Showing posts with label cukuplah. Show all posts
Showing posts with label cukuplah. Show all posts

Wednesday, May 6, 2009

Dunia oh dunia

Tengah hari tadi aku terlelap sementara menunggu azan Zohor untuk ke masjid. Dalam terlelap itu, aku terpeluk fail peribadi aku penuh dengan pelbagai jenis sijil. Sijil beranak, penyata EPF, sijil SRP, SPM, STPM, ijazah, geran kereta Spectra, Wira, Nazaria, insuran, penyata kewangan, surat naik pangkat, naik gaji, merit, pendek kata tebal lah fail itu.

Terfikir aku semasa nak terlelap itu, tak ada pula sijil agama di dalamnya...semuanya dunia semata-mata.....................

Saturday, November 22, 2008

Leceh nak jaga blog

Dah lama aku tak tulis. Rasanya dah sebulan. Hari ini aku tengok harga minyak akan turun banyak mungkin RM1.70 atau RM1.60 seliter. Rafidah lawan Shahrizat. Kak Jat ni gayanya lebih kurang Zaharah sahaja, nampak blur. Zahid Hamidi nampak agresif nak letak 50,000 al-Quran di hotel. Macam tu lah menteri bijak. Lepas Syed Hamid tangkap tiga orang dalam ISA, aman sikit negara ni. Lagi satu orang terima Pak Lah berhenti bulan tiga ni.