Meneliti pemilihan UMNO Bahagian yang berlangsung sekarang, jelas kelihatan politik wang tetap berlaku di sana-sini menyebabkan ramai yang bertanding, tak cukup duit, atau memang betul-betul tak mahu main duit, terpaksa cakap mengenainya. Rais kata mahu tender jawatan utama. Syed Hamid memang kedekut, sebab itu pencalonannya sikit. Tengku Ahmad Ritaudin pun terang-terang cakap politik wang sekarang. Buruk lagi, orang yang pernah digantung keahlian kerana politik wang misalnya Isa Samad dan Md Taib pun nak tanding lagi...Timbalan Presiden lagi. Apa ni ? Rakyat perhati perkara ini. Sekarang ni saya dengar bahagian-bahagian mintak duit daripada calon kalau hendak pencalonan. Bayangkan berapa banyak mereka dapat ? Katakan kira paling bodoh, satu calon RM10,000 yang bertanding ada 30 calon. Berapa tu kalau semua bagi....itu tak termasuk perwakilan. Tetapi biasalah UMNO. Ni lah masalah bila berlaku kepada UMNO dikatakan biasa. Memang parah. Jangan beranganlah nak bertanding kalau tidak ada duit.
Tiada apa yang hendak dibanggakan kalau ada pemimpin kata pemilihan kali ini bagi mendapatkan barisan baru kepimpinan - kombinasi lama dan baru. Kerana nampak gayanya, mereka yang dapat pencalonan tertinggi dalam barisan MT, nampak gaya begitulah. Nak dikatakan mereka dicalonkan kerana ketokohan tulen, tak ramai. Cuma saya kagum dengan Razali Ibrahim dapat pencalonan terbanyak Naib Ketua berbanding saingannya. Dia ni Melayu Muar yang tulen. Bekas pelajar, pemimpin di UKM, boleh percaya, vokal, ada idea, rendah diri, boleh jadi MB Johor, boleh jadi pelapis akan datang.
Macam Hishamuddin dapat pencalonan terbanyak. Dia kita tahulah Ketua Pemuda. Walaupun nampak lembik macam bapanya, tetapi pengaruh banyak....Lain kali kalau nak jadi pemimpin jangan senang-senang nak mintak maaf dengan orang Cina tak tentu hala. Hunus keris pun tak boleh. Dia ni secara semula jadi bakal mewarisi pucuk pimpinan negara. Dia dalam line sekarang, secara semula jadi macam Muhyiddin, karisme sebagai pemimpin akan muncul bila tiba masa. Seorang lagi pemimpin semula jadi itulah, Razali Ibrahim. Pahang cepat sangat bagi Datuk kat dia buat apa. Khairy? Payah sedikit sebab bapa mentua akan pergi. UMNO ni pantang kalau orang tidak ada kuasa habis ditinggalnya, itulah juga perangai orang Melayu. Melayu ni macam kata Mahathir mudah lupa segala-galanya. Hatta otak dia sendiri pun tak ingat letak di mana. Itu yang bertanding Timbalan Presiden walaupun satu dunia tahu dia bawak duit berjuta-juta dalam beg di negara orang. Itu yang bertanding Timbalan Presiden walaupun tak ada ketokohan langsung. Nasib baik Zahid tarik diri. Sudah-sudah lah tu rasa terhutang budi.
Friday, October 24, 2008
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment