Sepatutnya lead story main paper hari ini bukanlah Abdullah tidak bertanding Presiden tetapi `Rakyat lega' . Kerana apa ? Kerana Paklah tak bertanding bulan tiga letak jawatan PM. Paklah tak tanding dan letak jawatan PM dah bukan isu dah. Isunya rakyat dah tak tahan tengok Paklah tak letak-letak juga jawatan masih mahu duduk di situ walaupun dasar-dasarnya sebahagian besar ditolak rakyat.
Ini ada benda mengarut yang diuarkan kononnya demokrasi berkembang zaman dia. Demokrasi apa. Demokrasi bagi Hindraf naik kepala. Bagi Cina mintak macam-macam. Bagi Teresa malukan Melayu. Bagi Majlis Peguam tak sedar diri. Bagi Zaid pemabuk jadi gila. Bagi rasuah kepada bekas hakim pencen ? Pi lah.
Tahu tak apa kesannya di sebaliknya kononnya kita lebih terbuka dan demokratik ?
Kesan buruknya, Melayu macam dah tak ada maruah. Bila tak ada maruah, bangsa lain tendang Melayu, nak merempat di mana kita semua ni Paklah. Di Pulau Pinang ? DAP pegang. Di mana ? Beritahu saya. Akhirnya Melayu tak ada raja tak ada negara, kita jadi Singapura. Nak macam tu ke ? Sedara saya banyak orang Singapura, mereka merempat tau.
Saya melihat satu perkara. Sejak Suhakam berfungsi pada 2001, ia menimbulkan kesedaran di kalangan rakyat berbilang kaum tentang hak asasi mereka perlu dihormati dan ia menimbulkan kesan berantaian kepada keadaan yang berlaku sekarang di mana semua orang boleh bercakap apa sahaja. Sampai tak hormat orang Melayu, tak hormat raja. Ini ke yang kita mahukan ?
Sudah-sudahlah. Rugi lima tahun kita semua ni. Negara beku sebeku-bekunya, nasib baik boleh makan, ada kerja. Kalau tidak mahu rakyat merusuh di tepi jalan ramai-ramai. Kembalikan keceriaan kepada negara ini. Kita mesti bergembira, bergaduh tapi negara maju macam zaman Mahathir. Pedulilah orang nak kata apa pada Mahathir tetapi jasanya banyak. Kalau dia tak buat macam tu, Malaysia tak jadi apa-apa. Jadi macam sekaranglah.
Sayang betul negara ku ini.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment