Sunday, May 3, 2009

Mintalah apa sahaja daripada Tuhan Mu

Sejak dua minggu lalu, saya sudah mula mengubah gaya hidup. Sudah sampai masanya saya berbuat demikian demi hendak mengekalkan tahap kesihatan yang baik pada hari tua nanti (kalau Allah Izinkan). Saya berjalan laju tiga hingga lima kilometer sehari setiap hari.

Saya sebenarnya berusaha mengawal empat jenis kolestrol dalam badan sejak tujuh tahun lalu. Tiga daripadanya saya boleh kurangkan atau tambah dengan tidak mengambil makanan yang ada kolestrol tersebut atau mengurangkan pengambilan.

Tetapi satu daripada kolestrol itu iaitu HDL atau lipid berketumpatan tinggi tidak akan terhasil dengan makanan atau dapat ditambah dengan memakan ubat moden. Dia hanya boleh dihasilkan dengan bersenam. Bab-bab nak bersenam ini memang berat rasanya tetapi apakan daya ia terpaksa dilakukan.

Lama saya tanam dalam fikiran hendak bersenam ini tapi tak jadi-jadi. Tetapi apabila saya terpaksa duduk atas tanah kubur pada waktu maghrib untuk mendengar imam baca talkin ke atas saudara saya yang meninggal di Jengka baru-baru ini, segala-galanya terus berubah.

Kata orang, Allah sentiasa menolong kita jika kita meminta tolong daripadaNya. Satu hari saya baring santai di katil bilik saya dengan penghawa dingin terpasang waktu tengah hari. Saya berdoa padaNya, minta sihat dan panjang. Tiba-tiba saya rasa doa itu menyerap dalam badan saya, saya bingkas bangun dan sembahyang.

Saya doa selepas itu, panjangkanlah umurku dua kali ganda daripada hari itu, untuk aku beribadat kepadaMu. Macam itulah setiap solat lima waktu yang kini tidak lagi ku tinggalkan malah jika aku off, setiap waktu aku ke masjid. Bahagia rasanya.

Apa pun sejak bersenama berjalan laju, saya rasa badan semakin sihat, rasa bosan atau rasa tidak kena kalau tidak melakukannya dalam sehari macam mana saya rasa tak tak keruan jika tertinggal walaupun satu solat dalam sehari. Ada kalanya saya rasa nak menggigil jika terlepas waktu solat.

Apapun mintalah daripada Tuhan Mu apa yang kamu hendak minta Dia akan bagi.

No comments: