Sunday, February 8, 2009

BILA ORANG MELAYU BUTA HATI

Terima kasihlah kepada sahabat yang berkunjung ke blog saya yang dimulakan selepas pilihan raya umum tahun lalu. Blok ini sebenarnya saya meluahkan perasaan di alam maya yang begitu luas. Bolehkan kita saling berhubung lebih banyak selepas ini. Terima kasih.

Berbalik kepada isu di Perak ini. Kebetulan pada bulan lalu saya pergi bercuti di Lumut Perak anak-beranak bersama ibu mertua dan adik ipar anak beranak. Kami juga bawa satu keluarga jiran yang selalu mengambil berat tentang ibu mertua saya di kampung yang kini tinggal bersama embah saya.

Memang saya suka bercuti dengan cara begini. Bercuti beramai-ramai, sekurang-kurangnya dua keluarga. Sebabnya bukan apa. Kami semua sibuk bekerja walaupun duduk di KL dekat antara satu sama lain. Sekali-sekali bercuti apa salahnya cuti beramai, sewa apartment dan sebagainya. Lagi baik.

Dipendekkan cerita, semasa di Lumut, saya berbual dengan seorang pemilik kedai makan, pakcik jawalah kiranya berasal dari Parti Yaani, Batu Pahat yang berjaya dalam bisnes kedai makannya. Saya tanya dia macam mana dengan Nizar. Dia kata okay. Orangnya baik selalu bagi usrah.

Saya tanya dia bagi tanah pada Cina Komunis 999 tahun itu okay ke? Dia kata okay. Apa salahnya sebab Nizar bagi juga tanah pertanian pada orang Melayu. Okay dia pun saya nampak baik orangnya. Peramah pula maklumlah kalau hendak buat bisnes mesti bagus PRnya.

DIA SEBENARNYA TAK KISAH NIZAR BAGI TANAH PADA CINA KOMUNIS SEBAB DIA PUN DAPAT.

Inilah masalahnya orang Melayu dan kebanyakan daripada orang Melayu sanggup jual maruah bangsa, agama dan negara demi kepentingan diri sendiri. Inilah keadaan yang wujud dan Pakatan Rakyat termasuk Pas sendiri. Bila orang lain buat mereka kata haram, mereka buat boleh pulak. Macam mana tu?

Saya kerap bertengkar dengan rakan-rakan dari Pas, saya dengan beraninya berkata kepada mereka bahawa Pas ini memang parti ajaran sesat dia buat parti Islam. Kalau parti yang memperjuangkan Islam, mereka tidak akan berdolak-dalik, cakap berbelit-belit, mengelirukan, sanggup melakukan apa sahaja untuk mendapatkan kuasa.

Sebenarnya bagi ORANG MELAYU PAS, mereka ini bukannya menjadikan Islam sebagai agama mereka tetapi mereka menjadikan Pas itu sebagai agama mereka. Pas memang agama sebenar bagi orang Pas sebab itu mereka cakap berbelit-belit. Kalau berlaku sesuatu perkara itu kena batang hidung sendiri, pandai mereka mengelak, menipu rakyat dengan kata hukum hakam dan macam-macam lagi.

Saya sebenarnya kecewa melihat orang Melayu semakin terhakis penghormatan mereka terhadap raja-raja. Bukannya apa sebab mereka dah senang, mereka rasa boleh buang raja. Okaylah, kalau Melayu buang raja, apa yang tinggal. Orang Cina memang dah tak ada raja. Mereka peduli apa. TETAPI INGAT ORANG CINA ADA RAJA DUIT-EKONOMI MEREKA PEGANG. Ini bodohnya orang Melayu Pas dan PKR yang mahu hidup sama rata dengan orang Cina yang sebenarnya jauh lebih kaya daripada mereka. Meritokrasi konon. Boleh belahlah.

Orang Melayu pegang ekonomi hanya 19 peratus orang Cina yang bakinya. Insaf-insaflah orang Melayu. Kamu semua harta ciput, orang Cina tak pandang pun, harta yang ciput itu pun kau nak kongsi dengan mereka? Heiiii mereka akan kaut. Lepas dapat semua mereka buang kamu orang Melayu macam yang berlaku di Singapura sekarang.

No comments: