Semalam aku berbual dengan anak sulung aku berumur 14 tahun. Tingkatan dua. Dia cakap dengan aku, dia sekarang memikirkan Islam sahaja. Baginya Islam segala-galanya, tak kira bangsa. Aku tanya dia, along bangsa Melayu, dia kata Melayu. Tetapi katanya, kita hidupnya berasaskan agama Islam. Kalau dah Islam, dah tak kira bangsalah.
Alamak ini yang aku takut ni. Di sekolah apa cikgu ajar. Agaknya bukan macam zaman dulu aku sekolah, diajar hari-hari kita ini orang Melayu yang beragama Islam jadi pemikirannya macam aku tentulah - aku fikir aku ini berbangsa Melayu yang beragama Islam. Cakap bangsa dulu baru Islam.
Agaknya sekarang di sekolah mereka diajar mereka orang Islam yang berbangsa Melayu. Nampak macam canggih bunyinya. Agama dulu addin dulu baru bangsa. Betul juga. Lagi tepat sebenarnya. Tetapi dalam keadaan sekarang, bolehkah mereka survive. Oh ya zaman dah berubah. Sekarang mereka cakap Islam dulu baru bangsa. Betul juga. Memang betul.
Tetapi aku ni generasi zaman dulu. Tetapi kedua-duanya solat tetap sama. Falsafahnya lain sedikit. Tetapi anak-anak aku ini aku ajar agama, mengaji sembahyang sejak kecil. Sekarang dua beradik along dengan acik sembahyang tak tinggal. Suka aku tengok. Kalau nak dibanding dengan aku, mereka jauh lebih baik. Along pun banyak baca buku yang dulu aku buat masa tingkatan enam! Bahasa Inggeris mereka pun bagus. Aku teruk. Result exam mereka pun jauh lebih baik daripada aku dan mamanya.
Kesimpulannya, zaman sudah berubah banyak. Dulu tak ada komputer. Sekarang lap top di rumah dan sekolah. Dulu telefon satu di kampung sekarang tiap-tiap orang ada handset. Beli sendiri pula yang canggih. Dulu siaran tv RTM, 1 dan 2 +TV3, sekarang Astro.
Dulu aku membesar dengan jalan kaki ke sekolah di kampung. Sekarang mereka di ibu negara, segala-galanya berlainan sama sekali. Pendedahannya amat berbeza berbanding generasi bapanya. Jadi tak hairanlah pemikiran mereka juga berbeza.
Aku tanya dia, budaya itu apa maknanya? Dia tak boleh jawab dengan tepat. Tetapi dia kata budaya itu masyarakatlah. Aku kata makna budaya hanya dua perkataan. Budaya ialah cara hidup. Cara hidup Melayu, Cina dan India lain-lain. Di sinilah letaknya penting itu bangsa. Cara hidup bangsa Melayu Cina dan India itu lain-lain. Tetapi kalau ketiga-tiga bangsa itu beragama Islam, mereka akan mengikut cara hidup Islam sebab itu Islam itu bukan sahaja ad-Din bahkan juga cara hidup yang sebenar yang diredai Allah dunia akhirat.
Kata aku padanya, dalam al-Quran disebut manusia dijadikan bersuku-suku dan berbangsa un tuk kita saling mengenal antara satu sama lain, jadikan janganlah menafikan bangsa kita ada bangsa Melayu yang menganut agama Islam sejak dalam perut ibu lagi. Beruntunglah sebab along dilahirkan oleh ibu dan bapanya yang dulu memikirkan bangsa dulu kemudian agama tetap dapat memikirkan didikan agama yang baik untuk anak-anaknya.
Thursday, October 9, 2008
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment