Sunday, May 17, 2009

Najib cepat sangat

Rasanya ramai yang tak dapat menerima Satu Malaysia yang dicadangkan Najib. Rasanya ramai yang masih keliru dengan konsep Malaysian Malaysia. Najib kena terangkan dengan jelas. Pembangkang pasti ambil kesempatan hentam konsep itu sama dengan konsep DAP. Satu Malaysia apa maknanya kalau tidak semua orang dapat sama betul tak. Apa nak susah-susah fikir. Tak kiralah Melayu, Cina atau India.

Friday, May 15, 2009

Mahathir kata macam berat

Berat ni bila Mahathir kata tak mahu komen tentang peluang BN pada pilihan raya umum ke-13. Bukan lama sangat lagi. Lingkup juga BN ni. Gamaknya macam ada masalah dengan konsep Satu Malaysia oleh Najib. Mahathir pun tak nak komen. Khabarnya Duta Besar ke China ialah Ong Ka Chuan. Rasanya okay. Ataupun orang Cina fikir lain. Orang Cina nampak Melayu semakin lemah?

Pada pandangan aku okaylah kalau Ong Ka Chuan jadi ambassador di China. Tak da masalah. Orang Cina sini memang tidak ada hubungan lagi dengan China tanah besar. Mereka dah lahir di sini lepas merdeka. Mereka memang anak orang sini. Cuma mana-mana yang ada kekurangan kenalah betulkan bersama antara parti komponen dalam BN.

Wednesday, May 6, 2009

Dunia oh dunia

Tengah hari tadi aku terlelap sementara menunggu azan Zohor untuk ke masjid. Dalam terlelap itu, aku terpeluk fail peribadi aku penuh dengan pelbagai jenis sijil. Sijil beranak, penyata EPF, sijil SRP, SPM, STPM, ijazah, geran kereta Spectra, Wira, Nazaria, insuran, penyata kewangan, surat naik pangkat, naik gaji, merit, pendek kata tebal lah fail itu.

Terfikir aku semasa nak terlelap itu, tak ada pula sijil agama di dalamnya...semuanya dunia semata-mata.....................

Tuesday, May 5, 2009

Bila nak bersidang Sivakumar diserang gila babi


Persidangan Dewan Undangan Negeri Perak akan diadakan pada Mei 7hb, dalam tiga hari lagi. Speaker Sivakumar Gila Babi sudah mula buat tabiat.

Gelaran gila babi ini kerana dia main sebarang dan suka hati dalam membuat tindakan dan keputusan tanpa mengambilkira samada ianya di bawah bidang kuasanya.

Beberapa hari lepas, isu media yang akan datang memberi liputan pun mahu dijadikan isu. Dia seolah-olah mahu mempersoalkan kuasa pihak yang lain dalam mengeluarkan pas media.

Kuasa Speaker di Perak memang muktamad tapi ianya hanya terhad kepada memastikan peraturan dan perjalanan dewan dipatuhi dan berjalan dengan baik.

Speaker bukan ada kuasa untuk menentukan kerusi ADUN kosong atau memecat pekerja dewan yang tertakluk di bawah peraturan kakitangan awam atau penentu tarikh dewan bersidang.

Seekor little bird memberitahu Sivakumar sudah datang balik sawan gila babinya. Nasib baik sawan dan bukan demam babi. Kalau tidak, dia sudah pasti kena di quarantine dan tidak boleh hadir persidangan DUN.

Pasti dia tidak mahu Timbalan Speaker Hii yang sudah menjadi penyokong BN ambilalih tugas.Hari ini, Sivakumar memanggil Setiausaha Kerajaan Negeri ke Jawatankuasa Privilage Dewan dengan niat untuk dipecat.

Kesalahannya adalah menutup pintu gate dari dimasuki oleh ahli-ahli Dewan Undangan Negeri Pakatan Rakyat semasa persidangan haram lepas.

Bila pula Speaker Dewan Undangan Negeri ada kuasa memecat dan mendisiplinkan pegawai kerajaan?

Gila babi, bak kata pemimpin PAS Ismail Kamus babi gila tidak macam begini.Yang boleh memulakan prosiding terhadap pegawai sedemikian adalah Menteri Besar. Buat masa ini, Nizar bukan Menteri Besar. Sivakumar dan Dewan atau Jawatankausa Dewan ada kuasa elek dalam hal ehwal pentadbiran awam.

Speaker Sivakumar dikatakan telah menulis kepada DYMM Sultan Perak memohon ditangguhkan persidangan.

Ini bermakna Sivakumar memperakui kuasa Sultan dalam memanggil dan mengisytiharkan persidangan Dewan.

Alasan tertulis Sivakumar Gila Babi ini adalah bagi mengelakkan pertelingkahan dalam dewan. Takut pulak nak bersidang. Maklumlah bila bersidang, dia hilang jawatan.

Yang jelas nak bertelingkah adalah orang Pakatan Rakyat yang telah mengajak orang ramai datang ke Ipoh untuk membatalkan mesyuarat.

Ada sudah panggil hari itu sebagai Bastille Day seperti peristiwa pencerobohan terhadap penjara Bastille semasa French Revolution.Tidak perlu nak bertelingkah.

Pakatan Rakyat ada 28, tolak Speaker 1, jadi 27. Barisan Nasional ada 28 dan campur sokongan bebas, jadi 31. Kalau ada tambah 3 kepada BN, jadi 34-24. Nizar itu jurutera, tak akan tak tahu kira matematik.

Jelas lagi bersuloh, Barisan Nasional ada lebihan kerusi dan Speaker perlu berundur secara terhormat dari di buang oleh dewan.

Cuma orang Gila Babi saja yang berhelah nak fault finding supaya dapat kekal. Gila talak yang tak sedia menerima hilang kuasa.

Monday, May 4, 2009

Segala-galanya di hujung jari

Negara ku memang sudah jauh berubahnya. Aku pernah China, Australia, India, Vietnam, Mesir, Perancis, UAE, Lebanon, Indonesia dan lain-lain. Aku boleh bandingkan kemajuan mereka dengan kita.

Memang kalau negara ini tak ada Mahathir tidak jadi apa. Kerana dasar Mahathir yang banyak ke luar negara, dia aply segala kebaikan di negara maju di negara ini. Akhirnya hari ini segala maklumat di hujung jari, perpustakaan sudah dilupakan. Senang cakap, komputer adalah perpustakaan kita. Kita mungkin perlu merubah konsep membaca bukan lagi bererti membaca buku tetapi membaca di Internet. Namun realitinya membaca buku tak sama seperti membaca maklumat di Internet.

Dulu kita bercinta bertulis surat sekarang SMS, MMS dan macam-macam lagi SSS. Anak-anak ke sekolah bawa handphone, dulu mana ada. Sekarang kerajaan nak duit kita bayar cukai di hujung jari sahaja. Yang menariknya ia dilakukan selepas kita penat bekerja iaitu selepas pulang dari pejabat. Bayangkan betapa cekapnya kerajaan mentadbir negara ini. Kita marah kerajaan selalu kenakan kita macam-macam, kena kuat kerja, harga barang naik dan macam-macam tetapi bila bab bayar cukai, kita kena lakukan juga walaupun dalam hati sumpah seranah (segelintirlah).

Rasanya dalam bab cukai ini majoriti daripada kita adalah rasional. Kita tahu wang itu untuk negara. Kita juga dapatkannya balik dalam bentuk lain yang tidak nampak misalnya kemakmuran negara, gaji naik, lebuh raya bagus walaupun kena tol, beli kereta sesuka hati, anak dapat sekolah bagus dan macam-macamlah.

Kalau kerajaan tak de macam mana nak bangunkan negara. Bayangkan Tomok dapat sejuta ringgit tetapi daripada jumlah itu RM270,000 perlu dibagi kepada kerajaan sebagai cukai pendapatan. Maknanya lagi kaya rakyat kita lagi bagus, lagi kaya negara kita. Lagi makmur kitas. Ayuh orang miskin, bangunlah daripada mimpi, berusahalah jadi orang senang dan akhirnya kita menyumbang kembali kepada kerajaan. Berfikirlah secara positif.

Sunday, May 3, 2009

Mintalah apa sahaja daripada Tuhan Mu

Sejak dua minggu lalu, saya sudah mula mengubah gaya hidup. Sudah sampai masanya saya berbuat demikian demi hendak mengekalkan tahap kesihatan yang baik pada hari tua nanti (kalau Allah Izinkan). Saya berjalan laju tiga hingga lima kilometer sehari setiap hari.

Saya sebenarnya berusaha mengawal empat jenis kolestrol dalam badan sejak tujuh tahun lalu. Tiga daripadanya saya boleh kurangkan atau tambah dengan tidak mengambil makanan yang ada kolestrol tersebut atau mengurangkan pengambilan.

Tetapi satu daripada kolestrol itu iaitu HDL atau lipid berketumpatan tinggi tidak akan terhasil dengan makanan atau dapat ditambah dengan memakan ubat moden. Dia hanya boleh dihasilkan dengan bersenam. Bab-bab nak bersenam ini memang berat rasanya tetapi apakan daya ia terpaksa dilakukan.

Lama saya tanam dalam fikiran hendak bersenam ini tapi tak jadi-jadi. Tetapi apabila saya terpaksa duduk atas tanah kubur pada waktu maghrib untuk mendengar imam baca talkin ke atas saudara saya yang meninggal di Jengka baru-baru ini, segala-galanya terus berubah.

Kata orang, Allah sentiasa menolong kita jika kita meminta tolong daripadaNya. Satu hari saya baring santai di katil bilik saya dengan penghawa dingin terpasang waktu tengah hari. Saya berdoa padaNya, minta sihat dan panjang. Tiba-tiba saya rasa doa itu menyerap dalam badan saya, saya bingkas bangun dan sembahyang.

Saya doa selepas itu, panjangkanlah umurku dua kali ganda daripada hari itu, untuk aku beribadat kepadaMu. Macam itulah setiap solat lima waktu yang kini tidak lagi ku tinggalkan malah jika aku off, setiap waktu aku ke masjid. Bahagia rasanya.

Apa pun sejak bersenama berjalan laju, saya rasa badan semakin sihat, rasa bosan atau rasa tidak kena kalau tidak melakukannya dalam sehari macam mana saya rasa tak tak keruan jika tertinggal walaupun satu solat dalam sehari. Ada kalanya saya rasa nak menggigil jika terlepas waktu solat.

Apapun mintalah daripada Tuhan Mu apa yang kamu hendak minta Dia akan bagi.

Saturday, May 2, 2009

KEMBALI KEPADA SAINS

misteri : lubang gergasi aneh di angkasa
Kekuatan graviti ‘luar biasa’ boleh sedut apa saja mendekatinya

MISTERI lubang hitam yang bertebaran di angkasa lepas dikatakan menyamai konsep kejadian aneh yang berlaku di Segitiga Bermuda apabila kapal atau kapal terbang yang melintasi kawasan perairan itu ghaib secara tiba-tiba.

Bagaimanapun, lubang hitam seumpama lubang gergasi, saiznya lebih luas daripada matahari serta terawang di angkasa menyedut apa saja yang mendekatinya termasuk planet. Malah kekuatan sedutannya menyebabkan cahaya yang tidak memiliki jisim juga tidak mampu melepaskan diri.

Misteri yang menyelubungi kejadian lubang hitam itu bagaimanapun hanya mampu dikaji dari jauh lantaran kemampuan sains dan teknologi manusia nyata masih belum mampu membawa mereka menghampiri lubang itu.

Menggunakan teleskop dan pengamatan terhadap bintang yang disesuaikan pula dengan pelbagai hukum fizik yang berlegar sekitar bumi, pelbagai teori dikemukakan bagi mengisi kekosongan pada ruangan jawapan yang dicetuskan misteri alam itu.

Antara teori diterima pakai ahli astronomi adalah teori yang sama digunakan alat penyedut hampa gas - kekuatan lubang hitam terjadi berikutan tarikan graviti dalam lubang itu adalah kuat berbanding tarikan sekelilingnya. Justeru, apa saja yang menghampirinya akan disedut.

Bagaimanapun, kekuatan gravitinya ‘luar biasa’ dan amat dahsyat. Dikatakan jika kekuatan graviti itu wujud di bumi, ia akan memampatkan saiz planet ini menjadi sekecil bola yang berjejari sekitar satu sentimeter.Teori lubang hitam sebenarnya dikemukakan lebih 200 tahun lalu. Pada 1783, ilmuwan Barat, John Mitchell mencetuskan teori mengenai kemungkinan wujudnya lubang hitam selepas beliau meneliti teori graviti Isaac Newton.

Beliau berpendapat jika objek yang dilemparkan tegak lurus ke atas akan terlepas dari pengaruh graviti bumi selepas mencapai kelajuan lebih 11 kilometer perdetik, maka tentu ada planet atau bintang lain yang memiliki graviti lebih besar daripada bumi.

Bagaimanapun, perkataan ‘lubang hitam’ pertama kali digunakan ahli fizik Amerika Syarikat, John Archibald Wheeler pada 1968. Wheeler memberi nama demikian kerana lubang hitam tidak dapat dilihat kerana cahaya turut disedut ke dalamnya sehingga kawasan sekitarnya menjadi gelap.

Menurut teori evolusi bintang, asal lubang hitam adalah sejenis bintang biru yang memiliki suhu permukaan melebihi 25,000 darjah Celcius. Ketika pembakaran hidrogen di bintang biru yang memakan waktu kira-kira 10 juta tahun selesai, ia menjadi bintang biru raksasa.Kemudian, bintang itu menjadi dingin dan bertukar kepada bintang merah raksasa. Dalam fasa itulah, akibat tarikan gravitinya sendiri, bintang merah raksasa mengalami ledakan dahsyat atau disebut Supernova dan menghasilkan dua jenis bintang iaitu bintang Netron dan lubang hitam.

Pengamatan dari teleskop sinar-X ruang angkasa selama lebih dari satu dekad menunjukkan kekuatan tarikan graviti lubang itu menyebabkan ada bintang yang hancur dan ditelan olehnya.Sebelum ini, ahli astronomi sudah melihat bagaimana lubang hitam menyedut gas yang berterbangan di sekitarnya. Gas yang disedut itu menjadi panas sehingga memancarkan radiasi dalam pelbagai panjang gelombang, mulai daripada gelombang radio hingga gelombang cahaya tampak dan sinar-X.

Berdasarkan pengamatan, ahli astronomi dari Max Planck Institute for Extraterrestrial Physics, Jerman, pernah melihat sebuah bintang yang mendekati lubang hitam raksasa akhirnya lesap ditelan lubang itu.Lubang hitam raksasa yang dilihat itu berada di pusat galaksi RX J1242-11 yang jaraknya dianggarkan 700 juta tahun cahaya dari bumi. Bintang yang disedut lubang hitam itu pula memiliki ukuran sebesar matahari sistem suria kita. Bintang itu hancur sedikit demi sedikit dan disedut ke dalam lubang itu selama beberapa hari.

Pada peringkat awalnya, bintang itu kehilangan gas yang berada di sekelilingnya.Selepas itu, bintang itu menjadi panas hingga jutaan darjah Celcius dan hilang ditelan lubang hitam. Dalam proses itu, ia melepaskan tenaga yang kuat iaitu setara dengan tenaga yang dihasilkan pada ledakan Supernova.

Ahli astronomi mengesan kedudukan lubang hitam dengan memperhatikan cahaya di sekitar bintang ataupun gas di angkasa. Apabila di suatu tempat itu tidak ditemui cahaya tetapi di sekitarnya terdapat banyak objek angkasa menuju ke satu titik dengan kecepatan tinggi sebelum hilang, maka titik berkenaan ditandakan sebagai lubang hitam.

Terdapat banyak lubang hitam di seluruh semesta malah ada teori yang mengatakan di galaksi Bima Sakti ini juga terdapat sebuah lubang hitam. Justeru timbul persoalan sama ada matahari kita dan planet yang mengelilinginya termasuk bumi akan disedut lubang hitam itu?Ahli astronomi memberikan jawapan, ‘tidak’ kerana berbanding galaksi lain, lubang hitam di Bima Sakti dikatakan dalam keadaan tenang disebabkan sedikit saja objek sekitar yang disedutnya.

Misteri yang menyelubungi lubang hitam akan terus menarik minat ahli astronomi sehinggalah satu jawapan yang benar diperoleh. Selagi manusia belum mampu menjelajah jauh ke luar angkasa, selagi itulah jawapan itu gagal diperoleh dan pelbagai teori tanpa bukti akan terus dikemukakan bagi ‘menyelesaikan’ misteri alam itu.

Fakta:
Lubang HitamTurut dikenali sebagai ‘bintang hitam’ dan ‘singularitas’.
Kewujudannya dikesan pada 1783 oleh John Mitchell.
Luasnya melebihi saiz matahari.
Menyedut apa saja di sekelilingnya termasuk bintang dan cahaya.
Teori sedutan akibat tarikan graviti di lubang hitam lebih kuat dari kawasan sekitarnya.
Teori menyatakan ia berlaku akibat letupan Supernova bintang merah raksasa.
Posted by uswatul husna at 7:38 AM
0 comments: