Monday, August 11, 2008

Degil betul Majlis Peguam

Degil betul Majlis Peguam ni, masih nak anjurkan forum sensitif. Ini betul-betul degil namanya. Tangkap sahaja kepalanya, sumbat dalam ISA baru dia tahu. Mereka ini tidak boleh dibiarkan.

Itu cerita Majlis Peguam. Tiga hari Sukan Olimpik Beijing berlangsung, tak nampak bayang kita akan dapat pingat. Yang saya tak boleh terima kalah pusingan pertama. Apa benda tu. Kalau pusingan pertama pun tak boleh lepas, buat apa nak hantar, kita tahu lah standard Olimpik tinggi, tapi sakit hati bila kalah awal.

Saya borak dengan tauke Cina pagi tadi tentang Permatang Pauh. Nampak gayanya memang BN akan kalah tak ada can BN menang sebab sentimen Cina mahu Anwar naik, lepas itu ugut Anwar itu dan ini, dan mereka boleh perintah negara ini.

Satu lagi sentimen mereka tak boleh terima si anu yang makan keliling sorang-sorang. Dulu katanya zaman Mahathir - Mahathir tak makan seorang, dia bagi-bagi. Yang ini masuk poket sendiri. Semua benda dia nak sapu. Orang Cina tak ada bisnes sekarang. Mereka sudah tak tahan. Si anu ini tanah dengan bekas Ketua Menteri Pulau Pinang sekarang pun dia ada syer.

Lepas itu saya telefon kawan saya di Penang, bye-byelah Barisan Nasional apatah lagi berdasarkan perkembangan semasa untuk memilih calon pun nampak mereka tak bersatu hati, mereka kelihatan bertelagah. Satu lagi problem orang Melayu Permatang Pauh sudah terima kes liwat itu masalah Anwar sendiri tiada kena-mengena dengan urusan negara.

Apa kita nak kata kalau orang moden sekarang sanggup terima pemimpin begitu.

No comments: