Monday, December 15, 2008

Bahaya ni Bush dibaling kasut

Aku ingat pada 2001, kalau aku tak silap, Tan Sri Khalil pernah cerita dengan press di Pahang, masa itu dia Setiausaha Agung UMNO, aku masa tu muda lagi, Ketua Biro Pahang. Dia kata dia pernah ke Iraq dan jumpa Saddam Hussein, katanya Presiden itu berkarisme. Walhal, aku juga tengok dia cukup berkarisme.

Dia kata Saddam ni susah nak bersalam dengan orang. Kalau bersalam dengan orang dia akan cuci tangannya. Katanya, masa dia memerintah, dia buat hotel di Iraq, di lantai lobi dia ukir wajah bapak Bush sekarang yang dulu jadi Presiden.

Kalau pengunjung hotel datang, masuk dan keluar termasuk Saddam sendiri, mereka akan pijak wajah bapak Bush itu, dan Bush sekarang yang nak pencen sangat marah dan menjadi salah satu sebab dia serang Iraq dan pastikan negeri itu terjajah dan Saddam dibunuh. Namun hakikat sebenar US nak lemahkan negara Islam, nak rampas minyak itu sahaja.

Orang Barat memang macam itu dari dulu lagi macam kata Mahathir mereka memang jahat. Tapi hari ini Bush kena baling kasut tapi tak kena dari wartawan Iraq. Kelakar, satu penghinaan. Jadi catatan sejarah tak pernah seorang presiden dihina sebegitu.

Takut kerana tindakan baling kasut yang tak kena itu, Iraq kena hukum lagi. Anyway, tahniah wartawan Iraq kerana berani baling kasut ke arah Presiden US yang akan pencen. Banyak dosa Presiden US ni.

1 comment:

megat said...

patuk kena tembak je bush tu