Sunday, August 30, 2009

Puasa lagi

Dah lama aku tak bukak blog ini. Bosan dengan politik bodoh tanah air. Orang Melayu yang bodoh dalam PKR dan Pas dan orang Melayu tak sekolah dalam UMNO. Sekarang ini MCA tengah lintang-pukang. Apa yang Najib buat belum dapat menambat hati rakyat.

Bulan puasa masjid di tempat aku yang kini dikuasai Pas sudah pusing program. Lepas solat Isyak ada tahlil. Itu tak apalah. Lepas itu, tarawih empat rakaat, berhenti setengah jam untuk tazkirah setengah jam, baru teruskan balik tarawih empat rakaat. Penceramah sempat sindir lagi jemaah yang balik awal kerana tak mahu dengar tazkirah. Penceramah jenis apa tu. Dia ingat dia seorang sahaja banyak ilmu. Boleh belah.

Tetapi sekarang aku buka puasa dengan anak-anak empat orang dan isteri semuanya puasa bestnyaa. Dulu mereka ni kecik aja sekarang mereka dah pandai perli aku pulak. Bila abah kata abah dah tak kuat makan, mereka kata itu tandanya abah dah tua tak kuat. Tetapi aku happy dengan gelagat mereka.

Aku teringat satu ayat al-Quran? Hadiths? bahawa anak-anak dan harta itu hanya perhiasan dunia semata-mata, bini pun macam itu ke? Habis ke mana kita. Entahlah pandai-pandailah beramal sebagai persediaan bagi hari kemudian.