada anda bersetuju atau tidak ialah kejayaan negara menganjurkan Sukan Komanwel Kuala Lumpur 1998 yang cukup hebat dan meriah. Malang sekali entah di mana silapnya, orang Melayu yang rata-rata sudah hidup senang hasil daripada perjuangan datuk nenek dulu tiba-tiba langsung tidak memikirkan falsafah di sebalik pembentukan Tanah Melayu. Orang Melayu kini suka mengambil tindakan dalam menyelesaikan sesuatu masalah tanpa memikirkan kesan baik dan buruknya dalam jangka panjang. Dasar Pengajaran Bahasa Inggeris dalam Sains dan Matematik (PPSMI) umpamanya, walaupun ia bagus tetapi pada masa yang sama ia menyebabkan kaum lain memperlekehkan orang Melayu yang tidak yakin dengan kemampuan bahasa sendiri. Sungguh malang anak kita kerana sejak kecil lagi dihambat masalah bahasa sedangkan mereka begitu dahaga untuk menuntut ilmu dalam negara sendiri yang bahasa rasminya Bahasa Melayu. Dalam kehidupan bermasyarakat pula, sikap sebahagian masyarakat kelas Melayu menengah sudah jauh berubah malah ada di antara mereka yang tidak mensyukuri nikmat. Tindakan mereka sejak kebelakangan ini sangat merisaukan kerana ia seolah-olah mahu negara ini dijajah semula oleh orang lain yang tinggal dalam negara sendiri. Mereka bercakap mengenai meritokrasi dan kesaksamaan sosial bagi semua kaum seolah-olah mereka memiliki ekuiti yang banyak. Tidak sedarkah mereka bahawa ekuiti ekonomi yang dimiliki hanya 19 peratus berbanding rakan-rakan mereka telah memiliki 81 peratus? Kelmarin Ketua Pembangkang Dewan Undangan Negeri Johor, Dr. Boo Cheng Hau berkata, amalan bumiputeraisme atau pemikiran membantu golongan bumiputera yang diamalkan di negeri itu menyamai ideologi aparteid. Di Parlimen Pengerusi DAP, Karpal Singh menghina Pemuda UMNO sebagai `celaka', tidak pernah berlaku sebelum ini. Ini semua hasil dasar keterbukaan demokrasi sudah tidak terkawal lagi yang membolehkan orang bercakap apa sahaja. Dan adakah golongan itu yang Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan Pas mahu berkawan? Kita mungkin berasa kecewa dengan sikap sebahagian orang Melayu yang menentang kerajaan sekarang. Tetapi percayalah jika kerajaan mampu membuat penyesuaian dengan memenuhi tuntutan mereka yang sesetengahnya memang betul, tidak mustahil semangat mereka untuk terus menentang kerajaan, turut cair. Sekadar pertanyaan bagi UMNO dan Barisan Nasional (BN), apakah tindakan yang telah diambil bagi memastikan pakatan pembangkang dapat dilumpuhkan sebelum pilihan raya umum ke-13? Sudah dilaksanakan atau tidak langkah-langkah penjenamaan semula UMNO dan BN dalam tempoh setahun ini? Justeru kita berharap peralihan kuasa yang akan berlaku pada Perhimpunan Agung UMNO bulan ini turut membawa semangat Dato’ Onn untuk memperjuangkan nasib agama, bangsa dan tanah air seikhlas hati. Kita benar-benar berharap cahaya kegembiraan menyinari kembali di tanah air ini sebagaimana yang pernah kita nikmati sebelum ini. habis