Sunday, September 7, 2008

Jangan makan harta anak yatim

Awal Ramadan lalu, aku anak-beranak pulang ke kampung halaman berbuka puasa dengan adik-beradik dan emak mertua meriah sekali. Terasa macam aku balik ke zaman lampau, zaman aku kecil di Johor dulu. Masa itu, beli air batu di darat (pekan Punggor), air batu dibalut sisa kayu untuk elak cair cepat. Balik buat cendol. Makan ramai-ramai masa itu emak, encik (panggilan untuk arwah ayah) masih ada. Alangkah bahagianya. Saudara bayangkan begini. Walaupun kami hidup miskin tetapi hati bahagia sekali, tak dapat nak dibayangkan keadaan itu. Sekarang ini pun bahagia tapi keadaannya tak sama macam dulu yang klasik sekali. Masih ingat lagi, karen (elektrik) tak ada, guna lampu gas (gasolin) ini zaman 1980 ke bawah, 1982 ke atas dah ada elektrik. aku zaman tu darjah enam ke bawahlah.

Dipendekkan cerita, masa di Sekinchan baru-baru ini, selepas bersembahyang jemaah maghrib di surau dan kenduri arwah, saya pergi pula jemputan kenduri di sebuah rumah arwah tak payahlah sebut siapa dia. Saya cuma nak berkongsi pengalaman, janganlah kita makan harta anak yatim, jangan makan harta orang miskin, nanti mati kita, jahatnya itu masih disebut orang walaupun semasa kenduri dan selepas kenduri. Jadikanlah ini pengajaran berguna. Nak dipendekkan cerita, bila saya masuk rumah, rumah itu rumah murah dua tingkat dibeli dua unit, orang ini kaya, tak patut dia beli rumah itu, patut bagi orang miskin yang lebih banyak lagi di kawasan itu, mengapa jadi begitu.

Malam itu hujan. Saya termenung sendirian bila balik ke rumah. Bila saya berbual dengan ipar-ipar, lagi banyak cerita yang keluar. Insaf saya mendengarnya. Pengajarannya jangan kita makan harta anak yatim...dari generasi ke generasi akan mengingatinya, ia tak kan luput ditelan zaman sebaliknya bantulah anak yatim. Kalau ada orang tunggu depan bank untuk kutip derma bagi anak yatim sedekahlah...Insya-Allah, rezeki kita murah, Allah lapangkan hidup ini. Percayalah.

No comments: