Dah lama tak menulis dalam blog saya sendiri. Tetapi malam ini pukul 1 pagi saya ambil kesempatan untuk menulis balik selepas dua bulan berehat. Susah juga nak jaga blog sendiri kena ada disiplin kuat. Saya kena kerja balik malam tengah malam. Jaga anak empat orang termasuk isteri ada lima. Kereta lagi. Diri sendiri lagi. Dua ekor kucing satu nama Gemok satu nama Kuning pun nak kena jaga.
Bila masa saya nak menulis ? Saya bukan Mahathir yang atur hidup macam robot. Saya saya lah kalau boleh tak nak kerja dah, nak rehat di beranda rumah tingkat atas, tapi sekarang ini belum mampu nak buat beranda/balkoni, sebab duit tak ada, tapi saya tetap buat sebab view kawasan rumah cantik kalau semuanya clear.
Tetapi malam ini malam Sabtu saya kembali menulis selepas melihat menonton pembukaan Sukan Olimpik Beijing di Astro. Hebat. Menakjub. Idea masa depan. Rupanya sudah lama pemerintah China memikirkan untuk menganjurkan Sukan Olimpik 2008 di negara segalanya penuh tuah. Ia dilancarkan pada pukul 8.08 malam pada 08-08-08 sekali dalam 100 tahun. Ah menakjubkan. Pada orang Cina memang ong. Begitu sekali hebatnya mereka berfikir.
Berjuta yuan dihabiskan bakar bunga api. Tetapi apa nak hairan, Cina pengeluar bunga api, mercun pertama dalam sejarah dunia. Bila melihat kegembiraan, keceriaan, keharmonian 100,000 orang dalam Stadium Sarang Burung, saya berasa sangat bangga melihatnya - betullah motoonya One World One Dream Satu Dunia Satu Impian. Kreativiti pelari terakhir menyala obor di puncak stadium sungguh menakjubkan.
Saya teringat pengalaman berada di Beijing pada 2002, semuanya saya jelajahi. Istana Larangan, Tembok Besar, Istana Musim Panas, Mayat Mao Tse-Tung saya ziarah! Saya bayar 500 yuan, dan beberapa panjang pula saya. Orang Cina kata, Mao adalah pemimpin Cina paling handsome dalam sejarah negara itu. Memang saya melihat mayatnya dipamerkan dalam peti kaca - betul handsome - dia tersenyum lagaknya macam tidur sahaja.
Tembok Besar juga saya panjat. Betullah terhamparnya negara China nan luas. Terfikir saya mengapalah Pak Lah tak nak ambil peluang Malaysia jadi tuan rumah Sukan Asia 2010. Tahun 2010 tinggal dua tahun lagi. Kalau ada program itu kankah meriah kita macam Mahathir buat Sukan Komanwel dulu. Kompleks Sukan Bukit Jalil itu nak buat apa ? Takkan untuk acara tempatan.
Terfikir saya Mahathir silap tak ambil Najib jadi PM. Sekarang ini saya nak muntah baca cerita politik.
Saya terfikir mungkinkah Allah telah menurunkan dajal dalam bentuk manusia kepada kita bangsa Malaysia atas kesalahan yang entah siapa di kalangan kita lakukan yang Tuhan tidak ampunkan ? Dajal bermata satu katanya memang ada bila hari nak kiamat. Tuan-tuan fikirlah, dajal bermata satu ini sedang menjelajah seluruh negara, berceramah hebat sehingga terpukau manusia dibuat walaupun yang dicakap semuanya temberang buta.
Kawan saya beritahu negara ini sedang berhadapan dengan seekor iblis/dajal yang jauh lebih bijak daripada manusia untuk meruntuhkan negara ini selama-lamanya. Minta dijauhkan Allah. Ya. Kita sedang berhadapan dengan iblis atau dajal sebenarnya. Iblis lebih hebat daripada syaitan.
Ya. Negara kita sedang ditimpa bala atas kesalahan kita semua membenarkan rasuah berleluasa, orang Pas pula lepas sembahyang, pergi ceramah mencerca pula saudaranya yang berada dalam parti lain. Pemimpin Melayu dalam UMNO pula sibuk merampas harta anak-anak yatim. Ada projek bagi sesama sendiri. Lepas itu suruh rakyat berjimat dia pula belanja sesuka hati. Beli Mercedes macam beli kuih sahaja.
Asyik sibuk nak rebut jawatan. Macam-macamlah. Fitnah menjadi-jadi disebarkan oleh si dajal bermata satu ni. Sampaikan pengikutnya percaya membuta-tuli walhal mereka diperbodohkan si dajal ini.
Entahlah cukup setakat ini
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment