Pilihan raya kecil lagi kali ini di Bukit Gantang Perak apabila ahli Parlimen Roslan entah apa nama meninggal dunia akibat serangan jantung. Inilah masanya BN pulun habis di kawasan itu untuk memastikan kemenangan.
BN mesti menang untuk buktikan bahawa tindakannya menggulingkan pembangkang di Perak dengan begitu mudah diterima rakyat Perak dengan memberikan kemenangan selesa kepada BN kali ini, baru padan muka Anwar.
Saya percaya semua jentera BN akan bergerak gila-gila bagi memastikan kemenangan kerana ketua kempen tentu Najib. Juak-juak pengampu entah siapa-siapa akan membontot Najib dan kempen ini untuk memastikan kemenangan. Ya lah Najib bakal PM. Zambry tentulah nak buktikan dia boleh menangkan calon BN di Bukit Gantang. Itu buktikan kemampuan dalam menggantikan Nizar mangkuk hayun.
Saya fikir boleh menang sebab pembangkang tengah goyah. Anwar tak boleh main isu apa-apa tentang lompat parti sebab dia sendiri promosikan.
Pendek kata berikut tiga faktor kemenangan BN
1) Semangat baru rakyat terhadap BN berikutan kejayaan BN menumbangkan pakatan pembangkang di Perak begitu mudah sekali gus mewujudkan kestabilan politik di negeri itu berbanding pembangkang tak tentu hala.
2) Kesepaduan jentera parti Pusat dan negeri untuk memastikan kemenangan bagi pihak Najib yang mengetuai kempen itu dan bakal menjadi Perdana Menteri.
3) Zambry sebagai Menteri Besar baru akan menghamburkan tenaga bagai letupan gunung berapi bagi memastikan kemenangan.
4) Ketidaksanggupan orang Melayu melihat Sultan mereka dipermainkan pakatan pembangkang yang sengaja menggadaikan maruah Melayu terutama membabitkan tanah. Saya percaya orang Melayu cukup insaf dengan apa yang berlaku.
2)
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment